Jan 31, 2024

Aplikasi & Syarah Ringkas Hadis 40 Imam An-Nawawi

Aplikasi & Syarah Ringkas Hadis 40 Imam An-Nawawi
ISBN: 978-629-7556-66-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0784
Saiz: 13.5cm X 21.5cm (Portrait)
Tebal: 272 muka surat
Berat: 0.5 kg
Kertas: Simili 70 gsm / 2C
Harga: RM25.00 / RM27.00

Sinopsis

Hadis 40 Imam An-Nawawi merupakan naskhah klasik karangan ulama tersohor Imam An-Nawawi atau nama penuh beliau Yahya bin Syaraf an-Nawawi. Karya agung ini menghimpunkan 42 hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan perkara-perkara asas dalam Islam. Kitab ini cukup penting untuk pegangan setiap umat Islam. Hal ini kerana kandungannya yang mewakili intipati dan teras bagi ajaran Islam yang sempurna.

Karya ini membahas asas-asas Islam seperti niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang, kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia, mengikut sunah, mencegah kemungkaran, persaudaraan dan taubat.

Antara keistimewaan naskhah susunan Dr. Shamsul Mohd Noor ini ialah:

- Terjemahan dan syarahan hadis yang lebih segar dan terkini.

- Memudahkan pemahaman yang sebenar terhadap kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi, yang relevan dengan konteks semasa umat Islam.

- Turut disertakan pengajaran yang dapat dikutip dalam setiap hadis.

- Memudahkan masyarakat mengaplikasikan hadis dalam kehidupan sehari-hari.

Semoga usaha kecil ini dapat menghidupkan semula karya-karya ulama silam di tengah masyarakat dalam bentuk yang mudah dihadam dan dihayati.


DR. SHAMSUL MOHD NOR

Merupakan lepasan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz al-Muhammadiyah Batang Kali, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabbur al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Aplikasi & Syarah Ringkas Hadis 40 Imam An-Nawawi merupakan naskhah ketujuh beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








Jan 22, 2024

Kelahiran Teragung (edisi Cover Baru)

Kelahiran Teragung (Cover baru)
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-967-0
KOD: GB 0690
SAIZ: 17cm x 24cm
TEBAL: 408 m/s
ISI DALAM: 4C
BERAT; 0.75 KG
HARGA: RM 50.00/ RM52.00*

NOTA: Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2016 yang lalu. Ini adalah terbitan dengan cover baru bagi tahun 2024. Harap maklum.

DETAIL:

“Sebagaimana dengan melihat pokok-pokok yang menghijau akan memberi ketenangan kepada hati dan membawa ketenteraman kepada jiwa, begitulah juga hati dan jiwa akan menjadi tenteram, bahagia dan tenang ketika melihat, membaca atau mendengar akhlak dan peribadi agung yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.”

Sebuah buku berkaitan sirah hidup Rasulullah SAW:
Ia bukan hanya memaparkan fakta dan sejarah, tetapi juga memuatkan kisah-kisah atau dialog-dialog yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi sebagai ibrah dan penyegar minda. Ia akan lebih mendekatkan pembaca dengan suasana sebenar pada zaman Baginda.


Buku ini terbahagi kepada dua bab utama.

• Bab pertama membicarakan tentang keturunan, nama dan ahli keluarga Nabi Muhammad.

• Bab kedua membicarakan kronologi perjalanan hidup Nabi Muhammad mengikut tahun dan umur.

ISTIMEWA: Foto-foto eksklusif yang berkaitan dengan perjalanan hidup Nabi SAW.










Jan 2, 2024

Menuju Puncak

Menuju Puncak
Penulis: Normah Omar & Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-629-7556-65-9
Kod: GB0785
Saiz: 14cm x 21.5cm (Portrait)
Tebal: 256 ms
Presentation: 4C
Berat: 0.5 kg
Harga:
 RM35.00/RM37.00*

SINOPSIS

Mengisahkan pengalaman bagaimana penulis berdepan dengan pelbagai liku kehidupan sebelum mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kerjaya.  Malah puncak kejayaan tertinggi dalam bidang akademik dan kerjaya membawa penulis bergelar Profesor Emeritus dan juga Profesor Perakaunan.

Setiap liku dihadapi dengan tabah dengan bersandarkan doa dan pertolongan Allah, justeru setiap kesusahan, Allah berikan jalan penyelesaian.


Penulis mencatatkannya supaya menjadi inspirasi kepada generasi akan datang, agar sedikit ilmu yang mereka tinggal ini dapat menjadi pedoman dan membimbing mereka pula.

Penulis mengingatkan, biar setinggi mana pun kejayaan dicapai, hakikatnya ia bukan kejayaan sebenar. Ia hanyalah kejayaan yang sementara di dunia. Puncak kejayaan sebenar lagi hakiki ialah apabila kita berjaya melangkah masuk ke Syurga Firdaus di akhirat sana bersama-sama dengan mereka yang kita kasihi.

MENUJU PUNCAK mengajar kita bahawa hidup ini memerlukan kesabaran, pengorbanan, usaha dan tawakal.