Jul 30, 2016

Di Sebalik Niqab

JUDUL: DI SEBALIK NIQAB: Kisah Tersirat
PENULIS: Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-595-5
KOD: GB0380
HARGA: RM 38
TEBAL: 296 m.s.
SAIZ: 6” X 9”
KATEGORI: Motivasi



SINOPSIS:

Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. 

Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!

COVER BELAKANG:

Pada zahirnya, niqab menggambarkan wanita Saudi, lebih-lebih lagi penulis pernah bermukim di Madinah. Justeru, Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat seolah-olah berkisarkan wanita di sana.
Tidak! Ia pandangan yang sangat salah!

Niqab bukan semata-mata dipakai wanita Arab. Ia sebenarnya adalah simbol hadangan, lindungan atau batasan. Hanya mereka yang berada di sebalik niqab mampu melihat dan menyingkap dengan jelas segala kisah tersembunyi.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat merupakan satu lagi kisah sisi kehidupan penulis selepas buku Kandil di Kaki Gunung, Rumah Kecil di Jabal Uhud, Bukan Sekadar Resipi dan Aroma Antara Benua.


Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

No comments:

Post a Comment