Apr 18, 2017

Golden Rule

Judul: Golden Rule
Judul: Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin
ISBN: 978-983-097-645-7
TEBAL: 224 ms
Harga: RM20
Flasher: Untuk kebahagiaan suami isteri

SINOPSIS

Berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak sekadar perlukan kesabaran, tetapi juga ilmu serta kebijaksanaan. Barulah masalah yang timbul itu akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi cinta dan kasih sayang suami isteri. 

Setiap pasangan boleh menangani masalah rumah tangga serta memelihara keharmonian keluarga, dengan memahami seni-seni dalam mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Baca, fahami, berazam dan berusahalah untuk mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan Golden Rule. Semua perkara yang dinyatakan dalam Golden Rule merupakan asas dalam pembentukan rumah tangga yang sejahtera. Walaupun mungkin ada antaranya dianggap remeh, jangan lupa bahawa dalam ‘keremehan’ itulah tersedia ganjaran pahala yang besar.

Dengan mengekalkan gaya santai Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, buku ini juga sarat dengan tip-tip yang mahal dan realistik dalam membentuk keluarga yang bahagia berlandaskan Islam dan teladan keluarga Nabi SAW.


PENULIS 

Muhamad bin Abdullah al-Amin. Amin adalah panggilan di kalangan ahli keluarga. Mendapat pendidikan awal di Johor, pada umur 15 tahun ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Kelantan, serta sering berulang alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Setelah tamat di UM, beliau ke Maahad Ihsaniah Penang. Diterima masuk ke Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya dari Mesir, mengambil Diploma Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kemudian melanjutkan pelajar di peringkat Master di UM. Kini sedang menulis di peringkat PhD di UM.


Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State University, Rusia. Bermula 2003, merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan para ulama di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain. Terlibat dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti operasi membantu mangsa tsunami di Acheh, mangsa gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim dan bersama Yayasan al-Ijabah di dalam program amal.

No comments:

Post a Comment