Oct 16, 2024

Misteri Keris Puaka

Judul: Misteri Keris Puaka

Judul asal: Keris Long Leh

ISBN: 978-983-097-705-8

Kod: GB0836

Tebal: 200 ms

Harga: RM17.00/RM19.00*


SINOPSIS

Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel. 

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.

Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?

TENTANG PENULIS:

SYAUQIE MK berasal dari Pendang, Kedah - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari University of Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau cenderung kepada genre thriller dan judul 'TERORIS, AKU BUKAN TERORIS adalah karya pertama terbitan 2016. Beliau seterusnya terlibat dalam komplot penulis untuk menghasilkan novelet ‘KRISIS1: Lari Manap Lari’ pada tahun 2017. Penulis juga turut menyumbang dalam projek anekdot novel komedi-santai dan kritis bersama tiga penulis lain dalam ‘GENG BUDAK SENGAL’ dan ‘MANA TUNANG AKU’.


*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:


𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

No comments:

Post a Comment