Judul: Elak ICU Kewangan (dengan kemaskini)
[Judul asal: Bijak Mengurus Wang; 2012]
Penulis: Hajah
Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
ISBN:
978-983-097-666-2
KOD: GB0440
KOD: GB0440
TEBAL: ms 308
HARGA: RM25.00
Flasher: Fahami
perbezaan antara perlu dan mahu.
Sinopsis
Apakah maksud
kekayaan yang sebenar? Berapa banyak wang yang kita perlukan untuk bahagia?
Kenapa kita sentiasa merasa tidak cukup?
Kebiasaannya,
berapa banyak pun wang yang kita miliki, pasti kita masih belum puas dengan apa
yang kita ada. Itu yang menyebabkan selalu terjadi, setiap kali gaji kita hanya
dapat memegangnya sekejap. Duit gaji akan diagihkan untuk membayar hutang dan
pada hujung bulan kita kembali menghitung hari untuk menerima gaji semula.
Jangan biarkan rutin ini berterusan!
Buku ini
membantu kita menguruskan wang dengan bijak dan merancang kewangan untuk
mengelakkan pokai hujung bulan. Sesuai untuk rujukan mereka yang baru memulakan
kerjaya dan peringatan bagi golongan yang telah berusia.
Penulis: Hajah Rohani
Datuk Hj Mohd Shahir
Anak kelahiran
Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd.,
syarikat konsultan perancangan kewangan Islam ini merupakan akauntan bertauliah
berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. Sebelum
ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad
yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif
ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. Memulakan kerjaya di
sebuah bank komersial tempatan sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa
American Express sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi
Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana
sebanyak RM150 juta.
Beliau pernah
membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum
Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah Radio
BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan
Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia, AJK Majlis Perunding Wanita Islam
di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan
Negeri Selangor.
Beliau telah
menghasilkan buku-buku pengurusan kewangan peribadi, Cukup Wang Hati Tenang
(2005), Ke Mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012), Cukupkah Wang
Anda (2014) dan Ada Apa Dengan RM (2017). Beliau pernah mengendalikan slot
rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di
Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program
berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini,
Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV
AlHijrah.
***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
macam mana nak dapatkan buku ni (beli)?
ReplyDelete