Nov 14, 2012

Dingin Salju Wisconsin

GB0199 :  Dingin Salju Wisconsin

Pengarang : Nurulsham Saidin
Tebal  : 440 m/s
ISBN : 978-983-097-371-5
Harga : RM 19.00 S/M

“Saat rencana hidupmu tidak berjalan dengan sempurna, cubalah memilih untuk berserah, bukan menyerah.”


“Nurulsham Saidin sekali lagi bijak menenun jalur-jalur plot novelnya menjadi hidangan pembacaan penuh kerahsiaan yang menyentuh konsep solitud, merenjiskan aroma misteri, dan menyalakan api kesedaran. Bacalah untuk mendapatkan kecerahan jika hati masih zulmat kegelapan.” – Dr. Amida Abdulhamid, Ketua Hakim Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil

Enam belas tahun lalu, dalam Dingin Salju Indiana, tiga gadis Melayu dengan latar asuhan berbeza memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian. Di sana Jannah, Murni, dan Nana tertampan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan, dan keimanan.

Kini, lewat Dingin Salju Wisconsin, Jannah mengamanahkan sepupunya Sarah yang akan melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat untuk mencari seorang kawan yang tidak pernah pulang-pulang dari sana iaitu Icon. Bersama-sama Sarah adalah Marissa dan Ainun.

Konflik bermula apabila Sarah tiba-tiba jatuh cinta pada Syamsul. Kemunculan pasangan suami isteri, Kak Noor dan Abang Azam yang begitu daif keadaan hidupnya menambah ritma pada novel ini. Begitu juga kehadiran Abang Halim yang tidak pernah pulang ke Malaysia berbelas tahun lamanya, yang menimbulkan persoalan. Apakah nasib Sarah seterusnya? Dapatkah dia menemui Icon seperti yang diamanahkan?

No comments:

Post a Comment