Oct 19, 2023

Kembara Emas Anak Muda

Kembara Emas Anak Muda
ISBN: 978-629-7556-60-4
Penulis: Azim Aliif
Kod: GB0782
Tebal: 184 mc
Saiz: 21.6 cmX 13.9cm
Kulit: Soft Cover
Berat: 0.4 kg
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS:

Apabila kita bercakap tentang simpanan emas, kebiasaan orang muda akan undurkan diri. Bukan orang muda sahaja, malah mereka yang sudah bekerja pun buat perkara yang sama kerana mereka fikir emas ini hanya untuk orang kaya sahaja. Padahal sebenarnya ada tempat yang sangat bagus untuk mereka buat simpanan atau tabungan emas dengan betul dan selamat. Paling penting adalah dengan ILMU.

Jadi, buku ini ditulis khas untuk kita semua, khusus untuk anak muda yang mahu belajar tentang emas dan kewangan. Apa yang ditulis dalam buku ini bukanlah teori semata-mata. Tapi ia daripada pengalaman penulis sendiri sejak umur 18 tahun mula menabung dalam bentuk emas sehingga sekarang.

Ingat, ‘asas membina kekayaan adalah dengan MENYIMPAN’. Kalau tidak boleh menyimpan duit kertas disebabkan oleh nafsu berbelanja yang terlampau, cuba alihkan simpanan kepada bentuk emas. Insya-Allah berkesan. Ini apa yang penulis buat. Buat dulu, baru tahu.


KANDUNGAN

Antara Kandungan Menarik:

Kejayaanku, Saya Sangat Boros!, Bagaimana Saya Kenal Emas?, Kenapa Orang Muda Perlu Simpan Emas?, Matlamat Kewangan Usia 20-an, Tanda Kewangan Baik Masa Muda, Simpanan Emas, Berbelanja Secara Bijak, Testimoni Penyimpan Emas.








Oct 10, 2023

Jodoh Anugerah Dia

Judul: Jodoh Anugerah Dia
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Bersama Rakan-rakan
ISBN: 978-629-7556-59-8
Kod: GB0779
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 320 ms
Presentation: 4C
Berat: 0.65 kg
Harga: RM40.00 / RM42.00

Sinopsis

JODOH ANUGERAH DIA (JAD) dijayakan oleh 25 orang penulis yang berbeza latar belakang. Malah, apa yang menarik, antara mereka adalah terdiri public figure yang tidak asing lagi dalam usaha dakwah dan motivasi. Antaranya Datuk Norhafizah Musa, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, Ustaz Roslan Mohamed, Ustaz Pahrol M. Juoi dan Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Mereka turut berkongsi kisah dan pengalaman bertemu jodoh.

Datuk Norhafizah dan Ustazah Isfadiah misalnya, kerana latar belakang akademik mereka berlandaskan agama, barangkali ramai yang menyangka perjalanan mereka bertemu jodoh adalah mudah. Namun sangkaan itu langsung tersasar. Mereka terpaksa menempuh liku-liku pahit sebelum bertemu pasangan hidup masing-masing. Dan nyatalah bahawa urusan jodoh itu adalah urusan Allah. Dialah yang menentukan siapa jodoh kita.

Jodoh Anugerah DIA (Jodoh) berasbabkan ajakan gurauan pendakwah terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa agar Dr Muhd Kamil Ibrahim (MKI) menulis kisah bagaimana beliau bertemu jodoh. Orang Negeri Sembilan bertemu Kelantan.

Istikharah beliau dan bapa hampir dua tahun. Beliau menolak dengan kuat sekali tetapi tolakan ikut rasa hati tidak terdaya mengatasi ketentuan-Nya. Akhirnya … Datuk Norhafizah mengisahkan betapa jodoh itu anugerah daripada DIA.

Ia permulaan indah dan menarik.

Jodoh adalah himpunan kisah nyata, antara takdir pilihan Allah Al-Muktadir kepada para hamba-Nya. Pelbagai kisah suka, duka, sedih, derita dan indah berada dalam naskhah ini. Sedikit panduan bagaimana mencari jodoh juga turut tercatat.

Ada yang berjodoh berasbabkan aturan orang tua, kerana suka sama suka, hanya pilihan kedua, tiada pilihan dan ada juga yang tidak mampu bertahan malah ada, yang memang tidak berjodoh. 

Dan ada juga, pasangan yang Allah temukan bermula dengan rasa benci. Saya kira begitu perasaan awal Roza kepada Dr. MKI sekiranya anda membaca Bab 47, si gadis pemegang kotak rokok Abang MKI. Ia bermula dengan rasa terlalu kuat, BENCI.

Alahai.

Tak dapat saya bayangkan rasa benci Puan Roza yang dipaksa memegang kotak rokok abang senior sepanjang minggu suai kenal. Pastinya perasaan ketika itu mahu dibaling sahaja kotak rokok itu ke tong sampah.

Namun, apabila sudah dikatakan jodoh, meski keropok lekor di Terengganu, asam pedas di Johor, di Dundee, Scotland tetap mampu dihidang dan dinikmati bersama. Begitulah kuatnya jodoh Dr MKI dan Roza, membuktikan ia satu anugerah dari DIA. 

----

Terdapat banyak panduan dan nasihat dalam JODOH ANUGERAH DIA. Sama ada anda mahu mencari pasangan, sudah atau bakal mendirikan rumah tangga, atau anda merupakan ibu ayah yang bakal menerima menantu, bacalah buku ini, pasti ia banyak membantu! Ia juga sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir atau hantaran pertunangan dan perkahwinan.










Oct 5, 2023

Iqra' Pro Plus (Set)

Iqra' Pro Plus (Set)
Kod: GB0778
ISBN: 978-629-7556-58-1
Penulis: Ustaz Zubair Malik
Berat: 1 kg
Harga: RM75.00 / RM77.00*

Buku 1: Iqra' Pro Plus (FAZTrek Pengajian Asas Al-Quran)
Saiz: 21cm x29.7cm (Landscape)
Content: Simili 80gsm / 4C
Tebal: 168 m/s

Buku 2: Iqra' Pro Plus (Latihan 6 Elemental)
Saiz: 21cm x29.7cm (Portrait)
Content: Simili 80gsm / Black n White
Tebal: 184 m/s

Sinopsis:

Satu inovasi dalam pengajian asas Al-Quran yang mudah dan cepat dengan menggunakan pendekatan yang interaktif. Formula ini mudah kerana pengejaan perkataan-perkataan Arab kepada/dengan tulisan rumi yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam di Asia Tenggara ini. Dengan penekanan melalui 6 langkah utama yang diterapkan dalam formula ini, dibantu dengan aplikasi 6 kemahiran diri, seseorang dapat membaca Al-Quran.



Set naskhah ini mempunyai keunikan dari segi susunan silibus pembelajaran yang teratur. Ia digubal berdasarkan kajian dan pengalaman mengajar oleh pengasas. Dimulai dengan memperkenalkan 6 kemahiran dan 6 elemental yang mesti dikuasai bagi membantu mempercepat proses pembelajaran.



Kekuatan Iqra’ Pro Plus ialah memperkenalkan tatacara bertatih dalam bacaan. Kaedah sebegini belum pernah diperkenalkan dalam mana-mana pembelajaran Al-Quran. Tatacara ini penting dan sangat membantu orang yang baru membaca Al-Quran dengan lebih sistematik dan teratur kefasihannya.

BUKU 1












BUKU 2