Dec 23, 2024

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid Kelima)

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid Kelima)
Penulis: Al-Imam Al-Bukhari
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7716-27-5
Kod: GB 0857
Saiz: 16.5 cm x 23.5 cm
Tebal: 272 m/s
Teks: 1C
Berat: 
Harga: RM27.00/ RM29.00


SINOPSIS:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid kelima) menghimpunkan  240 hadis tentang memberi dan menjawab salam orang bukan Islam, adab masuk rumah, adab di dalam majlis dan di tempat awam, bertaruh dan berjudi.


Antara hadis yang terdapat dalam jilid kelima ini:

Cinta dan benci sekadarnya

Berkeras dan perbuatan kasar

Cara mendoakan ahli zimmah

Berlebihan dalam bercakap

Cara  meminta izin

Melihat ke dalam rumah










Dec 12, 2024

Kisah Menarik 25 Rasul (Buku 3)

KISAH MENARIK 25 RASUL (Buku 3)
ISBN: 978-629-7716-24-4
Kod: GB0855
Penulis: Zaki Sapuan Al-Hafiz
Tebal: 200 ms
Saiz: 16 cm X 23.4 cm
Tebal: 208ms
Berat:
Harga: RM30.00/RM32.00

SINOPSIS

Setiap kali Nabi Daud membaca kitab Zabur, haiwan-haiwan di darat dan burung-burung di langit akan terdiam kaku dan mendengarkan bacaan baginda. Semua binatang itu akan setia mendengar sampaikan kelaparan. Tiada suara yang semerdu Nabi Daud di atas dunia. Kemerduannya bagaikan alunan seruling dan mampu menghilangkan segala kegelisahan. Bahkan, air sungai pun ikut berhenti.

Ini antara kandungan dalam buku Kisah Menarik 25 Rasul ini. Banyak lagi kisah-kisah hebat untuk kita hayati. Justeru, koleksi Kisah Menarik 25 Rasul membawakan empat jilid buku yang santai lagi mudah. Ia boleh membantu ibu bapa dalam menyediakan pendidikan terbaik buat anak tercinta. 


Siri ini juga memudahkan guru dan pendidik untuk menyempurnakan fardu ain buat murid-murid demi menghayati Rukun Iman yang keempat, iaitu Percaya kepada Nabi dan Rasul.

Mudah-mudahan dengan membaca buku yang menarik ini, anak tercinta akan mendapat banyak manfaat, lalu mencontohi akhlak mulia rasul-rasul pilihan Allah. Mereka adalah tauladan terbaik bagi kita dalam mendepani abad ke-21 yang penuh cabaran dan kejutan.








Peralatan Kerja: Pertukangan

Peralatan Kerja: Pertukangan
ISBN: 978-629-7716-23-7
Penulis: M. Azmin Abdullah & Zakaria Sungib 
Kod: GB0854
Tebal: 24 ms
Saiz: 17.145cm X 24.13cm
Berat: 0.07kg
Harga: RM10.00/RM12.00

SINOPSIS

Pada zaman dahulu, tukang kayu mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesebuah rumah atau perabot. 

Ini disebabkan alat-alat bertukang yang digunakan adalah terhad dan lama.


Antara alat-alat pertukangan tradisional ini adalah seperti gergaji, gerudi, pahat, ketam, tukul dan kikir. Peralatan bertukang ini menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Walaupun begitu, hasil kerja tangan mereka sangat halus, indah dan berseni.






Alat Muzik Tradisional

Alat Muzik Tradisional
ISBN: 978-629-7716-22-0
Penulis: M. Azmin Abdullah & Zakaria Sungib 
Kod: GB0853
Tebal: 24 ms
Saiz: 17.145cm X 24.13cm
Berat: 0.07kg
Harga: RM10.00/RM12.00

SINOPSIS

Muzik ialah gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah, menyenangkan, dan menghiburkan pendengar. Ada kalanya ia dijadikan sebagai pembakar semangat dalam sesuatu perjuangan.
 

Alat muzik dimainkan mengikut kesesuaian sesuatu majlis. Ada alat muzik dimainkan dalam majlis rasmi seperti majlis pertabalan raja, dalam acara nyanyian dan tarian, atau sebagai muzik latar dalam drama pentas atau filem.

Alat muzik tradisional menjadi lambang kebudayaan sesuatu bangsa.