Jan 4, 2018

101 Soal Jawab Cinta

Judul: 101 Soal Jawab Cinta
ISBN: 978-983-097-688-4
Penulis: Farid Rashidi
Kod: GB0461
Tebal: 200ms
Percetakan: 4 warna
Harga: RM20/22*

SINOPSIS
Tak salah seseorang menyukai seseorang, kerana itu adalah fitrah manusia yang dibekalkan naluri untuk kasih mengasihi sesama manusia. 

Cumanya, jika belum bersedia, usah diluahkan pada empunya diri, bimbang ia akan menyusahkan kita kelak.

Berdoalah pada Allah SWT, mohon petunjuk daripada-Nya. Perbanyakkan istikharah agar dipermudahkan urusan memilih calon terbaik. Jika hati rasa tenang kepadanya, maka usahakan untuk memiliki secara halal. Kalau sudah jodoh, segalanya terasa mudah biarpun jaraknya beribu-ribu batu sekalipun.

Buku ini pada asalnya adalah hasil penulisan status penulis di laman sosial namun ia mempunyai huraian berbanding status asal di laman sosial yang agak terhad. Bahkan penulis juga menyelitkan beberapa karikatur yang dilukis sebagai tambah nilai, serta lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam.

ANTARA Kandungan
Bagaimana mendapatkan jodoh yang terbaik?, Siapakah lelaki dan wanita yang baik?, Perlukah meluahkan cinta?, Putus cinta, apa yang perlu dilakukan?, Benarkah putus cinta begitu menyakitkan?, Adakah jodoh buat mereka yang ‘tidak baik’?


Bolehkah membujang seumur hidup?, Andai belum bertemu jodoh.. , Apa yang perlu dilakukan oleh isteri untuk mendapatkan pujian suami?, Bagaimana cara merisik seorang gadis?, Berbaloikah berkahwin muda?, Mahu berkahwin tetapi ibu bapa belum bagi lampu hijau?,  Lambat jodoh disebabkan kurang cantik?, Bernikah ketika belajar?

Apa yang perlu dilakukan jika sudah tidak mampu mengawal nafsu?, Apakah yang dibolehkan ketika bertunang, Pentingkah sekufu? Hebatkah bercinta semasa belajar? Dan banyak lagi.

TENTANG PENULIS
Nama sebenar penulis ialah Mohd Farid Bin Hj. Md Rashidi Bin Abas. Dilahirkan pada tarikh 3 Mei 1985 bertempat di Kampung Bendang Bechah, Mukim Kupang, daerah Baling, Kedah Darul Aman.

Memegang Diploma Pendidikan Islam, Sejarah Tamadun Islam di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu selama tiga tahun. Pada penghujung tahun 2006, ke Universiti al-Azhar cawangan Tanta untuk meneruskan pengajian dalam jurusan Syariah Islamiyyah.


Pulang ke tanah air pada tahun 2010, beliau membantu ayah mengajar kelas pengajian agama di Darul Fikr, Kampung Asam Jawa, Baling. Kemudian mendirikan perkahwinan dan berhijrah ke selatan tanah air – Johor Darul Takzim. Di sana, beliau pernah berkhidmat sebagai guru ganti di Al-Maahad Al-Islami Lit Tarbiah Wat Tahfiz, Taman Mawar Pasir Gudang. Di samping mengajar, beliau juga aktif menulis di media sosial dan blog sebagai medium dakwah. 

..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466

..................................................................................................

No comments:

Post a Comment