.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 21, 2015

Zero Hutang

JUDUL: ZERO HUTANG: Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil
PENULIS: Mohd Zulkifli Shafie
ISBN: 978-983-097-548-1
HARGA: RM15.00 /RM 17.00
TEBAL: 184 ms








SINOPSIS
Dengan strategi yang betul tidak mustahil untuk keluar daripada cengkaman hutang.

Anda perlu baca buku ini sekiranya anda tergolong dalam golongan:
· Berniat Melangsaikan Semua Hutang.
· Lepasan IPT
· Pasangan Suami Isteri
· Pengguna Kad Kredit
· Diburu ‘Along’ atau Ceti Haram
· Bekerja Tapi Gaji Tak Cukup.
· Sering Dihubungi Pihak Bank kerana Hutang yang Tertunggak
· Inginkan “Kebebasan Kewangan!”

PERKONGSIAN PENGALAMAN BEBAS HUTANG:

“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan azam kami sejak tiga tahun lalu iaitu ingin bebas daripada segala hutang-piutang."

“Kami mahu hidup tanpa hutang. Kami ingin memecahkan pemikiran lapuk kami bahawa ‘Hidup mesti berhutang, baru boleh senang.’"


“Berhutang memang tidak salah, tetapi biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar menjadi suatu keperluan!” (Penulis)



 

 

 

 

 


Apr 15, 2015

Baitulmaqdis : Petaka Armagedon

JUDUL: Baitulmaqdis : Petaka Armagedon
PENULIS: Web Sutera / Khairy Tajudin
TEBAL: 448 ms
ISBN: 978-983-097-560-3
KOD: GB0348
HARGA: RM 21.00 / RM 23.00






SINOPSIS

Novel ini adalah prekuel kepada PERANG ARMAGEDON, gabungan sejarah dan futuristik. Kekalahan Nasrani/Kristian di Baitulmaqdis pada era Sultan Salahuddin al-Ayyubi didogmakan sebagai Armagedon bagi dunia Kristian, akibat hasutan Zionis-Yahudi.

Dogmatik ini mendarah daging di dalam jiwa penjarah umat Islam, sehingga mutakhir. Namun janji Allah Maha Benar. Kelak dunia akan bersaksi!

Apr 11, 2015

Lihat langit Tinggi: Menggapai Impian Aiman

JUDUL: Lihat langit Tinggi: Menggapai Impian Aiman
PENULIS: Afidah Ayob
ISBN: 978-983-097-557-3
KOD: GB0352
TEBAL: 344 ms
HARGA: RM 20.00/ Sabah Sarawak RM 22.00

SINOPSIS

Allah menunaikan impian mereka untuk punya anak lelaki. Namun, ujian yang datang bersamanya telah mengubah seluruh kehidupan 180 darjah.

Lihat Langit Tinggi: Menggapai Impian Aiman merupakan luahan rasa dan perkongsian pengalaman serta semangat tentang kehidupan selepas punya anak istimewa. 

Moga coretan dari hati ini dapat meningkatkan empati insan lain pada mereka yang sedang diuji dan menjadi inspirasi serta pembakar semangat untuk terus berjuang hingga ke titik akhir.

∞∞∞

Sebagai ibu kepada seorang anak *Cerebral Palsy*, saya turut menjiwai rasa
penulis. Terinspirasi dengan segala usaha yang dicurahkan. Saya sendiri
belum sehebat penulis. Setiap perkembangan adalah satu kejayaan, menyuntik
semangat dan menjadi tolakan motivasi yang bukan sedikit.

*Siti Suhaila Samian*
Pensyarah Pendidikan Khas
Politeknik Ibrahim Sultan
Pasir Gudang, Johor


Balqis Di Mata Kami, Di Sisi-Nya

JUDUL: Balqis Di Mata Kami, Di Sisi-Nya
PENULIS:* Ummu Naufal

ISBN:* 978-983-097-556-6

KOD:* GB0353

HARGA:* RM 26.00/ RM 28.00

TEBAL: 480 ms







SINOPSIS

Mereka bangkit dari kesedihan untuk menikmati sepenuhnya ciptaan
Tuhan kerana yakin ... syurga-Nya menanti di hujungjalan.

Satu tribut kepada kehadiran Balqis Fathiyah Taibah (Kakak) dalam keluarga
kami. Teruslah tersenyum kerana senyumanmu sungguh membahagiakan jiwa Umi.
Teruslah tersenyum hingga ke syurga. 

Kelak, apabila Kakak Aqish tiba di pintu syurga, mohonlah daripada Penciptamu, 
Allah Yang Maha Mengampuni, untuk izinkan Umi, Abi, Naufal, Nadiyah, Wardah, Nasif dan Nafis bersama Kakak Aqish dan Haneen Sakinah agar kita sekeluarga diizinkan-Nya untuk mendiami tempat terindah yang diidami itu.

Testimoni:

Kelahiran buku ini merupakan satu perlambangan besar. Penulis benar-benar
meredhai kehadiran Balqis dan melihat anak itu sebagai anugerah Allah SWT
yang tidak ternilai. Kemampuan merakam dan berkongsi pengalaman ini – juga
– merupakan ilham Allah yang dianugerahkan-Nya kepada insan terpilih.

*Muhd Kamil Ibrahim & Raudzah Roslan*

Apr 10, 2015

Kembara Atiq Wazif 2: Izinkan Aku Berhijrah

JUDUL: Kembara Atiq Wazif 2: Izinkan Aku Berhijrah

PENULIS: Hasan Suyut
ISBN: 978-983-097-555-9
KOD: GB0351
HARGA: RM 25.00/ RM 27.00
TEBAL: 432 ms


FLASHER: *Perjuangan bersama anak istimewa diteruskan dengan beberapa
ramuan kehidupan yang mematangkan dan meningkatkan kebergantungan kepada
Allah.

Jangan melihat persepsi masalah dari sudut masalah. Lihatlah masalah dari
paradigma peluang. Satu peluang  akan terbuka untuk kita menikmati
kehidupan ini  yang berpunca daripada timbulnya masalah tersebut.

∞∞∞

“Satu karya hebat yang ditulis dengan santai namun mampu menyuntik erti
keinsafan dan kesyukuran serta membangkitkan semangat untuk terus maju
walau diuji dengan pelbagai rintangan.”

*Prof Madya Dr Azilah Saparon*
Universiti Teknologi Mara

Katakan Pada Hati

JUDUL: Katakan Pada Hati
PENULIS: Pahrol Mohd Juoi
ISBN: 978-983-097-538-2
KOD: GB0343
HARGA: RM 19.00 /RM 21.00
TEBAL: 272 ms



SINOPSIS

Buku Katakan Pada Hati ini ialah satu usaha untuk memperbaiki hati melalui ungkapan kata-kata yang baik. 

Ungkapan yang ditulis cuba menggabungkan unsur kebenaran dan keindahan agar dapat difahami, diingati dan diamalkan.


Ungkapan atau madah yang pendek sekalipun mampu menghasilkan impak yang besar kepada sesiapa yang mendengar dan membacanya, insya-Allah.

Apr 8, 2015

Saya Tunggu Awak

Judul: Saya Tunggu Awak
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 640 ms
ISBN: 978-983-097-445-3
Kod: GB0265
Harga: RM 24.00/ RM 26.00





Sinopsis:
Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. 

Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH.


Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...