Jun 21, 2010

Majlis Perjumpaan Grup Penulis GISB 2010




Majlis Perjumpaan Grup Penulis GISB kali yang pertama telah berlangsung dengan jayanya pada hari sabtu, 19 Jun yang lalu bertempat di Akademik Huffaz, Kota Damansara.

Majlis telah diisi dengan pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman daripada para penulis.

Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, penulis buku Bawalah Hatimu Kepada Tuhan dan Lembutkanlah Hatimu menukilkan majlis tersebutn sebagai "sebuah majlis yang indah, majlis yang memberi nilai tambah pada iman dan ilmu."



Berita lanjut akan menyusul.


Tuan Haji Abu Hassan Morad, Pengarah Urusan GISB turut berkongsi pengalamannya yang sangat mahal kepada Grup Penulis yang hadir.


Ustaz Amaluddin berkongsi pengalaman awal menjadi seorang penulis.

En Hassan Suyut penulis buku Kembara Atiq Wazir turut hadir berkongsi pengalaman walaupun beliau kesuntukan masa kerana perlu hadir temujanji lain pada sebelah tengahari

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil turut meluangkan masa dan berkongsi rasa dengan grup penulis

Puan Noreha, penulis novel remaja popular, Diari Aneesa. Ramai anak-anak bertanya bila sambungan kedua Diari Aneesa?

Puan Hajah Rohani Dato' Mohd Shahir, pakar kewangan berkongsi pengalaman menulis buku Ke Mana Wang Anda?

Agak-agaknya apa yang sedang diperkatakan oleh Sdr Hilal Asyraf ini? Jiwa muda yang bakal mencorak generasi remaja dengan warna-warni Islam!

Sdr Nasri Nasir, (Editor Motivasi) yang berjaya menceriakan suasana majlis

En Zakaria Sungib, editor kanan di Jabatan Buku. Rata-rata penulis GI termasuk Ustaz Hasrizal, Ustaz Amal menggelar beliau sebagai "sifu".

Nurull Halawati (kiri) dan Ummu Hani Abu Hassan, dua novelis muda GI yang sedang mencipta nama

Majlis menandatangani mural Grup Penulis GISB 2010


4 comments:

  1. semoga perjumpaan akan datang saya diberi kesempatan oleh Allah untuk hadir...kali ini ada program lain yang perlu diaulakan...

    ReplyDelete
  2. Baik, Siti, moga Allah izinkan lagi kita bertemu dalam majlis silaturrahim dan perkongsian seumpama ini.

    ReplyDelete
  3. Satu majlis yang sangat besar nilainya. Terkilan juga hanya mampu singgah seketika, moga ketemu lagi di lain kesempatan.

    ReplyDelete
  4. Saya pun berharap sangat utk brjumpa rakan2 penulis yg jauh lebih berpengalaman dpd saya. Bestnya tengok dam baca berita ini :)

    ReplyDelete