Nov 30, 2021

Parent, Thanks!

ISBN: 978-983-097-942-7
Penulis: Bonda Nor & Ammar Kamilin
Kod: GB666
Tebal: 376 ms
Saiz: L:13.5 X H: 21.5
Percetakan:4 warna
Berat:
Kulit: Nipis
Harga: RM40.00/42.00

SINOPSIS

Naskhah Parent, Thanks! meneruskan kesinambungan  daripada buku PARENT, THINK!. Kali ini, membawakan mesej dalam setiap cerita, bahawa setiap tindakan yang dilakukan ibu bapa hari ini kepada anak-anak, sekalipun tidak serta-merta, pasti satu hari nanti akan mengundang syukur dan terima kasih daripada mereka. Parent, Thanks! menganjurkan didikan kepada anak-anak dengan mempertimbangkan perkembangan spiritual, fizikal, intelektual dan emosi.

Disajikan dalam bahasa yang santai dan bersahaja namun padat dengan ilmu kemahiran keibubapaan. Setiap bait kisah, pasti terselit nasihat dan ilmu yang berpaksikan kepada al-Quran dan sunnah sebagai kata kunci yang wajib dipegang oleh semua ibu bapa dalam membimbing anak-anak menelusuri kehidupan yang penuh dengan cabaran. Sepanjang kisah pasti terselit pesanan dan tujuan hidup, sekeluarga ke syurga, matlamat utama setiap keluarga.


Bila kedua-dua penulis ini menulis, Bonda Nor yang mewakili peranan ibu yang penuh dengan sifat ketegasan, kerisauan, kasih sayang dan caring sementara Tuan Ammar Kamilin menulis dari sisi pandang seorang ayah yang lebih cool tapi sweet, ia menjadikan warkah ini sangat lengkap dan mantap.








No comments:

Post a Comment