Jun 1, 2017

Geng Puaka

Tajuk: Geng Puaka
(Kompilasi Komik Godaan Syaitan 2).
ISBN: 978-983-097-663-1
Penulis: Pakcik Bad
Harga: RM15/RM17*

GENG PUAKA adalah siri kompilasi 2 Komik Godaan Syaitan yang sangat popular dalam Majalah Asuh yang terbit sejak 1998. 

Sejak kemunculannya, pembaca terutamanya kanak-kanak sangat meminati malah menunggu-nunggu Asuh diterbit setiap bulan.

Uniknya Komik ini ialah ia tidak mengandungi unsur-unsur seram, tahyul atau kisah-kisah kosong tanpa isi. Tetapi komik ini berputar mengenai 2 ekor syaitan yang tak henti-henti menipu dan menghasut kanak-kanak supaya menjadi budak jahat dan nakal. 

Awasi tipuan syaitan, kerana mereka musuh mukmin no 1.

GENG PUAKA mengumpulkan 28 komik Godaan Syaitan. Menang membeli menang membaca!


Antara cerita yang menarik dalam siri ini,

> Bola ajaib     

Ianya kisah Fazril yang suka sangat main bola. Apa lagi syaitan pun mengambil peluang menghasut dan menipu Fazril sampai sanggup mungkir janji nak tolong ibunya semata-mata nak main bola. Kerja sekolah pun sering terabai apatah lagi ibadah seharian. Hmm, memang bola itu dah dijampi oleh syaitan kot?

> Rahsia syaitan

Pak Cik Bad mengorek rahsia syaitan yang jarang anak-anak tahu. Seperti Syaitan kecewa dengan orang yang memberi salam sebelum masuk kerumah kerana ini menyebabkan syaitan tak boleh menumpang masuk. Syaitan tak suka orang yang membaca Al fatihah, ayat kursi dan surah An-nas sebelum tidur kerana ini menyebabkan syaitan tak boleh mengganggu orang itu dan banyak lagi rahsia syaitan. Jom korek rahsia syaitan!

> Ish ish tak bestnya!

Ini kisah syaitan bila bulan Ramadan hampir tiba. Syaitan yang membenci bulan Ramadan kerana mereka akan diikat ( tidak boleh menghasut manusia lagi) akan menggunakan peluang sebelum Ramadan untuk melipatgandakan lagi usaha menghasut dan menggoda kanak-kanak agar menjadi lebih jahat. Jangan dengar bisikan syaitan!





No comments:

Post a Comment