May 8, 2024

Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan

Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan
ISBN: 978-629-7556-83-3
Penulis: Nazri Hamdan
Kod: GB805
Saiz: 21.6 cm X 14cm
Tebal: 256 ms
Berat: 0.5kg
Harga: RM35.00/RM37.00









Kandungan

 

Prakata

 

Bab 1: Apakah Itu Inflasi?

 

Bab 2: Fahaman Dan Aliran Yang Berbeza Dalam Ekonomi

 

Bab 3: Bank Pusat Dan Peranannya Dalam Ekonomi

 

Bab 4: Defisit Dan Hutang Kerajaan

 

Bab 5: Kadar Tukaran Asing Dan Pergerakan Modal Asing

 

Bab 6: Wang Fiat Dan Pergerakan Kepada Wang Digital

 

Bab 7: Kawalan Harga Dan Sistem Apungan Di Malaysia

 

Bab 8: Ekonomi Dunia Pasca Covid 19

 

Bab 9: Kisah Malaysia Menangani Krisis Ekonomi 1997-98

 



SINOPSIS

Keadaan ekonomi akan sentiasa naik dan turun mengikut peredaran masa. Keadaan ini kita panggil sebagai kitaran perniagaan.

Sebelum tahun 2000, ramai pakar ekonomi percaya bahawa kemelesetan ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan sekarang sangat berbeza.

Dalam keadaan sekarang, turun naik ekonomi sukar untuk dijangka. Kemelesetan ekonomi tidak semestinya berlaku setiap 10 tahun. Ia mungkin berlaku kurang daripada itu. Tambahan lagi, ada juga faktor lain yang bukan ekonomi (misalnya wabak penyakit) pada tahun 2020 yang menyebabkan kemelesetan ekonomi. Tiada sesiapa pun yang boleh menjangka ekonomi dunia akan merundum pada tahun tersebut kerana tidak ada tanda-tanda jelas dari aspek ekonomi bahawa akan berlakunya kemelesetan.

Justeru, buku ini menghuraikan tentang konsep-konsep ekonomi dan merungkai salah faham yang berlaku terutamanya kerana tiada orang yang menyampaikan ilmu ini dengan cara yang mudah untuk difahami. Penulis menggunakan bahasa dan gaya penulisan seringkas yang boleh supaya semua pembaca senang faham bagaimana ekonomi berfungsi dalam dunia sebenar.










No comments:

Post a Comment