Oct 10, 2023

Jodoh Anugerah Dia

Judul: Jodoh Anugerah Dia
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
ISBN: 978-629-7556-59-8
Kod: GB0779
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 320 ms
Presentation: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00

Sinopsis

JODOH ANUGERAH DIA (JAD) dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang. Malah, apa yang menarik, antara mereka adalah terdiri public figure yang tidak asing lagi dalam usaha dakwah dan motivasi. Antaranya Datuk Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Pahrol M. Juoi dan Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman bertemu jodoh.

Datuk Norhafizah dan Ustazah Isfadiah misalnya, kerana latar belakang akademik mereka berlandaskan agama, barangkali ramai yang menyangka perjalanan mereka bertemu jodoh adalah mudah. Namun sangkaan itu langsung tersasar. Mereka terpaksa menempuh liku-liku pahit sebelum bertemu pasangan hidup masing-masing. Dan nyatalah bahawa urusan jodoh itu adalah urusan Allah. Dialah yang menentukan siapa jodoh kita.

Jodoh Anugerah DIA (Jodoh) berasbabkan ajakan gurauan pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa agar Dr Muhd Kamil Ibrahim (MKI) menulis kisah bagaimana beliau bertemu jodoh. Orang Negeri Sembilan bertemu Kelantan.

Istikharah beliau dan bapa hampir dua tahun. Beliau menolak dengan kuat sekali tetapi tolakan ikut rasa hati tidak terdaya mengatasi ketentuan-Nya. Akhirnya … Datuk Norhafizah mengisahkan betapa jodoh itu anugerah daripada DIA.

Ia permulaan indah dan menarik.

Jodoh adalah himpunan kisah nyata, antara takdir pilihan Allah Al-Muktadir kepada para hamba-Nya. Pelbagai kisah suka, duka, sedih, derita dan indah berada dalam naskhah ini. Sedikit panduan bagaimana mencari jodoh juga turut tercatat.

Ada yang berjodoh berasbabkan aturan orang tua, kerana suka sama suka, hanya pilihan kedua, tiada pilihan dan ada juga yang tidak mampu bertahan malah ada, yang memang tidak berjodoh. 

Dan ada juga, pasangan yang Allah temukan bermula dengan rasa benci. Saya kira begitu perasaan awal Roza kepada Dr. MKI sekiranya anda membaca Bab 47, si gadis pemegang kotak rokok Abang MKI. Ia bermula dengan rasa terlalu kuat, BENCI.

Alahai.

Tak dapat saya bayangkan rasa benci Puan Roza yang dipaksa memegang kotak rokok abang senior sepanjang minggu suai kenal. Pastinya perasaan ketika itu mahu dibaling sahaja kotak rokok itu ke tong sampah.

Namun, apabila sudah dikatakan jodoh, meski keropok lekor di Terengganu, asam pedas di Johor, di Dundee, Scotland tetap mampu dihidang dan dinikmati bersama. Begitulah kuatnya jodoh Dr MKI dan Roza, membuktikan ia satu anugerah dari DIA. 

----

Terdapat banyak panduan dan nasihat dalam JODOH ANUGERAH DIA. Sama ada anda mahu mencari pasangan, sudah atau bakal mendirikan rumah tangga, atau anda merupakan ibu ayah yang bakal menerima menantu, bacalah buku ini, pasti ia banyak membantu! Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir atau hantaran pertunangan dan perkahwinan.










No comments:

Post a Comment