Jun 23, 2022

Ringkasan Kronologi Tanda-Tanda Besar Kiamat

Ringkasan Kronologi Tanda-Tanda Besar Kiamat
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
ISBN: 978-983-097-960-1
Kod: GB0684
Saiz: 23.5 cm x 16.5 cm (Landscape)
Tebal: 72 m/s
Berat: 0.3 kg
Teks : 4 warna
Harga: RM20.00/ RM22.00

Sinopsis

Kitab Kiamat Hampir Tiba susunan Guru Mulia, Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, rahimahullahu rahmatan wasi’ah menjelaskan tentang empat puluh hadis peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda besar sebelum berlakunya hari kiamat.



Manakala buku ini, Ringkasan Kronologi Tanda-tanda Besar Kiamat disusun untuk memudahkan lagi kefahaman pembaca mengenai gambaran berlakunya beberapa peristiwa besar yang menjadi tanda-tanda utama sebelum berlakunya kehancuran alam semesta.

Naskhah ini diolah dalam bentuk gambar rajah, carta dan grafik berwarna-warni. Dengan gaya penyampaiannya yang ringan, buku ini mampu memudahkan pembaca bagi memahami kronologi tanda-tanda besar kiamat.


Tentang Penulis

Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Sanariy. Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput  sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. Ringkasan Kronologi Tanda-tanda Besar Kiamat adalah karya ke-37 beliau yang diterbitkan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

















Jun 20, 2022

Hajinya Yang Terakhir

Hajinya Yang Terakhir
ISBN: 978-983-097-961-8
Penulis: Hj Ahmad Tifla bin Hj Ahmad Badaruddin
Kod: GB0683
Saiz: 21.5cm x 14cm (Portrait)
Tebal: 392 ms
Teks Dalam: 4C
Berat: 0.5 kg
Harga: RM45.00/RM47.00

SINOPSIS

Hajinya Yang Terakhir sebuah travelog ibadah haji yang sarat dengan panduan, pengajaran dan teladan luar biasa.

Perjalanan haji bersama Almarhum Tuan Guru Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadawi Al-Maliki rahimahullah memberikan pengajaran dan keinsafan dari perspektif yang sangat berbeza dalam memahami dan mempraktikkan ibadah yang sangat agung ini.

Dalam bahasa yang sangat mudah tapi begitu membekas di hati, Almarhum Tuan Guru memahamkan bahawa haji bukan semata-mata ibadah jasmani yang memerlukan kudrat dan tenaga tetapi juga ibadah hati.


Dan pelajaran penting daripada Almarhum Tuan Guru tanpa beliau berkata sepatah pun adalah akhlak dan adab beliau sepanjang berada di Tanah Haram – sesuatu yang pastinya telah sebati dalam jiwa dan kehidupan seharian beliau.

Hajinya Yang Terakhir disulam dengan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf dalam bentuk penceritaan yang sangat berguna berkaitan ibadah haji dan umrah.