Judul: Tuhan, Aku Mohon Jawapan-Mu
ISBN:
978-983-097-693-8
Penulis:
Azura Zamri
Kod: GB0473
Tebal:
240ms
Harga:
RM20/22*
SINOPSIS
“Kenapa
aku diuji?”
“Apakah manusia
itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman”
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar
dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankabut
29: 2-3)
Dugaan
kita hari ini, insya-Allah Dia tetap permudahkan jalan kita untuk melaluinya
biarpun kita merasa seakan tidak menemui apa-apa harapan lagi. Allah yang
kirimkan masalah itu untuk menguji sebentar. Jadi, kita mahu keluar daripada
laluan kesulitan itu tentunya Tuhan juga yang akan membantu.
Sesungguhnya,
pertolongan Tuhan tidak pernah diiringi lambat, cepat atau tidak, yang
dijanjikan-Nya adalah pada masa yang tepat.
TENTANG
PENULIS
Nur
Azura binti Zamri atau lebih ringkas dipanggil Azura Zamri. Berasal dari Sungai
Petani, Kedah dan kini menetap di Johor Bahru. Dilahirkan pada 19 Mei 1992 dan
merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang
yang cukup meminati dunia penulisan dan perfileman, mengimpikan karya sendiri
berjaya diadaptasikan dalam drama mahupun filem suatu hari nanti. Sudah
memiliki empat buah buku iaitu Diari
Akhirat, Muslimah Acah, No Couple Before Nikah dan terkini buat
karya yang keempat iaitu Tuhan, Aku Mohon
Jawapan-Mu.
Mula
berkecimpung dalam kerjaya seorang penulis sejak dari tahun 2016. Penulis
sering berkongsi kata-kata nasihat dan motivasi di media sosial Facebook,
Twitter, Instagram serta melalui Channel Nota Hati Azura Zamri di Telegram.
Penulis
lebih gemar menumpukan perhatian menulis buku motivasi tetapi pada masa yang
sama, penulis turut menyimpan hasrat untuk menghasilkan novel pula di masa akan
datang.
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................
Penulis muda lagi, tapi da hasilkan 4 buah buku. Hebat.
ReplyDelete