Aug 1, 2016

Detik Itu... Dia Menguji Kita

JUDUL: DETIK ITU ... DIA Menguji Kita
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim & Noraini Bahari
ISBN: 978-983-097-588-7
KOD: GB0381
HARGA: RM 20
TEBAL: 208ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”

SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian.

Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian.

Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.

NORAINI BAHARI:

“Gila. Saya fikir begitu. Kebijaksanaan hilang di sebalik pangkat dan ilmu di dada. Masakan tuduhan mahu disamakan dengan kebenaran. 

Sungguh ... ia soal kewarasan dan kesabaran berfikir. Sekelip mata ribut fitnah ini melanda seluruh organisasi. Allah ya Allah ... ia di luar kemampuan sendiri untuk menahannya. Jika tidak dengan pertolongan daripada ... .”

MUHD KAMIL IBRAHIM:

“Tentu sekali saya tahu ia satu fitnah. Saya tidak mahu memikirkan kenapa dan mengapa ada manusia sanggup melakukan perkara tersebut. Apabila ada tuduhan, saya perlu menjawab segala-galanya dengan menyertakan bukti-bukti.

Sungguh ... sedikit sebanyak ia mengganggu rutin hidup. Tiada siapa yang boleh saya bercerita dan berkongsi rasa kecuali isteri, abah dan mak. Mereka boleh memberi semangat, tetapi akhirnya saya lebih tenang dengan ... .”

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
------------------------------------------

No comments:

Post a Comment