JUDUL: RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya
Menangis
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-618-1
KOD: GB404
HARGA: RM 25.00/ RM 27.00
TEBAL: 264 ms
SINOPSIS
“Bagaimana
keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu
saya hampiri tanpa sebab!”
Namun...
Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila
menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj
dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin,
berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat
tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”
Buku
RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil
Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT.
Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga
sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini
merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan
dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan
penyakit jantung kronik.
Prof.
Muhd Kamil mengakui banyak kerja yang belum diselesaikan tetapi ujian sakit
yang hadir itu sebagai peringatan bahawa Allah SWT memberi sedikit pinjaman
masa untuk lebih bersedia, bersungguh melakukan pelbagai perkara bermanfaat dan
sungguh ... penulis berdoa agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya supaya
apabila beliau pergi nanti, beliau pergi dalam keadaan sihat sejahtera. Pergi
tanpa penyakit!
Bagi yang berfikir secara kritikal, setiap peristiwa ada
pandangan sisi yang boleh dinyatakan untuk berfikir. Lebih bermanfaat jika ia
membawa diri lebih hampir kepada-Nya. Hakikatnya, ajal maut tidak lambat dan
tidak cepat sesaat. Kematian semakin tiba apabila usia kita bertambah.
Melalui
ilmu yang dipinjamkan – Prof. Muhd Kamil melihat sakit dan rumah sakit melalui
kerangka yang lebih luas. Kita sebenarnya hidup dalam rumah sakit terbesar lagi
canggih iaitu ‘dunia’. Dunia - mengikut pandangan sisi - seolah-olah begitu.