Apr 10, 2017

Cash Flow Untuk Wanita

Cash Flow Untuk Wanita
Penulis: Shamsuddin Kadir dan Ain Mohamad
ISBN: 978-983-097-654-9
Tebal: 128 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm
Terbit: 2017
Berat: 0.2 kg
Harga: RM18.00/RM20.00

Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.

SINOPSIS

Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?

Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan di luar kemampuan kita.

Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan cerdik, seperti Siti Khadijah r.a., seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan.

Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya kita semua bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Biodata Penulis

SHAMSUDDIN KADIR (SK)
Pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu dari USM (2015). Mempunyai tauliah sebagai perunding latihan dan jurulatih utama SK Training Academy Sdn. Bhd. Merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau adalah konsultan Unit Trust (Unit Amanah) yang menubuhkan pasukan Konsultan atas nama Team SK, konsultan takaful untuk keperluan Takaful Keluarga seperti kad medikal dan hibah. Beliau turut terlibat dalam pelbagai lagi organisasi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kepakaran serta kemahiran beliau dengan mengendalikan klien-klien ternama seperti Malaysia Airports Holdings Berhad, Petronas, Malaysian Qualification (MQA), LHDN, Institut Latihan Kemahiran MARA, KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM, organisasi di Brunei Darus Salam dan lain-lain.

Sering diundang untuk berbicara di TV1, Tv2, TV3, TV9, TV AlHijrah, Astro Awani dan Astro Oasis untuk pelbagai program seperti Malaysia Hari Ini, Assalamualaikum, Wanita Hari Ini, Respons, Apa Kata Wanita, 360, Dahsyat 13, Tabayyun dan Tanyalah Ustaz.
Pernah menjadi penulis dan kolumnis di majalah Nur, Gen Q, Anis  dan Dewan Ekonomi. Beliau menulis berbelas-belas judul buku di Malaysia dan di Indonesia. Beliau turut aktif memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di surau dan masjid seluruh Malaysia membicarakan isu perancangan kewangan peribadi, perancangan harta pusaka dan motivasi diri.

Beliau boleh dihubungi di talian 010-500-1-500 atau 03-4142-5300 atau e-mel shamsuddinkadir@yahoo.com/shamsuddinkadir@gmail.com untuk sebarang undangan ceramah dan tazkirah serta konsultansi yang berkaitan.


AIN MUHAMMAD

Ain Muhammad ialah nama pena Nor‘Aini binti Mohamed Noor bagi penulisan buku ilmiah atau motivasi. Beliau juga menggunakan nama pena Hani Sofea bagi penulisan novel pembangunan jiwa untuk remaja dan kanak-kanak.

Dilahir dan dibesarkan di Kampung Baru, Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan akhir di Institut Kemahiran Mara, Besut, Terengganu dalam bidang Elektronik Instrumen. Pernah bekerja di Syarikat Sepakat Komputer sebagai Juruteknik Komputer. Beliau pernah ditempatkan di Mahkamah, SSM, Pejabat Pelajaran dan Pendidikan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu selama hampir dua tahun. 

Berkahwin pada 2002 dan berhenti bekerja bagi menumpu sepenuh perhatian pada rumah tangga serta menceburi bidang penulisan. Hampir semua buku ditulis bersama suami, Shamsuddin Kadir. Antara novel yang pernah terbit ialah, Gerhana Hati Lara, dan siri buku kanak-kanak Usahawan Cilik. Manakala buku motivasi atau ilmiah ialah, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, Projek Anak Luar Biasa dan Anak Nak Kahwin Mak Yang Panas.









1 comment:

  1. Ohh suami isteri rupanya...kalau tak silap, ain yg lebih dahulu terkenal sbg penulis. Insya Allah akan beli...saya tertarik dgn gambar kulit bukunya :)

    ReplyDelete