‘Lasik’
Untuk Jiwa
Penulis: Datuk
Prof. Dr Muhaya Hj. Mohamad
ISBN: 978-983-097-643-3
TEBAL: 168 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*
Adaptasi Slot Islam Indah/ Radio IKIMfm
Flasher:
Rahsia menjemput kebahagiaan
SINOPSIS
Seorang kanak-kanak
keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.
“Awak ini siapa?” tanya kanak-kanak itu.
“Saya ini
Kebahagiaan,” jawab lelaki pertama.
“Saya, Kejayaan,” jawab
lelaki kedua.
“Saya, Kekayaan,”
jawab lelaki ketiga pula.
“Awak pilihlah
sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga
itu.
Setelah kanak-kanak
itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila
Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.
Justeru, marilah pada
hari ini kita niatkan, “Saya ingin bahagia dan membahagiakan.” Bagaimana untuk
bahagia? “Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka
saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”
Buku ini bukan sekadar
perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat
pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka. Antara lain ia memuatkan
resipi mudah untuk kita menjaga
kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.
kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.
Lasik Untuk
Jiwa adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu
merawat penyakit rohani.
PROF
MUHAYA MOHAMAD
Lahir
pada 1958 di Kuala Terengganu, Datuk Prof. Dr Che Muhaya binti Haji Mohamad
adalah seorang Profesor Oftalmologi AUCMS, pakar inspirasi dan kolumnis majalah
serta pakar perunding mata.
Beliau
adalah Pengarah Pusat Lasik dan Mata Prof Muhaya. Mendapat ijazah pertama
bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1985, Sarjana
Pembedahan Oftalmologi dari UKM (1991) dan PhD dalam bidang Okular Immunologi
di Universiti London (1998).
Suami
dan dua puteri beliau adalah juga doktor perubatan. Beliau merupakan wanita
Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College
of Surgeons (FRCS) di Edinburgh.
Beliau
adalah Profesor Oftalmologi di UKM, Profesor Adjung di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi Malaysian Medical Association
Ophthalmological Society. Beliau merupakan pakar oftalmologi pertama di Asia
Tenggara yang melakukan prosedur LASIK menggunakan sistem Visumax tanpa pisau –
sistem LASIK tanpa pisau paling terkini.
Selain
pakar mata, minat beliau yang mendalam dalam bidang inspirasi telah membawanya
ke dunia inspirasi dan dakwah. Beliau aktif memberikan inspirasi dan motivasi
sejak 2007 sehingga kini. Kemampuannya menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
sebagai individu dan pengamal perubatan adalah satu kelebihan bagi beliau yang
menyebabkan beliau sering diundang untuk memberi motivasi pembangunan diri dan profesional.
Beliau kerap
muncul dan ke udara dalam rancangan TV dan radio (Tanyalah Ustaz, Halaqah dan
Radio IKIM), selain sering diundang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar
perubatan di UKM, UIAM, UM, USIM dan Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya.
Prof. Dr
Muhaya juga terlibat dalam rancangan bual bicara beliau sendiri, iaitu Imbasan Muhaya, Dr Muhaya Dot Com, Celik Hati,
Kanta Prof. Muhaya, Reset Minda, dan Dari Mata Ke Hati.
Kegigihan
beliau dalam bidang dakwah telah diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Tokoh
Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan & Negeri Selangor (2015), Tokoh Ilmuwan
Selangor (2010), Felo Dakwah YADIM (2013), Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015)
dan yang terkini beliau telah diperkenankan untuk menerima Pingat Jasa Negara
(PJN) yang membawa gelaran Datuk pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung pada Jun 2016.
Dalam
bidang penulisan pula, Prof. Dr Muhaya merupakan kolumnis tetap Mingguan
Malaysia, Berita harian dan telah menulis 12 buku antaranya yang terlaris ialah
How To Become a Good & Successful
Medical Student, Celik Mata dan Jiwa,
Mata Akal Mata Hati, Tempat Kerja Saya Ladang Pahala Saya dan
Biografi Inspirasi: Sejernih Sinar Matamu.
Lasik
Untuk Jiwa merupakan buku terkini yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn
Bhd.
i really like this article please keep it up. toledo lasik price
ReplyDeleteAwesome post! Personally I like your site. . I am so impressed to read your content. I am looking forward for the next valuable and informative concept in your blog. Overall outstanding post. Carry on :) net worth
ReplyDelete