Nov 30, 2016

Rumah Sakit

JUDUL: RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-618-1
KOD: GB404
HARGA: RM 25.00/ RM 27.00
TEBAL: 264 ms

SINOPSIS

“Bagaimana keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu saya hampiri tanpa sebab!”

 Namun... Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin, berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”


Buku RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT. Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan penyakit jantung kronik.

Prof. Muhd Kamil mengakui banyak kerja yang belum diselesaikan tetapi ujian sakit yang hadir itu sebagai peringatan bahawa Allah SWT memberi sedikit pinjaman masa untuk lebih bersedia, bersungguh melakukan pelbagai perkara bermanfaat dan sungguh ... penulis berdoa agar Allah SWT mengampunkan segala dosanya supaya apabila beliau pergi nanti, beliau pergi dalam keadaan sihat sejahtera. Pergi tanpa penyakit! 

Bagi yang berfikir secara kritikal, setiap peristiwa ada pandangan sisi yang boleh dinyatakan untuk berfikir. Lebih bermanfaat jika ia membawa diri lebih hampir kepada-Nya. Hakikatnya, ajal maut tidak lambat dan tidak cepat sesaat. Kematian semakin tiba apabila usia kita bertambah.


Melalui ilmu yang dipinjamkan – Prof. Muhd Kamil melihat sakit dan rumah sakit melalui kerangka yang lebih luas. Kita sebenarnya hidup dalam rumah sakit terbesar lagi canggih iaitu ‘dunia’. Dunia - mengikut pandangan sisi - seolah-olah begitu.






---------------------------------------

Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

----------------------------------------

Nov 13, 2016

Kelahiran Teragung

JUDUL: KELAHIRAN TERAGUNG
PENULIS: Ustaz Muhadir Hj Joll
KATEGORI: Fardhu Ain
ISBN: 978-983-097-582-5
KOD: GB 0403
SAIZ: 6.75” x 9.5’’
TEBAL: 408 m/s
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM 60.00/ 62.00* (Sabah / Sarawak)



SINOPSIS:

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”

Sebuah buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW:
Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.

Buku ini terbahagi kepada dua bab utama.
• Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad.
• Bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.


ISTIMEWA: Foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.

*************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 










Nov 11, 2016

Akhirat 1st

JUDUL: AKHIRAT FIRST
PENULIS: Ustaz Roslan Mohamed
ISBN: 978-983-097-614-3
KOD: GB 0402
TEBAL:  128 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
HARGA: RM 18/20*

SINOPSIS:

Bagi menjadi seorang Mukmin sejati, wajib bagi kita mewarnakan hidup  ini dengan ilmu dan iman kerana ia adalah pakaian bagi setiap Mukmin. 

Berlandaskan kepada ilmu yang diperolehi, setiap hamba-Nya harus sedar bahawa perjalanan hidup sebagai hamba Allah adalah satu ujian yang wajib ditempuhi dengan menjadikan Islam sebagai garis pandu dalam sebuah perjalanan yang berjaya.

Selain itu, buku Akhirat First ini memperlihatkan agama Islam itu hadir dalam pakej yang lengkap, berteraskan kepada akidah, akhlak dan syariat. Hidup bersama dengan penghayatan beragama akan menjamin keselamatan yang abadi bagi setiap Mukmin

Harapan penulis agar buku ini dapat dimiliki oleh setiap Mukmin dalam melayari sebuah kehidupan, kerana kita perlu kepada teguran dan bimbingan.  Semoga teguran dan bimbingan ini mampu membina sebuah kehidupan yang benar dan sejahtera selari dengan matlamat akhir kehidupan kita untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan itu bermula di alam dunia dan akan berakhir di alam akhirat dan kemuncaknya ialah menjadi penghuni Syurga.

Semoga kalam nasihat penulis ini dapat membantu pembaca dalam beramal dengan kebaikan sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak, maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan. Insya-Allah!

Beramal dengan kebaikan biarlah sebanyak-banyaknya kerana kebaikan apabila semakin banyak,  maka bertambahlah nilai baik dan barakah dalam sebuah kehidupan. Hakikatnya, kebaikan tiada noktah dalam kehidupan melainkan mati dalam kebaikan adalah noktahnya!


ROSLAN BIN MOHAMED adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Lulusan dari Universiti Islam Muhammad ibn Soud Riyadh Arab Saudi dan Institut Antarabangsa Bahasa Arab, Khartoum Sudan. Beliau sering muncul sebagai panel dalam beberapa rancangan agama TV seperti Al-Kuliyyah TV3, Tanyalah Ustaz TV9 dan Halaqah TV9, Forum Perdana TV1, Muqaddimah TV9, Madrasah Akhlak TV Al-Hijrah dan beberapa rancangan agama TV yang lain.

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
--------------------------------------- 

Nov 9, 2016

One Way Ticket

JUDUL: ONE WAY TICKET
PENULIS: Muhammad Safwatullah Bin Mohd Fadli
ISBN: 978-983-097-591-7
Kod: BP001
TEBAL: 230 ms
HARGA: RM 20.00 / RM 22.00


SINOPSIS:

Kata Ayah, jadilah pendakwah bukan pendakwa.

One Way Ticket: Pergi Tak Pasti Kembali membawa kita menroka sisi murni yang berkait dengan usaha dakwah.


Dakwah ini dilakukan oleh seorang remaja dengan bimbingan ayahanda dan bondanya. Berkisahkan perjalanan dakwah dalam mengajak manusia kepada Allah di sebuah tempat yang terpencil. Pahit dan manis dalam perjalanan dakwah ini sudah sunnah dalam perjuangan.



Tiada perjuangan yang tiada rintangan, tiada perjalanan yang tiada halangan!

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

---------------------------------------




Nov 8, 2016

QA Muamalat

JUDUL: Q&A MUAMALAT
PENULIS: DR. ASMADI MOHAMED NAIM
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-613-6
KOD: GB 0401
SAIZ: 6” x 9’’
TEBAL: 280 m/s
ISI DALAM: 1C
HARGA: RM 20.00 / 22.00* (Sabah/Sarawak)



SINOPSIS:

Buku ini menjelaskan pelbagai isu kewangan dan muamalat yang sering menjadi isu dalam masyarakat Muslim hari ini.

Setiap persoalan dihuraikan dengan definisi, diperjelaskan dengan contoh dan dikukuhkan dengan dalil serta fakta yang sahih oleh penulis yang berpengalaman luas dalam muamalat dan kewangan Islam.




Antara isu yang diberi pencerahan:
         Berniaga melalui internet
         Jual beli rumah melalui bank
         Riba tambahan bayaran
         Awas pelaburan emas
         Hukum-hakam ‘main’ saham
         Hukum ‘main kutu’
         Komisyen orang tengah
         Menang cabutan bertuah
         Kenaikan harga barang
         Kena bayar cukai, GST pula!
         Penulis adalah Pensyarah IBS UUM, Ahli Majlis Syariah BNM dan SC, dan kini sedang giat bersiaran di radio IKIM.FM dan slot Bicara Muamalat.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

----------------------------------------