Aug 24, 2023

40 Rahsia Baca Al-Quran Macam Pakar

40 Rahsia Baca Al-Quran Macam Pakar
Kod: GB0776
ISBN: 978-629-7556-56-7
Penulis: Uwais Qorny
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 120 ms
Teks: 2C
Berat: 0.2 kg
Harga: RM38.00 / RM40.00

Sinopsis:

40 Rahsia Baca Al-Quran Macam Pakar mengupas tentang bagaimana cara membaca Al-Quran seperti pakar. Buku ini memberi panduan langkah demi langkah untuk meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran.

Dari teknik-teknik tajwid yang halus, mengenal jenis-jenis waqaf hingga mengetahui cara membezakan antara dengung pada Iqlab dan dengung pada Ikhfa’ Syafawi. 

Karya ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami, sehingga ia sesuai untuk pembaca dari pelbagai peringkat.


Pastinya, 40 rahsia yang dikongsikan di dalam buku ini hanyalah setitis ilmu dari luasnya samudera ilmu Al-Quran. Ia tetap perlu disemai dan dibaja dengan cara berguru kepada para alim ulama secara talaqqi musyafahah serta memerlukan tempoh yang berpanjangan agar kita betul-betul mahir membaca Al-Quran.








Aug 23, 2023

Teladani Akhlak Nabimu

Teladani Akhlak Nabimu
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-629-7556-55-0
Kod: GB 0775
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm
Tebal: 204 ms    
Isi Dalam: 2C
Berat: 0.45 kg
Harga: RM20.00/ RM22.00

DETAIL:

Kesempurnaan dan kemuliaan akhlak Nabi Muhammad SAW diakui bukan sahaja oleh keluarganya dan para Sahabat, malahan musuh-musuhnya juga mengakui akhlak-akhlak mulia yang ada pada diri Baginda.

Antara tujuan Baginda diutuskan juga adalah untuk memperbaiki akhlak umat Baginda. Maka, mempelajari dan meneladani akhlak Nabi Muhammad SAW adalah kewajipan ke atas umat Islam. 




Antara akhlak mulia Baginda yang mesti dicontohi seperti:

           Tegas dalam hukum syarak

           Teliti dalam memutuskan hukuman

           Memuliakan orang lain

           Menunjukkan kegembiraan dan keceriaan

           Memberi semangat kepada yang lain

           Tidak mahu mengganggu orang lain dengan sesuatu yang tidak menyenangkan.









Aug 21, 2023

Apabila Rasulullah ﷺ Bercerita

Apabila Rasulullah Bercerita
Penulis: Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi
ISBN: 978-629-7556-54-3
Kod: GB0774
Saiz: 13.5cm X 21.5cm  (Portrait)
Tebal: 168 m/s
Kandungan: 2C
Berat; 0.3 kg
Harga: RM25.00/RM27.00

Sinopsis

Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu.” (An-Nisa’ 4: 164)

Naskhah yang berada di tangan pembaca ini menghimpunkan hadis-hadis tentang kisah para Nabi dan Rasul terdahulu yang telah diceritakan sendiri oleh Rasulullah kepada para Sahabat. Kisah-kisah tersebut sama ada berkaitan dengan pensyariatan sesuatu hukum, kisah mukjizat mahupun perjalanan dakwah para Nabi terdahulu ke atas kaum mereka. Pembaca dapat melihat pelbagai kisah yang ditempuh oleh para Nabi dan Rasul untuk membuktikan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.

Antara kisah menarik yang lain:

- Kisah Nabi Adam a.s. menyedekahkan sebahagian umurnya kepada Nabi Dawud a.s.

- Kisah Nabi Soleh a.s. dan kaumnya.

- Kisah Nabi Yusya’ a.s. menahan matahari agar tidak terbenam.

- Kisah Nabi Musa a.s. mengejar sebongkah batu yang membawa lari bajunya.

- Kisah Nabi Musa a.s. menumbuk Malaikat Maut yang hendak mengambil nyawanya.


Tentang Penulis

USTAZ HAJI JAFRI ABU BAKAR MAHMOODI berasal dari kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis, dan kini menetap di Kedah. Merupakan pengasas Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF), exco Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara (MDN), panelis Tanyalah Ustaz (TV3), panelis Assalamualaikum dan pengacara Riwayat Akhir Zaman (TV Alhijrah), dan juga mengisi beberapa program di radio tempatan. Beliau juga aktif berdakwah di seluruh tanah air. Apabila Rasulullah Bercerita merupakan buku kelima beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.









Aug 15, 2023

Stop Menjual, Start Closing

Stop Menjual, Start Closing
ISBN: 978-629-7556-53-6
Penulis: Adilla Rahim
Kod: GB0772
Tebal: 152 ms
Saiz: 14cm X 22cm
Berat: 0.25kg
Harga: RM25.00/RM27.00

SINOPSIS

Apa yang penulis tulis dalam buku, Stop Menjual, Start Closing merupakan karya daripada pengalaman beliau lebih tujuh tahun di dunia penjualan dalam talian dan mengajar lebih 30,000 penjual lain. Ini adalah buku ketujuh diterbitkan yang memfokuskan kepada Closing Sales.

Mengapa perlu siapkan diri? Bayangkan kalau generasi muda tidak memahami ilmu dalam mendapatkan jualan? Bagaimana mahu hidup dengan baik dalam kegawatan ekonomi yang semakin mendesak kini?

Kini, kita mengalami perubahan gaya atau norma hidup yang drastik selepas negara dilanda virus Covid-19.

- Ramai yang tidak ada pekerjaan.

- Ada yang sangat berjimat-cermat berbelanja.

- Ada yang pilih bisnes untuk dapatkan tambahan duit tepi.

- Yang sudah bisnes pula emosinya sedang menekan.


Ia membuatkan beliau banyak berfikir dan mencari orang-orang lama untuk berbual bagi meredakan keresahan kepada situasi yang tidak menentu ini. Setiap pengalaman orang-orang lama, beliau catat kemas dan simpan dalam minda supaya ia dapat dikawal sekiranya tiba-tiba mental koyak semasa di perjalanan.

Semoga buku ini dapat menjadi tonggak perubahan hidup anda dalam mendapatkan jualan secara rutin: Mesti dapat buat duit setiap hari.