Aug 15, 2022

Al-Qur'an: Tafsir Dan Tadabbur

Al-Qur'an: Tafsir Dan Tadabbur
Panduan Komprehensif Bagi Menghayati Isi Kandungan 114 Surah Dalam Al-Qur'an
ISBN: 978-983-097-962-5
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0686
Saiz: 7" x 10" (Portrait)
Jumlah Mukasurat: 638 ms
Teks Dalam: 4C
Berat: 1 kg
Hard Cover
Harga: RM98.00/ RM100.00*


Sinopsis

Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.


Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:

- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.

- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.

- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.

- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.

Apa Kata Mereka?

"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit. Naskhah istimewa ini akan memandu anda saat meneroka luasnya mesej yang terkandung dalam Kalamullah. Kandungannya sarat dengan ilmu. Turut dilengkapi ringkasan nota yang memudahkan pembaca. Perbahasannya menyeluruh, dan bahasanya mudah dan serasi buat semua. Sangat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat Qur’ani." [Ustaz Hazri Hashim al-Bindany, Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, KPM]

"Terlalu banyak buku dan program tadabbur Al-Qur'an. Namun, istimewanya buku tadabbur ini ialah ia digarap khas oleh penulis berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Sesuai dengan mazhab yang dianut dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di Malaysia, khususnya sebahagian besar mufti." [Ustaz Uwais Qorny, Professional Mastercoach Quran No. 1 Malaysia]

Tentang Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan Tafsir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Al-Qur’an dan As-Sunnah dari universiti yang sama. Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah Al-Badar. Perunding latihan dan bina insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd. Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills, dan Islamic Leadership Program. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur merupakan karya keenam beliau yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.













Aug 11, 2022

Ilmu Tauhid: Ilahiyyat, Nubuwwat & Sam‘Iyyat

Ilmu Tauhid: Ilahiyyat, Nubuwwat & Sam‘Iyyat
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-964-9
KOD: GB 0687
SAIZ: 16.5 cm x 23.5 cm
TEBAL: 504 m/s
ISI DALAM: 1C
BERAT: 0.87 kg
HARGA: RM 48.00/ 50.00*

DETAIL:

Buku ini menerangkan perkara-perkara penting dalam aqidah yang mesti difahami umat Islam dengan kefahaman yang benar. Aqidah yang benar akan menyelamatkan daripada kepercayaan yang membuta tuli atau ikut-ikutan.



Penulis menerangkan sifat-sifat Allah, sifat-sifat para nabi dan Rasul, para Malaikat, Kitab-kitab Allah, Hari Kiamat serta Qadha’ dan Qadar dengan huraian yang jelas berdasarkan dalil daripada sumber yang muktabar supaya pembaca dapat benar-benar faham dan beriman dengan keimanan yang sebenar.



KANDUNGAN

Muqaddimah

 

BAHAGIAN PERTAMA: Umum

Pelajaran Pertama: Hukum Dan Pembahagiannya

(1) Hukum Syarak

(2) Hukum Adat

(3) Hukum Akal

Pelajaran Ke-2: Pengertian Wajib, Mustahil Dan Ja’iz (Harus) Pada Akal

Pelajaran Ke-3: Makrifatullah ( مَعْرِفَةُ اللهِ ) (Mengenal Allah)

Pelajaran Ke-4: Maujud, Hal, Amrun I‘Tibari Dan Ma‘Dum

 

BAHAGIAN KEDUA: Ilahiyyat ( إِلَهِيَّاتٌ ) ((Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Ketuhanan (Sifat-Sifat Allah))

Pelajaran Pertama: Perkara-Perkara Umum Tentang Ilahiyyat ( إِلَهِيَّاتٌ )

Pelajaran Ke-2: Cara Beriman Dengan Sifat-Sifat Allah

Pelajaran Ke-3: Hukum Sifat

Pelajaran Ke-4: 4 Pembahagian Sifat-Sifat Allah

Pelajaran Ke-5: Huraian 20 Sifat Wajib Satu Per Satu

Pelajaran Ke-6: Sifat Harus Bagi Allah

Pelajaran Ke-7: Sifat Idrak Dan Sifat Takwin

Pelajaran Ke-8: Ta‘Alluq (Tugas/ Peranan/ Fungsi/ Kerja)

Pelajaran Ke-9: Kalimah Yang Mengandungi Murad (Makna) Semua Aqidah 50 ( خَمْسِينَ عَقَائِدِ الإِيمَانِ  ) Dalam Sifat 20

Pelajaran Ke-10: Perkara-Perkara Lain Yang Wajib Diiktiqadkan (Diimani)

 

BAHAGIAN KETIGA: Nubuwwat ( اَلنُّبُوَّاتُ ) (Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kenabian (Sifat-Sifat Nabi/ Rasul))

Pelajaran Pertama: Umum Tentang Nabi Dan Rasul

Pelajaran Ke-2: Khusus Tentang Nabi Muhammad

Pelajaran Ke-3: Cara Beriman Dengan Sifat-Sifat Rasul

Pelajaran Ke-4: Huraian Sifat-Sifat Wajib Para Rasul Satu Per Satu

Pelajaran Ke-5: Sifat Harus Bagi Rasul

 

BAHAGIAN KEEMPAT: Sam’iyyat ( سَّمْعِيَّاتٌ )

Pelajaran Pertama: Beriman Dengan Para Malaikat

Pelajaran Ke-2: Beriman Dengan Kitab

Pelajaran Ke-3: Beriman Dengan Hari Kiamat

Pelajaran Ke-4: Beriman Dengan Qadha’ Dan Qadar

 

Rujukan











Aug 10, 2022

195 Perkara Asas Solat

195 Perkara Asas Solat
ISBN: 978-983-097-963-2
Penulis:
1. Haji Mohd Shukri Haji Ali
2.Hajjah Faridah Abu Bakar
Kod: GB0685
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Tebal: 176 ms
Teks Dalam: 4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM30.00/ RM32.00*

SINOPSIS

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang telah ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa’ 4: 103) 

195 Perkara Asas Solat membahas tentang enam perkara asas pelaksanaan solat – syarat wajib, syarat sah, rukun dan syarat setiap rukun, sunat, makruh dan yang membatalkan solat. Daripada enam perkara ini, berdasarkan kitab Hidayah As-Sibyan, muncul pecahannya kepada lebih kurang 195 perkara yang menjadi asas untuk memastikan solat itu sah.



Angka 195 tidak wajib dihafal satu persatu tetapi cukuplah dengan mengambil tahu dan faham sehingga dapat membezakan antara yang wajib, sunat, makruh dan mana yang boleh membatalkan solat. Lebih penting dari itu ialah kefahaman dan penghayatan ilmu bagi menjamin kesempurnaan pelaksanaan ibadah solat seharian. Pastinya, karya ini menawarkan nafas baharu bagi umat Islam untuk mempelajari perkara-perkara asas dalam usaha memperkemaskan ilmu fardu ain, khususnya bagi menggapai solat yang sempurna.



TENTANG PENULIS:

Haji Mohd Shukri Haji Ali berpengalaman luas dalam bidang dakwah di seluruh Malaysia. Memperoleh pendidikan dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Ahzar, Mesir, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Merupakan personaliti TV dan Radio, seperti TV1, TV3, TV9 dan Astro Oasis. Kini menjadi penyampai tetap di Radio Terengganu FM dalam rancangan  Fardhu Ain.

Hajjah Faridah Abu Bakar merupakan pasangan hidup Haji Mohd Shukri Haji Ali. Pernah mengenyam pendidikan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Maktab Perguruan Batu Pahat. Berpengalaman dalam dunia pendidikan di beberapa sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Kini bertugas sebagai pensyarah di Politeknik Hulu Terengganu, Kuala Berang. Buku 195 Perkara Asas Solat merupakan karya pertama mereka berdua yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd.