Nov 30, 2016

Rumah Sakit

JUDUL: RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-618-1
KOD: GB404
HARGA: RM 25.00/ RM 27.00
TEBAL: 264 ms

SINOPSIS

“Bagaimana keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu saya hampiri tanpa sebab!”

 Namun... Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin, berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”


Buku RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT. Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan penyakit jantung kronik.

Prof. Muhd Kamil mengakui banyak kerja yang belum diselesaikan tetapi ujian sakit yang hadir itu sebagai peringatan bahawa Allah SWT memberi sedikit pinjaman masa untuk lebih bersedia, bersungguh melakukan pelbagai perkara bermanfaat dan sungguh ... penulis berdoa agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya supaya apabila beliau pergi nanti, beliau pergi dalam keadaan sihat sejahtera. Pergi tanpa penyakit! 

Bagi yang berfikir secara kritikal, setiap peristiwa ada pandangan sisi yang boleh dinyatakan untuk berfikir. Lebih bermanfaat jika ia membawa diri lebih hampir kepada-Nya. Hakikatnya, ajal maut tidak lambat dan tidak cepat sesaat. Kematian semakin tiba apabila usia kita bertambah.


Melalui ilmu yang dipinjamkan – Prof. Muhd Kamil melihat sakit dan rumah sakit melalui kerangka yang lebih luas. Kita sebenarnya hidup dalam rumah sakit terbesar lagi canggih iaitu ‘dunia’. Dunia - mengikut pandangan sisi - seolah-olah begitu.






---------------------------------------

Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

----------------------------------------

No comments:

Post a Comment