SIRI ALAM HAIWAN
Pengarang : Zulina Hassan
Tebal : 24 muka surat
Saiz: L: 17.6 cm; H: 25 cm;
Berat: 0.1 kg
Terbit: Okt 2019
Harga : RM 6.00 / RM 8.00*
KELEBIHAN SIRI INI
Siri ini mengentengahkan konsep cerita dunia haiwan yang amat diminati oleh kanak-kanak.
Ia sesuai dibaca oleh semua peringkat usia kanak-kanak termasuk kanak-kanak tadika kerana teksnya diwarna mengikut suku kata.
Ini sekaligus dapat membantu mereka menyebut perkataan mengikut warna yang diberikan.
Kod: GB0588
ISBN : 978-983-097-860-4
ISBN : 978-983-097-860-4
Sinopsis
Tiba-tiba Mama Pen dan Papa Pen melihat
seekor burung besar terbang rendah di atas kepala mereka.
“Och!” Mama Pen menjerit.
Penguin-penguin lain juga menjerit. Mama Pen dan Papa Pen mendakap Pen
erat-erat. Mereka tahu burung besar itu sedang kelaparan dan mencari anak
penguin untuk dijadikan makanan.
Selamatkah Pen daripada serangan burung
besar? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.
NGAUMAN SI RAJA RIMBA
Kod: GB0587
ISBN : 978-983-097-861-1
ISBN : 978-983-097-861-1
Sinopsis
“Kenapa papa tidak pergi berburu?” Tala
menyoal bapanya.
Papa Leo ketawa. “ Kalau papa yang
berburu, tentu kita tidak dapat makan nanti,” kata Papa Leo.
“Mengapa pula? Badan papa besar dan
kuat. Rupa papa pula... menggerunkan! Apabila kuda belang melihat papa, ia
boleh pengsan. Kalau sudah pengsan, mudahlah kita menangkapnya,” kata Tuma.
Mengapakah Papa Leo tidak pergi
berburu? Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.
ZIRAFAH BERLEHER PANJANG
Kod: GB0591
ISBN : 978-983-097-862-8
ISBN : 978-983-097-862-8
Sinopsis
“Lari Jiji! Lari!!” seru Mama Jiji.
Tiga ekor singa betina sedang mengejar mereka.
Jiji tidak mampu bertindak pantas
kerana dia masih kecil.
“Ibu... tolong saya!” Jiji menjerit.
Seekor singa betina semakin hampir dengannya. Jiji cuba menendang sinag itu,
tetapi tendangannya begitu lemah.
Berjayakah Jiji menyelamatkan dirinya?
Ikuti kisah yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.
KANGGARU YANG KUAT BERLARI
Kod: GB0589
ISBN : 978-983-097-863-5
ISBN : 978-983-097-863-5
Sinopsis
Joey leka melihat bunga-bungaan dan
serangga-serangga kecil yang berterbangan. Dia tidak sedar yang dia sudah
berada jauh dari kumpulannya.
Tiba-tiba, suasana hening pagi diganggu
oleh bunyi tembakan. Joey terkejut. Tanpa berlengah, Joey meluru ke arah ibunya.
Suasana begitu kelam-kabut. Semua
kanggaru melompat dalam keadaan bertempiaran.
Joey mencari-cari ibunya. Dalam keadaan
kelam-kabut itu, Joey telah dilanggar oleh seekor kanggaru betina. Joey
terpelanting. Joey terseringai kesakitan.
Bagaimanakah nasib Joey? Ikuti kisah
yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.
ANAK
GAJAH YANG NAKAL
Kod: GB0590
ISBN : 978-983-097-859-8
ISBN : 978-983-097-859-8
Sinopsis
“Anak gajah datang! Selamatkan diri
maing-masing!” kata seekor pelanduk kepada kawan-kawannya. Mereka lari
bertempiaran.
Dua ekor tupai yang sedang mengutip
kekacang di atas tanah, segera lari memanjat pokok.
Seekor merak berlari ke tepi apabila
meliaht Eli meluru ke arahnya. Merak yang terkejut itu mengembangkan ekornya.
“Eli! Eli!” Mama Eli terus mengejar Eli
dari belakang.
“Eh, di mana Eli?” Mama Eli
tertanya-tanya apabila melihat Eli hilang secara tiba-tiba di hadapannya.
Ke manakah hilangnya Eli? Ikuti kisah
yang diolah berdasarkan fakta ini sepenuhnya.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment