Aug 26, 2019

Sweet Sour Couple Muda

Sweet Sour Couple Muda
ISBN:  978-983-097-841-3
Kod: GB 0579
Penulis: Syakirin Yuslan dan Nabihah Ab Razak
Tebal: 128 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.74 cm
Berat: 0.15 kg
Terbit: Ogos 2019
Harga: RM15.00/RM17.00*

SINOPSIS
Menyandang gelaran pasangan muda, harus bersedia dengan tiga cabaran utama. Masalah wang, masalah risau apa kata orang, dan masalah mengawal emosi yang belum cukup matang.

Benar, ini sememangnya cabaran besar, namun sebenarnya, ia tidaklah terlalu sukar jika ego tidak terjunjung di atas kepala. Maksudnya, pasangan muda harus bersedia untuk terus belajar selok-belok rumah tangga dan berlapang dada menerima apa-apa pun takdir yang direzekikan Allah pada masa-masa tertentu.

Perlu terima hakikat bahawa ada masanya takdir itu indah, secocok dengan harapan kita. Namun ada masanya, hampa hingga berderaianlah air mata. Inilah yang dipanggil sweet sour!

 

Satu naskhah indah dan patuh syariah yang mesti dimiliki oleh anak-anak remaja sebagai persiapan untuk mengenali dunia percintaan.


Juga untuk yang bakal menempuh alam rumah tangga, bahkan oleh mereka yang telah lama berumah tangga. Mudah-mudahan dengan menghadam kisah-kisah sweet sour seperti ini dapat membantu kita menginsafi semula mana-mana cacat-cela dalam pembinaan rumah tangga dan merasai semula kemanisannya!





**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

No comments:

Post a Comment