Aug 29, 2021

MUNAJAT & IKHTIAR DENGAN AL-QUR’AN

MUNAJAT & IKHTIAR DENGAN AL-QUR’AN
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 955-574-970-052-6
KOD: GB 0657
SAIZ: L; 13cm H; 19cm W; 1cm
TEBAL: 232 m/s
ISI DALAM: 1C
BERAT: 0.35 kg
HARGA: RM 20.00/ 22.00*

SINOPSIS

Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap usaha itu disandarkan kepada Allah dan diiringi dengan doa dan munajat yang ikhlas kepada-Nya.

Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia, diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh terdahulu.



Naskhah ini menghimpunkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk urusan dunia dan akhirat seperti:

-           Membaca surah Al-Kafirun akan membebaskan daripada syirik.

-           Melazimi surah Asy-Syarh selepas solat fardhu memudahkan rezeki, melapangkan dada dan menghilangkan kesukaran dalam urusan.

-           Membaca surah Adh-Dhuha sebagai usaha mencari barang yang hilang dan ketika mengalami kerugian.

-           Membaca surah Al-Fatihah sebagai penyembuh sengatan binatang berbisa dan penyakit gila.







Aug 25, 2021

CSI KEWANGAN

CSI KEWANGAN
ISBN: 978-983-097-938-0
Penulis: Zaidi Ismai
Kod: GB655
Tebal: 168 ms
Saiz: L: 13.9cm X H: 21.6cm X W: 1.5cm
Berat: 0.35 kg
Kulit: Soft cover
Percetakan: 4 warna
Harga: RM28.00/RM30.00*

SINOPSIS

Pengurusan wang adalah seni. Malangnya, keseniannya semakin pudar. Kita menjadi semakin miskin setiap hari hanya kerana kita tidak mampu menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kita tidak tahu bagaimana untuk menguruskan aset kita dan memastikannya berkembang.

Pengurusan kewangan terbaik bermula sejak dari awal hidup kita. Ini bagi memastikan kita dapat menguruskan sumber yang kita ada dengan berkesan. Kegagalan kita menguruskan aset dan memastikannya berkembang boleh menyebabkan kita menjadi semakin miskin setiap hari. Jadi, usah tunggu sesuatu perkara mencecah tahap tidak terkawal sebelum memikirkan cara untuk menguruskan sumber berharga kita ini.

Oleh itu, di dalam buku ini, penulis berkongsi pelbagai cara pengurusan kewangan bagi setiap tahap umur dan pada semua peringkat perjalanan hidup kita. Semoga kita semua dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan membantu anda mengatur hidup dengan lebih baik.


 

Kandungan

Bahagian 1

BAB 1 Bermula Lebih Awal Untuk Melakukan Yang Lebih Baik

BAB 2 Mengajar Anak-anak Menguruskan Wang

BAB 3 Pengurusan Wang untuk Remaja cara Lemonade.

BAB 4 Pengurusan Wang untuk Keluarga

BAB 5 Pengurusan Wang untuk Perniagaan Dari Rumah

BAB 6 Menguruskan Wang ketika Berhadapan Kesukaran

BAB 7 Melindungi Diri kita dari Skim Pengurusan Wang Haram

BAB 8 Melaburkan Wang

BAB 9 Strategi Pengurusan Wang

BAB 10 Pengurusan Wang untuk Masa Depan

BAB 11 Hutang

BAB 12 Hutang Sebagai Alat Kewangan

BAB 13 Kajian Kes

 

Bahagian 2

EXTRA BONUS 137 Tip Menambah Baik Kewangan











Aug 13, 2021

Kiamat Hampir Tiba

Judul: Kiamat Hampir Tiba
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
Kategori: Fardu Ain
Isbn: 978-983-097-671-6
Kod: Gb 0443
Tebal: 272 M/S
SAIZ: L:13.5cm X H: 21.5cm X W:1.cm
Berat: 0.39 kg
Harga: Rm 20.00/ 22.00

Posting buku asal:
https://bukugaleri.blogspot.com/2017/08/kiamat-hampir-tiba.html

SINOPSIS: 

Buku   ini   terbahagi   kepada   dua   bahagian:   

> Bahagian   PERTAMA membawakan lebih   40 hadis  yang  menyebut   tentang  tanda-tanda kecilkiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini.

Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkania bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan   agar   kita   berada   di   jalan   yang   benar.  

Antara   isu   yang dibincangkan   ialah:   Golongan   anti   hadis,   Bahaya   kemewahan,   Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan  Bermegah-megahdengan bangunan masjid.


> Manakala   Bahagian   KEDUA pula   memaparkan   kronologi   kejadian   hari kiamat   daripada   sebelum   kemunculan   Dajjal   sehingga   ia   muncul   dan dibunuh.


Juga huraian peristiwa-peritiwa lain yang akan berlaku setelah kematiannya sehingga berlakunya hari kiamat.










Aug 1, 2021

Seindah Akhlak Nabi SAW


SEINDAH AKHLAK NABI SAW
Percetakan : Kulit Keras
ISBN: 978-983-097-934-2
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kod: GB651
Saiz: L: 16.5 cm X H: 23.5 cm  X W: 4.72 cm
Tebal: 944 ms
Teks Dalam: 2 warna
Berat: 2kg
Harga: Rm 98.00/ 100.00*

DETAIL:

Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. 

Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.


Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:

•           Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.

•           Rahmat kepada umat.

•           Memaafkan kesalahan orang lain.

•           Membantu urusan keluarga.

•           Suka berbincang dan bermesyuarat.

•           Suka bersedekah dan menolong orang lain.

•           Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.

•           Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.

•           Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).

•           Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.