Inikah
ujian?
Saya didatangi oleh seorang ustaz yang
mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan
kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan
teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,
“Ustaz, boleh
saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz
yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah
yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan,
“berdosa”). Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”
Saya menitiskan
air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau,
“Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan
tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk
tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang
bodoh, jahil dan tidak berilmu.”
Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.
Dr Mohd Rashidee Alwi – Rahsianya agak mudah. MKI (Muhd Kamil
Ibrahim) menulis dari hati. Lalu hatilah yang disentuh. Di atas segalanya,
Allah mengurniakan kepada profesor yang satu ini kebolehan menyentuh kalbu
insan yang lain. Bacalah dengan hati yang lapang.
Ainun Mardhiah Ismail – Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir
kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada
Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.
TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI
Salam.. Buku ini benar2 mengubah persepsi sy dan menjadikan sy lebih positif menghadapi ujian yg maha berat ini. Trm kasih... Di mana blh sy dptkan buku ini?
ReplyDeleteSalam. Encik boleh dapatkan di rangkaian kedai buku mph dan popular. atau membeli secara online di www.galeriilmu.com.my
ReplyDeleteSalam. Encik boleh dapatkan di rangkaian kedai buku mph dan popular. atau membeli secara online di www.galeriilmu.com.my
ReplyDelete