Sep 12, 2013

Bukan Sekadar Novel Air Mata

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (rancangan Assalamualaikum, TV AlHijrah) menitiskan air mata sewaktu menyemak novel ini. Beliau diserahi manuskrip novel ini oleh penulisnya untuk proses tashih, sebelum naskhah itu sampai ke tangan editor.

Puan Zarina Mohd Yasin yang diberi tanggungjawab menyunting novel ini, mengaku beberapa kali menangis sewaktu proses menyuntingnya.

Malah penulis novel ini sendiri, Bonda Nor, membuat pengakuan di FB, "... sejujurnya, saya sendiri turut teresak-esak sewaktu menaip beberapa bab di dalam novel ini."

Saya Tunggu Awak adalah karya pendatang baharu, Bonda Nor. Kekuatan novel ini bukan hanya kerana ia sebuah 'novel air mata'. Kekuatan novel ini adalah pada garapannya yang sedap dibaca, membuai perasaan dan dalam masa yang sama sangat menginsafkan, memberi pencerahan dan mengajak kepada Tuhan.

Novel setebal 640 halaman dan dijual dengan harga RM24 ini, adalah satu lagi novel dakwah yang mesti dibaca dan sangat berpotensi menjadi bestseller.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Saya tak perasan pun entry ini.. hehe..
    Terima kasih tuan kerana membuat ulasan berkenaan novel ini.
    Alhamdulillah, insyaAllah bukan sekadar novel airmata, tetapi penuh ilmu dan pengajaran yang boleh didapati daripadanya..
    Jangan lupa baca dan komen nanti ya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Sebuah blog perkongsian ilmu yang menarik.

    ReplyDelete