Aug 24, 2016

Ubah

JUDUL: UBAH
PENULIS: Syed Alwi Alatas
ISBN: 978-983-097-596-2
KOD: GB0382
HARGA: RM 16
TEBAL: 128ms

SINOPSIS RINGKAS:

Buku ini membawakan tema tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan memulakan dan permulaan.  Setiap perkara dalam kehidupan ini ada mula dan ada akhirnya. Kita perlu tahu dengan yakin dan pasti apakah akhir yang hendak dicapai.  Akhir  atau  tujuan itu perlulah direnung dan difahami dengan sebenar- benarnya.

Apabila sudah pasti tujuan yang hendak dicapai, maka perlu pula diketahui jalan terbaik untuk mencapai tujuan itu. Sesudah tujuan dan jalannya dikenal pasti, barulah memulakan langkah pertama.

Hidup ini sangat penting dan kita hanya akan menjalaninya sekali sahaja. Maka tidak wajar seribu langkah kita jalani tanpa kita tahu ke mana akhirnya. Jadi hendaklah kita pastikan TUJUAN dan tahu JALANnya. Jika dua perkara itu sudah kita tetapkan, mulailah melangkah ke arah tujuan.

         Destinasi yang dituju mungkin jauh, jalan yang dilalui mungkin amat sukar, tetapi dengan izin Allah kita akan sampai juga. Yang penting, kita mulakan. Jangan hanya bermimpi.
         Kemudian teruskan, jangan sekali-kali menyerah kalah dan putus asa di pertengahan jalan.

Jika terasa perjalanan itu begitu sukar sehingga tak mungkin sampai ke tempat tujuan, fokus sahajalah kepada langkah permulaan, kerana permulaan itu dekat dan lebih senang untuk dilakukan.
                   
SYED ALWI ALATAS adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia setakat ini.


Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak lima judul buku motivasi (Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi) telah diterbitkan. UBAH merupakan karya terbaharu beliau yang pasti tidak mengecewakan mereka yang memilikinya.  Insya-Allah.

----------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

No comments:

Post a Comment