Mar 26, 2022

At-Tibyan: Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran

At-Tibyan: Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran (Kulit Baru)
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-664-8
KOD: GB 0439
TERBIT: 2017 (terbitan kulit baru; 2022)
Tebal: 176 ms
Berat: 0.5 kg
HARGA: RM 18.00/ 20.00*

Sinopsis

Al-Quran merupakan Kitab Allah yang wajib diimani dan dipercayai. Kelebihan dan keistimewaan al-Quran dirakam kemas dalam banyak hadits. 

Manakala pembaca dan penghafal al-Quran pula diangkat darjat dan dikurniakan pahala yang banyak. Justeru, Kitab suci ini mesti dimuliakan dan dihormati oleh setiap yang berinteraksi dengannya.

Buku ini menjelaskan beberapa adab berinteraksi dengan al-Quran dan sifat-sifat
penghafal dan murid al-Quran. 



Antara lainnya:

•        Keutamaan pembaca dan penghafalnya
•        Keutamaan Qiraat dan ahli Qiraat
•        Keharusan memuliakan Ahli al-Quran
•        Adab untuk pengajar, pelajar, dan huffaz al-Quran
•        Adab membaca al-Quran
•        Adab khatam al-Quran
•        Anjuran membaca ayat dan surah pada waktu serta keadaan tertentu
•        Adab menulis dan memuliakan mashaf




















Mar 21, 2022

Mutiara Hikmah Sayyidi Walidku

Mutiara Hikmah Sayyidi Walidku
Penulis: Ustaz Syamil Muhd Zainul Asri
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-949-6
KOD: GB 0676
SAIZ: 13.5cm x 21.5cm
TEBAL: 120 m/s
BERAT: 0.4 kg
ISI DALAM: 4C
HARGA: RM25.00/RM27.00

DETAIL:

Naskhah ini memuatkan 40 kata-kata hikmah berupa nasihat daripada Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Muhd Romli yang dikumpulkan oleh anak beliau Ustaz Syamil Muhd Zainul Asri.

Istimewanya naskhah ini kerana setiap kata-kata disertai dengan potongan ayat Al-Quran ataupun hadis Nabi.



Nasihat yang disampaikan menyentuh pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, galakan beramal soleh dan menjaga kebersihan hati.











Mar 9, 2022

Bacaan Al Fatihah Yang Sempurna

BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA (cover baru)
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim
Kategori: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-603-7
KOD: GB 0393
Tahun terbit: 2016 (cetakan pertama)
Saiz: 8.5” x 5.5’’
Tebal: 96 m/s
Berat:0.4kg
Harga: RM 16.00/18.00*

(Buku ini pertama kali terbit pada tahun 2016. Buku ulangcetak dengan caver baru ini sedang dalam proses percetakan)

SINOPSIS:

Lengkap dan berwarna. Buku BACAAN AL-FATIHAH YANG SEMPURNA ini disusun dengan bahasa yang mudah berserta penerangan hukum tajwid dan penjelasan istilah agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagi mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Fatihah.  



Antara isi kandungan dalam buku ini:

         Kemuliaan surah Al-Fatihah.
         Hukum tajwid yang terdapat dalam surah Al-Fatihah.
         Waqaf dan ibtida’ dalam pembacaan Al-Fatihah.
         Kesalahan yang sering dilakukan dalam bacaan Al-Fatihah.
         Panduan ringkas tahsin qiraah Al-Fatihah.
         BACAAN BONUS: Qiraat ‘Ashim riwayat Hafsh








Mar 4, 2022

GPS Kewangan

GPS KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-947-2
Penulis: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir & Suzana Ali
Kod: GB675
Tebal: 168 ms
Saz: 22cm X 14cm
Berat: 0.5 KG
Harga: RM28.00/RM30.00

SINOPSIS

Selagi seseorang individu itu tidak MANTAP dalam ilmu pengurusan kewangan, agak sukar untuk seseorang itu mengelak daripada melakukan kesilapan kewangan dalam kehidupannya.

Jadi, antara tip yang perlu dilakukan adalah:

1.      Memahami ILMU pengurusan kewangan.

2.      Tidak mudah terpengaruh dengan sosial media yang memaparkan gaya hidup yang di luar kemampuan kita.

3.      Mengetahui perbezaan di antara PERLU dan MAHU.

4.      Pastikan anda ikuti formula kekayaan dalam kehidupan secara istiqamah.

5.      Ambil perlindungan dengan jumlah yang anda mampu SEBELUM membuat pelaburan.

6.      Pastikan kesemua produk kewangan anda adalah patuh syariah dan dapatkan khidmat perunding kewangan yang bertauliah.




Ini antara tip yang dikongsikan dalam buku ini.

Buku ini mengandungi himpunan persoalan kewangan yang dilontarkan kepada penulis sama ada di media cetak, elektronik ataupun media sosial. Persoalan yang diutarakan ini merangkumi segenap aspek kewangan seperti perbankan, kad kredit, pengurusan dana, amanah saham syariah dan perundingan kewangan Islam selaras dengan pengalaman penulis yang telah berkecimpung dalam dunia kewangan sejak 1981 lagi. 

Diharap perkongsian persoalan dan jawapan dalam buku ini dapat menjawab persoalan yang berlegar di minda pembaca seterusnya mengaplikasikannya dalam pengurusan kewangan yang lebih baik.