Apr 17, 2018

Mr. Gentleman Dambaan Wanita

Mr. Gentleman Dambaan Wanita
ISBN: 978-983-097-727-0
Penulis: Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin
Kod: GB485
Tebal: 144 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00


SINOPSIS
Keluarga ialah gedung pahala. Banyak pahala yang datangnya daripada keluarga. Contohnya, suami yang mencari nafkah untuk isteri, isteri melayan suami, suami isteri yang menjaga anak dengan baik, semua itu dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. 

Oleh kerana keluarga adalah gedung pahala, maka syaitan sangat tidak menyukainya. Justeru, keluarga merupakan antara institusi utama yang menjadi sasaran serangan syaitan untuk dimusnahkan. Bagi melindungi dan memelihara keluarga daripada serangan serta gangguan syaitan laknatullah itu, kita diajar prinsip kekeluargaan dan doa-doa tertentu yang berkaitan dengannya.

Dalam hal ini, suami yang merupakan nakhoda rumah tangga berperanan membawa keluarganya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka, penting bagi suami berwatak sebagai ‘rijal’ sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam.

Terdapat lapan perkara yang boleh dibahaskan tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang suami berperwatakan ‘rijal’ yang diketengahkan dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan inspirasi kepada seorang suami khususnya dalam mengemudikan rumah tangga agar bahagia dunia dan akhirat.


TENTANG PENULIS
Muhamad bin Abdullah al-Amin. Amin adalah panggilan di kalangan ahli keluarga. Mendapat pendidikan awal di Johor, pada umur 15 tahun ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Kelantan, serta sering berulang alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. 

Setelah tamat di UM, beliau ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya dari Mesir, mengambil Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pelajar di peringkat Master di UM. Kini sedang menulis di peringkat PhD di UM.


Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003, merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan para ulama di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti operasi membantu mangsa tsunami di Acheh, mangsa gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

No comments:

Post a Comment