.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 30, 2016

​Ensiklopedia Solat: A-Z TENTANG SOLAT

JUDUL: ENSIKLOPEDIA SOLAT
PENULIS: Dr Nik Yusri bin Musa
KATEGORI: Fardhu Ain
ISBN: 978-983-097-475-0
KOD: GB 0354
TEBAL: 416 ms
COVER: Kulit Keras
HARGA: RM 60.00/62.00

SINOPSIS:
Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami.

Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar.

Antara kandungan menarik:
• Falsafah Solat
•Tip Khusyuk Solat
• Wudhuk dan Tayamum
• Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan
• Solat Berjemaah
• Solat Rukhsah
• Solat Sunat
• Soal Jawab Solat
• Solat Khauf

• Solat Jenazah, dan banyak lagi.




 

 

 

 

  

 

 

 


 

Jan 5, 2016

Amalan Orang Soleh

JUDUL: AMALAN ORANG SOLEH

PENYUSUN: Ustaz Muhadir bin Haji Joll

ISBN: 955-574-970-006-9

KOD: GB0338

HARGA: RM 6.00 / RM 8.00 (Sabah/Swrk)

Tebal: 72 ms


SINOPSIS

Amalan (zikir, wirid, selawat, doa) bersandarkan hadis Nabi SAW, dan amalan ulama. Disertakan nama Syeikh (Guru) yang mengijazahkan setiap amalan.


Sesuai bagi orang awam, pelajar universiti, pondok, tahfiz, Imam, pendakwah, dan yang mengikuti pengajian bersanad.




KANDUNGAN BUKU INI

MUQADDIMAH

AMALAN SELEPAS SOLAT FARDU DAN SUNAT
(Waktu Solat Khusus)

1.                Pelindung Diri
2.                Berwirid dan Berdoa dalam Solat Subuh
3.                Selawat al-Ummi
4.                Pendinding daripada Jin, Iblis dan Syaitan
5.                Pelindung Diri, Keluarga dan Harta
6.                Solat Sunat Selepas Isyak

AMALAN SELEPAS SOLAT FARDU
(Umum untuk Solat Fardu Lima Waktu)

1.                Tahlil Khusus
2.                Tasbih Khusus
3.                Memelihara Diri  daripada Gangguan

AMALAN UMUM SEHARIAN MUSLIM

1.                Dihapuskan Dosa dan Kesalahan
·                  Sayyidul Istighfar (Penghulu istighfar)
·                  Surah al-Ikhlas 200 kali

2.                Bacaan Harian
·                  Zikir Tauhid
·                  Istighfar
·                  Wirid al-Fatihah Imam al-Ghazali rahimahullah Taala.
·                  Basmalah 786 kali.
·                  Surah az-Zalzalah, al-Kafirun, al-Ikhlas dan Yaasin
·                  Surah Yaasin
·                  Selawat untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW.
·                  Selawat yang digandakan.
·                  Memohon agar Nabi Muhammad diberikan ganjaran yang selayaknya oleh Allah SWT.
·                  Wirid Imam al-Ghazali rahimahullah Taala
·                  Zikir Khusus Imam al-Ghazali rahimahullah Taala

3.                Memelihara Hati Agar Menjadi Baik
4.                Memohon Kurniaan Rohani daripada Allah SWT
5.             Dipelihara nikmat, kurniaan Allah bertambah, selamat daripada ketakutan dan diberikan petunjuk untuk mendapat keredhaan-Nya
6.                Memohon Kurniaan Allah SWT Tidak Disangka-sangka
7.                Dipermudahkan Beroleh Rezeki
8.                Dimurahkan Rezeki
9.                Dimakbulkan Segala Hajat
10.            Ketika Menghadapi kesusahan atau masalah
11.            Menghilangkan Kesedihan dan Dukacita
12.            Menghilangkan Rasa Was-was
13.            Ketika Mengalami Kesakitan
14.            Mengelak dan Menghilangkan Lupa
15.            Ketika Barang Hilang
16.            Ketika Tersesat Jalan

AMALAN UMUM UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP

1.                Pelindung Diri, Keluarga dan Rumah
2.                Mengelak daripada Kejahatan Zahir dan Batin
3.                Doa Nabi Khidir a.s.
4.                Pendinding daripada Jin Ifrit
5.                Pemagar Diri
6.                Selepas Kematian
7.                Bermimpi Bertemu Nabi SAW
8.                Mengharapkan Husnul Khatimah

BONUS: IJAZAH AMALAN.








---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Wawancara Ekslusif Bersama Puan Dissa Azmin


BERSAMA PENULIS GISB - DISSA AZMIN

Assalamualaikum. Pada hari ini sesi Bicara Buku bersama dengan penulis buku Dissa Azmin dengan karya terbaharunya Mrs. Novelis. Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis. Terima kasih kepada tuan/puan/cik kerana meluangkan masa pada hari ini. Kita mulakan dengan sesi perkenalan dahulu.(perkenalkan diri serba ringkas, nama , latarbelakang)

Jawapan: Nama penuh saya Wan Nor Asidah Bt. Othman, dilahirkan di Kampung Semut Api, Kota Bharu, Kelantan. Saya dilahirkan pada 14 Julai 1974. Sekarang menghitung sisa-sisa usia 30-an. Saya anak keempat dan merupakan seorang pengawas sekolah hingga ke sekolah menengah. Saya pelajar aliran perdagangan dan budak sastera.
Saya memulakan contengan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mengijak kaki ke sekolah menengah, saya mula menulis cerpen dan puisi untuk bacaan rakan-rakan. Cerpen pertama saya menghiasi majalah tahunan sekolah ketika saya di tingkatan 5.
Saya juga pernah menyertai Pesta Pantun sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia: Peringkat negeri semasa di tingkatan 4 (1990) dan peringkat daerah pada tingkatan 5 (1991). Setelah meninggalkan alam persekolahan, saya menulis cerpen dan puisi hanya untuk simpanan peribadi. Sehinggalah suatu ketika, saya terdorong menghantar cerpen ke majalah-majalah. Cerpen-cerpen saya yang pernah tersiar di majalah: ‘Setajam Pena’ - Mingguan Wanita (2000) ‘Sepucuk Surat Dari Gerigi Besi’ – Majalah Harmoni (2007) dengan nama pena Dissa Che Wan. Pada tahun 2006, saya menyertai Pertandingan Penulisan Skrip anjuran Finas. Sekitar 2008, cerpen ‘Kelmarin Yang Berbekas’- Majalah Anis, dengan menggunakan nama pena Dissa Azmin, menjadi pembuka jalan.
Soalan pertama, apakah ciri-ciri yang perlu dipunyai sebagai seorang penulis? Adakah semata-mata konsisten menulis sahaja?
Jawapan: Bagi saya sesiapapun boleh menjadi penulis. Asalkan, mempunyai nawaitu yang murni. Minat sahaja tidak mencukupi, jika tanpa usaha dan kesungguhan yang tinggi. Perlu cekal, sabar dan tabah hati. Mesti bersikap terbuka dalam mendengar dan menerima pendapat orang lain mengenai karya yang dihasilkan. Disiplin adalah perkara pertama yang perlu dipatuhi. Bijak membahagikan masa adalah amat penting.


Soalan kedua, apakah dorongan utama tuan/puan/cik semasa menulis sehingga karya pertama berjaya diterbitkan sehinggalah karya yang ada sekarang?
Jawapan: Setelah menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan GISB, baru saya memahami maksud sebenar sebuah penulisan. Saya ingin menimba ilmu ini dengan memaknakan penulisan saya. Wang dan pulangan adalah satu bonus dan bukanlah perkara utama di dalam senarai sebab saya menulis buku. Perkara terpenting mencari redha Allah.
Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya? (tulis pengalaman tuan.puan/cik semasa menulis)
Jawapan: Tulislah dari hati yang ikhlas. Mesti dan wajib banyak membaca. Rasa ingin tahu dan mahu belajar mengenainya sentiasa berkobar-kobar. Rasa ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada pembacaan dan pemerhatian, agar dapat memberi manfaat kepada khalayak pembaca.
Pada pandangan tuan/puan adakah bahan bacaan dan rujukan itu penting untuk menghasilkan buku. Bagaimana pula memanfaatkan bahan bacaan dan rujukan ini supaya dapat dibuat buku?
Jawapan: Bagi saya, penghasilan sesebuah karya adalah satu proses pembelajaran. Wajib membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam sesuatu perkara yang kurang jelas mengenainya. Ini amat membantu dalam menghasilkan karya yang lebih baik.
Soalan terakhir, boleh kongsikan 4 prinsip tuan/puan/cik semasa berkarya?
Jawapan: 1 - Niat mesti betul. Ikhlas ketika menulis. Tulis dari hati. 2 - Istiqamah, walaupun ilham itu datang dan pergi tanpa diundang. 3 - Mesti menulisnya walaupun hanya beberapa perenggan atau pun satu muka surat dalam sehari. Mesti bersungguh-sungguh. Menulis itu satu tanggungjawab. 4 - Doa dan tawakal.
Promosikan buku tuan/puan/cik untuk PBAKL 2013.
Dapatkan karya-karya saya: Terima Kasih Adik-adikku!, Dia, Sahabatku, Nota Untuk Nurlissa, Natrah Fantasia dan karya terbaharu saya Mrs. Novelist, mengisah seorang ibu suri rumah tangga sepenuh masa bercita-cita mahu menjadi novelis. Pada awalnya, impian besar ibu kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu telah membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas dari genggaman. Sampai saat itu, ibu pula sudah tidak berdaya melalui halangan demi halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?




Jan 1, 2016

Mahu Jadi Penulis?


Skop penerbitan Galeri Ilmu adalah seperti berikut:
1. Agama / pendidikan
2. Motivasi
3. Buku puris - untuk remaja
4, Kanak-kanak






Jika anda ada manuskrip yang baik dan sesuai untuk kami terbitkan, emelkan proposal anda kepada:


info@galeriilmu.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...