.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jan 15, 2026

RINGKASAN FEQAH PUASA

RINGKASAN FEQAH PUASA (cover baru)

PENULIS: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-930-4
Kod: GB 0646
Saiz: 23.5 cm x 16.5 cm
Tebal: 56 m/s
Teks: 4C
Berat:0.5 KG
Harga: RM 19.00/ 21.00*

(Terbitan asal: Tahun 2021)

SINOPSIS

Buku ini menjelaskan ibadah puasa yang menjadi kewajipan umat Islam dalam infografik yang berwarna dan mudah untuk diingati.

Bermula dengan pengertian, sejarah asal puasa, hukum-hakam, syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara sunat dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.


Turut dijelaskan golongan-golongan yang dibenarkan untuk berbuka atau tidak berpuasa dan denda serta fidyah yang perlu dibayar jika  meninggalkan puasa. Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan saban tahun dilakukan dengan ilmu yang jelas dan mantap, tanpa ragu-ragu serta mendapat ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Untuk melihat kandungan buku, klik link iniLINK ASAL

Jan 9, 2026

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 10

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 10
Surah Hud Ayat 1 Hingga Ayat 123 dan Surah Yusuf Ayat 1 Hingga Ayat 68
ISBN: 978-629-7716-84-8
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0914
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 288 muka surat
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00

SINOPSIS:

Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 10 ini ialah:

* Tuduhan Golongan Musyrik terhadap Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran

* Malaikat Menziarahi Nabi Ibrahim a.s.

* Kisah Umat Terdahulu yang Mendapat Nikmat dan yang Mendapat Azab

* Kedengkian Adik-Beradik Nabi Yusuf a.s. Kepadanya

* Kesedihan Nabi Ya‘qub a.s. atas Musibah yang Menimpa Nabi Yusuf a.s.

* Nabi Yusuf a.s. Menghadap Raja Mesir dan Dilantik Menjadi Menteri


Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 10 merupakan naskhah ke-19 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








Jan 6, 2026

RAHSIA LANGSIR MERAH

RAHSIA LANGSIR MERAH
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-86-2
Kod: GB0916
Penulis: Hawa
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Harga: RM12.00/RM14.00*

SINOPSIS 

WHOOSH!

Angin kuat bertiup dari arah rumah usang berhampiran parit. Langsir lusuh rumah itu berkibar perlahan.

"Eh, rumah tu dulu kan rumah lama tinggal? Yang orang kampung kata ada Kak Langsir Merah?" bisik Zaidi.

Aiman toleh. “Kak Langsir Merah?”

“Ha’ah,” jawab Zaidi. “Mak aku cakap, dulu ada perempuan tua tinggal di situ. Dia suka duduk dekat tingkap, tengok orang lalu. Bila dia marah, dia akan tarik langsir merah tu kuat-kuat … dan malam-malam, orang dengar bunyi kain diseret dalam rumah.”

Alif menambah, “Atuk aku kata, kalau kau nampak langsir tu berkibar, padahal tak ada angin … itu maksudnya dia tengah tengok kau.”


Semua memandang langsir rumah itu.

Benarkah bagai yang dikatakan oleh penduduk kampong mengenai langsir merah itu? Cerita misteri ini terus menjadi tanda tanya. Dan kini, empat sekawan ini mula rasa ... ada sesuatu yang perlu disiasat.








RAHSIA PENJEJAK SAINS

RAHSIA PENJEJAK SAINS
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-85-5
Kod: GB0915
Penulis: Nadrah
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Harga: RM12.00/RM14.00

SINOPSIS

Raif, Auni, dan Ilham telah menyelesaikan banyak misteri sepanjang penggal ini. Namun, mereka sedar satu perkara, sains bukan hanya tentang eksperimen atau alat. 

Sains ialah cara kita melihat dunia, bertanya soalan, dan mencari jawapan. Kadang-kadang, jawapannya datang daripada pemerhatian. Kadang-kadang, melalui kesilapan. 

Tapi... yang paling penting, mereka belajar untuk tidak takut, dan untuk terus mencuba.


Cikgu Siti selalu pesan: “Kalau kamu nampak sesuatu yang pelik, jangan terus takut. Gunakan akal, siasat, dan fikir. Itulah detektif sains yang sebenar.”








RAHSIA BAYANG

RAHSIA BAYANG
Siri Novel Perisik Cilik
ISBN: 978-629-7716-81-7
Kod: GB0913
Penulis: Nadrah
Tebal: 64 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat:
Harga: RM12.00/RM14.00*

 SINOPSIS

Di tingkap surau lama itu, ada bayang. Tingkap kayu separuh terbuka. Bayang itu gelap dan tinggi. Bayang itu membuatkan jantung terasa berat, dia langsung tidak bergerak. Tegak dan diam. Seolah-olah sedang menunggu sesuatu.

Bulu roma Raif tegak. Rasa seram sejuk … macam nak demam. Dia cepat-cepat menunduk, pura-pura mencari sesuatu dalam beg. Dadanya berdegup laju. Dalam hati, dia cuba memujuk diri, mungkin itu cuma ilusi cahaya … tapi rasa takut tetap menghimpit.
 


Bagaimana tiga sekawan – Raif, Faris dan Ijan membongkar misteri bayang yang membuatkan jantung mereka berdebar-debar ini? Cerita yang penuh dengan debaran namun, membuka kisah sebenar di sebaliknya. Ia juga mengajar erti keberanian dan setia kawan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...