Aug 26, 2019

Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka

Judul: Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
ISBN: 978-983-097-835-2
KOD: GB 0577
Tebal: 148 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.2 kg
Terbit: Ogos 2019
Harga: RM 18.00/ 20.00*

SINOPSIS

Kisah-kisah hidup para ulama dan orang soleh sangat perlu untuk diperdengarkan dan disebarkan kepada seluruh umat lebih-lebih lagi di akhir zaman ini manusia sudah ramai yang kehilangan adab, akhlak mulia, ketenangan dan rasa hormat.

Buku ini memuatkan 95 kisah ulama dan ilmuan Islam yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyebarkan serta mengajarkannya kepada masyarakat di samping adab dan akhlak yang mereka tampilkan.

Membaca kisah-kisah mereka mampu menghidupkan hati, memberi keinsafan juga menambahkan semangat untuk mencontohi mereka.


Antara kisah yang dihimpunkan dalam buku ini:
1.      Imam Abu hanifah tidak pernah melunjur kaki ke arah rumah gurunya.
2.      Imam asy-Syirazi ulang kaji setiap mata pelajaran 100 kali.
3.      Kesungguhan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari mempertahankan Ahlus Sunnnah melalui tulisan.
4.      Imam Muhammad bin Suhnun mewariskan 100 juzuk kitab besar dalam pelbagai ilmu.
5.      Syeikh Daud al-Fathani pengarang ulung Asia Tenggara.
6.      Imam al-Alusi mengajar 24 pelajaran sehari.

7.      Imam Ahmad bangun kerana memuliakan nama ulama.







**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

No comments:

Post a Comment