JUDUL:
Serangan Pontianak
(Kompilasi
Komik Godaan Syaitan 1).
PENULIS:
Pakcik Bad
ISBN
978-983-097-662-4
HARGA:
RM15/RM17*
SERANGAN
PONTIANAK adalah siri kompilasi 1 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular
dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998.
Sejak kemunculannya, pembaca
terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit
setiap bulan.
Uniknya
Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah
kosong tanpa isi. Tetapi komik ini sarat dengan ilmu, pengajaran dan padat
dengan mesej.
Kisah kisah hantu syaitan didalam buku ini dibawa secara santai,
humor dan mudah difahami oleh kanak-kanak.
SERANGAN
PONTIANAK mengumpulkan 29 komik Godaan Syaitan. Memang rugi kalau tak beli.
Antara
cerita yang menarik dalam siri ini:
> Azam
syaitan
Masuk saja tahun baru semua orang ada azam baru. Tapi azam syaitan tak berubah sejak dahulu…iaitu mahu menyesatkan manusia seramai mungkin. Fudhail pun ada azam baru iaitu mahu menjadi budak yang lebih baik tetapi syaitan pasti mahu menggagalkannya. Maka berlakulah ‘perang’ antara Fudhail dan Syaitan! Siapakah yang menang?
> Hikmat
tangkap lentok.
Ianya kisah sekumpulan anak-anak yang sedang belajar fardu ain disurau pada suatu pagi hari minggu. Syaitan pula bersungguh-sungguh nak mengganggu mereka. Dilalaikan Fahmi dan Najmi agar teringatkan kartun Naruto kat TV lah, dicucuknya pinggang Zainal supaya sakit pingganglah, malah ditiupnya mata Feeza, Nija dan Anisah supaya mengantuk dan sebagainya. Apa kesudahannya?
> Hantu
Kartun
Ini kisah Rizal yang mula ketagih tengok cerita kartun di TV. Apalagi syaitan pun memasukkan jarum hasutannya. Akibatnya solat Rizal sering terlewat, homework sering tak siap malah makan pun terkejar-kejar kerana tak mahu melepaskan peluang tengok cerita kartun diTV. Gembira betul Syaitan.
No comments:
Post a Comment