May 10, 2021

ALLAH SAYANG KITA

ALLAH SAYANG KITA
ISBN: 978-983-097-933-5
Penulis: Rohamiah Muda
Kod: GB652
Tebal: 216 ms
Dimensi: L: 13.97cm X  H: 21.59cm X W: 1cm
Berat: 0.3 kg
Harga: RM20.00/22.00

SINOPSIS

Allah Sayang Kita, sebuah bacaan motivasi santai yang mengajar kita tentang penyerahan jiwa dan kebergantungan hidup kita kepada Allah semata tatkala kita sedang diuji. 

Sarat dengan peringatan dan nasihat yang berguna. Ada banyak kisah pengalaman hidup yang penulis kongsikan dan ia dikira  sangat dekat dengan kehidupan kita semua. Ada pelbagai ibrah yang boleh kita kutip dan manfaatkan.

Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba-Nya.



Allah sentiasa ada untuk kita. Bahkan ia sangat dekat dengan kita. Apa yang terdetik di hati kita, Dia mendengarnya. Masya-Allah. Silap kita kerana jauhkan diri daripada Tuhan. Baiknya Allah sehingga kita tidak mampu menghitung berjuta nikmat yang diberi kepada kita setiap hari.

Kawan, berlapang dadalah dengan ujian. Kerana syurga itu akan diisi oleh orang-orang yang diuji, seperti para nabi. Begitulah dengan kita, kawan. Allah mahu beri kita syurga melalui ujian yang sedang kita lalui sekarang. Senyumlah dengan ujian yang datang! Bukankah ini bukti Allah sangat baik kepada kita? Bersangka baik dengan Allah, pasti kita akan mudah redha.





 

No comments:

Post a Comment