Aug 6, 2019

Haruman Rohani

Haruman Rohani
ISBN: 978-983-097-820-8
Kod:  GB 0566
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Tebal: 400 ms
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W:  2.1 cm
Berat: 0.58 kg
Terbit: Ogos 2019
Harga: RM30.00/RM32.00*

SINOPSIS

Buku ini adalah kompilasi daripada tiga bahagian yang setiap satunya menghimpunkan 40 buah hadis. 

Bahagian pertama menghimpunkan 40 hadis kelebihan ilmu dan ulama antaranya: penuntut ilmu sangat beruntung, memelihara ilmu dengan cara menulisnya, mengajar itu sedekah yang paling baik dan pahala yang berterusan.

Bahagian kedua yang bertajuk 40 hadis penawar hati memuatkan 42 hadis seperti: kenapa hati menjadi keras?, beramallah sebelum terlambat, nilai tambah dalam umur dan sumber pahala itu banyak.

Manakala bahagian ketiga mengumpulkan 42 hadis akhlak mulia antaranya: berakhlak baik terhadap isteri, kasih sayang terhadap binatang, menutup keaiban orang lain dan mengutamakan kepentingan orang ramai.

Setiap hadis yang dimuatkan dalam buku ini diberi keterangan untuk menjelaskan kefahaman dan disertakan takhrij bersama status hadis.



KANDUNGAN BUKU

Terbahagi 3 bahagian utama.
BAHAGIAN PERTAMA: 40 HADIS KELEBIHAN ILMU
Ada 40 hadis berkaitan kelebihan ilmu, antaranya Kelebihan Orang yang Alim, Kehebatan Orang yang Alim, Ilmu Mengangkat Martabat Manusia,  Orang Alim Itu Hidupnya Berkat,  Jenis Ulama, Menuntut Ilmu Bererti Melalui Jalan ke Syurga dan banyak lagi.

BAHAGIAN DUA: 40 HADIS AKHLAK MULIA
Antaranya huraian kepada hadis Empat Pertanyaan yang Mesti Dijawab, Siapa Teman Setia, Seringan-ringan Seksaan di Neraka, Merampas Sebilah Kayu Siwak Sudah Masuk ke Neraka, Orang yang Muflis, Bagaimana Kita Menghadapi Sakaratulmahut?, Mahkamah Qadhi Rabbun Jalil, Berenang di Lautan Keringat,  Kedalaman Jurang Api Neraka, Majoriti Penduduk Neraka dan banyak lagi.

BAHAGIAN TIGA: 40 HADIS PENAWAR BAGI HATI
Antaranya hadis berkaitan Kasih Sayang Sesama Muslim, Bersikap Lemah Lembut, Pemaaf, Tenang dan Tidak Gelojoh, Bakti Terhadap Ibu Bapa, Sabar Bila Susah, Syukur Bila Senang, Mengawal Diri ketika Marah, Membela Nasib Golongan yang Lemah, Bertimbang Rasa Terhadap Pekerja dan Pembantu dan banyak lagi.

TENTANG PENULIS

Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) kelahiran Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia, Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah. Beliau adalah pengasas utama Pondok Pesantren YASIN di Kalimantan, Timbalan Syeikhul Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah. Antara karya beliau bersama Galeri Ilmu Media Group; Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Hidayatus Salikin, Syamail Rasulullah SAW: Cahaya di atas Cahaya, Maulid al-Barzanji dan Kiamat Hampir Tiba.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment