Apr 10, 2017

Bajet Power Orang Muda

 Bajet Power Orang Muda
Penulis: Harith Faisal
ISBN: 978-983-097-641-9Harga: RM30

Simpan dan Labur Gaya Orang Muda



Sinopsis
Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.

Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.

Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.   

Anda perlu memiliki buku ini jika:
·        Baru mula bekerja.
·        Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.
·        Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.
·        Belum sempat nak menabung, gaji sudah habis.
·        Mahu beli rumah tapi tak pernah ada tabungan.
·        Mahu belajar cara mengembangkan simpanan.
·        Risau terjebak dengan dosa kewangan.
·        Mahu bebas hutang.
·        Ingin pelaburan untuk jaminan hari tua.


Biodata Penulis
Harith Faisal berasal dari Slim River, Perak. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berusia 26 tahun. Sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Pernah bertugas sepenuh masa sebagai pegawai bank di salah sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur.

Beliau bermula dengan berkongsi idea dan pengalaman tentang tip kewangan, pelaburan dan hartanah di Facebook peribadi pada penghujung 2015. Dalam masa setahun, beliau berjaya menarik minat 60,000 pengikut khususnya anak muda untuk membaca perkongsiannya di Facebook setiap hari.

Beliau juga sering diundang oleh NGO dan persatuan pelajar IPT untuk berkongsi perihal motivasi kewangan dan hartanah anak muda. Bajet Power Orang Muda adalah buku kedua beliau bersama Galeri Ilmu selepas Hipster Hartanah.

*************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 

 




No comments:

Post a Comment