Aug 29, 2024

Hadiah Persaraan Buat Umi

Hadiah Persaraan Buat Umi
Penulis: Dato Wira Louis Ng dan Zakaria Sungib
ISBN: 978-629-7716-02-2
Kod: GB0824
Tebal: 160 ms
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*

 SINOPSIS

Menyedari masa yang beliau ada sudah singkat dan hampir berakhir, budak tahfiz penghidap Beta Thalassemia Major ini mempelopori gagasan ‘Pesara Mahasiswa’ untuk mencapai impian besarnya pada usia awal sebaik-baik graduasi di universiti.

Abdur Rahman Al-Amin berani memasang impian, malah beliau susuri impian itu dengan kegigihan, semangat luar biasa, mindset yang betul dan akhlak seorang hafiz 30 juzuk Al-Quran untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin orang.


Dan di hujung kisah hidupnya, beliau mahu meninggalkan pendapatan pasif lumayan melalui bisnes emas yang akan dinikmati oleh ibu tercinta berterusan setiap bulan walaupun setelah beliau tiada.

Beliau telah membuktikannya!










*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Aug 26, 2024

Kisah Para Nabi di Sebalik Solat


Kisah Para Nabi di Sebalik Solat
Penulis: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
ISBN: 978-629-7556-99-4
Kod: GB0821
Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 176 muka surat (4 color)
Berat:
Harga: RM35.00/RM37.00*

SINOPSIS

Buku Kisah Para Nabi di Sebalik Solat membawa anda menyelami perjalanan spiritual para Nabi melalui amalan solat yang penuh hikmah.

Penulis menggabungkan kisah-kisah para Nabi dengan rujukan daripada Al-Quran, hadis dan pendapat ulama muktabar dalam kitab-kitab turats, menjadikan buku ini bukan sahaja sebuah bahan bacaan yang mendalam, tetapi juga sumber inspirasi untuk memperkukuhkan amalan solat dalam kehidupan seharian.

Antara perbahasan yang dimuatkan ialah:
- Sejarah bermulanya solat lima waktu
- Sejarah solat Jumaat
- Bagaimana Nabi Muhammad SAW menentukan lafaz azan
- Kisah di sebalik bacaan Tahiyyat


Dengan gaya penulisan yang mudah difahami, buku ini sesuai untuk semua peringkat usia dan menjadi panduan penting untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah melalui solat.









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************

Kitab Pedoman Hidup

Kitab Pedoman Hidup
Penulis: Khuzaifah Kamazlan & Muhd Kamil Ibrahim
ISBN 978-629-7716-01-5
Kod: GB0823
Saiz: 21.59cm X 13.97cm
Tebal: 264 m.s.
Berat:
Harga: RM25.00/RM27.00*

 SINOPSIS


Kitab Pedoman Hidup
merupakan risalah kecil yang menjadi panduan bagi manusia yang ingin menghiasi hari berbaki dengan akhlak dan amal-amal bermanfaat. Kitab ini membicarakan perkara terpilih yang harus diperbanyakkan, ditinggalkan dan yang mesti dijaga agar pahala amalan seharian tidak sia-sia begitu sahaja.

Kitab ini tidak membincangkan hukum-hakam fikah, tidak juga sah atau batal sesuatu ibadah, sebaliknya ia menerangkan nilai-nilai sesuatu amal yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Maksud dan tujuan utama naskhah ini adalah untuk menimbulkan kesedaran para pembaca supaya lebih berusaha mendekatkan diri kepada Allah, menjauhi perbuatan terlarang yang boleh menjatuhkan diri dalam kelalaian, menyedarkan diri akan hari akhirat yang pasti dilalui, serta bersedia dengan bekalan yang secukupnya.

Dunia ini bersifat sementara, berbentuk pinjaman dan hari akhirat menjadi matlamat setiap manusia yang berilmu dan beriman dengan-Nya.

Manusia mahu ke syurga. Kalau boleh ke Firdaus tanpa dihisab. Namun sifat manusia yang sering terlupa menyebabkan kehidupan di dunia lebih diutamakan. Manusia menghimpun dosa yang hadir bersama kemewahan dunia. Lalu perjalanan ke syurga yang kehidupannya kekal abadi menjadi sukar. Naskhah ini juga cuba mengingatkan soal ini.

 ISI KANDUNGAN 

𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝟏: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍
Kematian Itu Pasti, Syurga Destinasi Akhir

 BAHAGIAN 2: HIDUP INI UJIAN
Ujian Bagi Manusia, Hikmah Ujian, Reaksi Terhadap Ujian

BAHAGIAN 3: MENCARI BANTUAN ALLAH
Manusia Berhajat Kepada Allah, Manusia Sombong, Kerugian Jika Dibiarkan Allah, Mendapat Bantuan Allah

BAHAGIAN 4: BERSIHKAN HATIMU
Hati Yang Membinasakan, Punca Kekotoran Hati, Proses Penyucian Hati,


BAHAGIAN 5: REZEKI
Allah Mengatur Rezeki, Rezeki Tidak Datang Sendiri, Rezeki yang Berbeza-beza

BAHAGIAN 6: PEDOMAN SEORANG ANAK
Berbuat Baik kepada Ibu bapa, Berbuat Baik Tanpa Syarat

BAHAGIAN 7: SEDEKAH SATU TUNTUTAN
Rezeki Manusia Berbeza, Galakan Bantu-membantu, Perintah Untuk Bersedekah, Manusia Bersifat Bakhil dan Kedekut, Kelebihan Sedekah, Sedekah yang Afdhal, Sedekah Dengan Ilmu

BAHAGIAN 8: MENJAGA TUTUR KATA
Mensyukuri Nikmat Pancaindera, Masuk Neraka Kerana Lidah, Dosa-dosa Lidah, Diam Lebih Baik

BAHAGIAN 9: PENUTUP

Memohon keampunannya, Sesuci Bayi, Kita Masih Bernyawa









*********************************
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻
𝗽𝗲𝗿𝗸𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁:

𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗼𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗚𝗮𝗹𝗲𝗿𝗶 𝗜𝗹𝗺𝘂:

********************************