Dec 10, 2020

1157 Persoalan Solat


1157 Persoalan Solat
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-905-2
KOD: GB 0639
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W: 6.7 cm
Tebal: 1376 ms
Teks: 1C
Berat: 2 kg
Tarikh Terbit: Jan 2021
Percetakan: Kulit Keras
Harga: RM 98.00/ 100.00*


 DETAIL:

Buku ini mengandungi 12 tajuk besar tentang solat antaranya: Solat orang sakit, Solat di dalam kenderaan, Solat berjemaah, Solat Jumaat, Solat Jamak dan Qasar, Solat Jenazah, Qadha’ solat, Solat-solat sunat dan Perkara-perkara khilafiah tentang solat.

Kesemua 1,157 persoalan bukan sahaja diberi jawapan, bahkan turut dinyatakan rujukannya daripada kitab-kitab feqah muktabar dalam mazhab Syafi‘i.



Penulis pernah menghasilkan pelbagai buku berkaitan solat sebelum ini seperti: Praktikal Solat Sempurna, Anugerah Allah dalam Solat Rawatib dan Amalan Selepas Solat serta buku-buku agama lain seperti Qalbun Salim: Syarah Penawar bagi Hati, Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas, Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka dan 31 Soal Jawab Bid’ah.









***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

Dec 9, 2020

PLANNER WANITA PALING BAHAGIA

PAKEJ 2: PLANER WANITA PALING BAHAGIA
@USTAZAH ASMA' HARUN

>>Planner Wanita Paling Bahagia
>>Tip Wanita Bahagia
>>Al-Ma'thurat Dan Surah-Surah Pilihan
>>Poster Kalender 2021
>>5 Penanda Buku
>>Kotak Khas

Berat pakej: 2 kg (anggaran)
Harga Pakej: RM148.00/RM150.00*

 (NOTA: Pakej ini masih dalam proses percetakan)




(1) PLANNER WANITA PALING BAHAGIA

ISBN: 955-574-970-041-0
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0642
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 384ms
Saiz: 165mm x 235mm
Berat: 1 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM 98.00/RM100.00*

 SINOPSIS

Planner Wanita Paling Bahagia ini sesuai untuk wanita jadikan ia sebagai panduan untuk merancangan kehidupannya sendiri. Maksudnya dalam planner ini diberi panduan-panduan ibadah seperti mengerjakan solat di awal waktu, solat-solat sunat, surah-surah yang boleh diamalkan setiap hari, tip kewangan individu, dan lain-lain. Malah, diselitkan juga dengan persoalan fekah mengenai wanita,  trivia tentang srikandi Islam, dan bahan-bahan sampingan yang sesuai dengan kehidupan wanita.

Pendek kata, keseluruhan kandungan lebih sesuai untuk panduan seorang wanita merancang kehidupan termasuk perancangan sebulan puasa di bulan Ramadan. Ini bermakna planner ini akan membantu wanita menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.

 


(2) TIP WANITA BAHAGIA

Tip & Doa untuk Muslimah

ISBN: 955-574-970-042-7
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0643
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 184 ms
Saiz: 148mm x 210mm
Berat: 0.45 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM30.00/RM32.00*

 


(3) AL-MA'THURAT DAN SURAH-SURAH PILIHAN

ISBN: 955-574-970-044-1
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0644
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 136 ms
Saiz: 148mm x 210mm
Berat: 0.4 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS

Selain memuatkan Al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri untuk dijadikan amalan harian.

Lima surah itu – al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqiah dan al-Mulk – disertakan dengan terjemahannya untuk memudahkan para pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat.

Malah istimewanya buku ini, Ustazah Asma’ Harun telah menyertakan kelebihan-kelebihan mengamalkan setiap surah. Insya-Allah jika diamalkan setiap hari, ia akan menambah iman, memberi motivasi dan inspirasi serta menjadi benteng diri kepada pembaca.

Manakala Al-Ma’thurat adalah untaian ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan Imam Hasan al-Banna bersandarkan hadis-hadis Nabi SAW.

Kelebihan mengamalkannya, antara lain:

• Dilindungi daripada syaitan
• Dihidupkan hati
• Terhindar daripada kemudaratan
• Terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa
• Mendapat keselamatan 


***************
Dapatkan secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

PLANNER SEKELUARGA MENUJU SYURGA

PAKEJ 1: PLANNER SEKELUARGA MENUJU SYURGA
@USTAZAH ASMA' HARUN

>>Planner Sekeluarga Menuju Syurga
>>Tazkirah Time
>>Al-Ma'thurat Dan Surah-Surah Pilihan
>>Poster Kalender 2021
>>5 Penanda Buku
>>Kotak Khas

Berat Pakej: 2 kg (anggaran)
Harga Pakej: RM148.00/RM150.00*

(NOTA: Pakej ini masih dalam proses percetakan)




(1) PLANNER SEKELUARGA MENUJU SYURGA

ISBN: 955-574-970-038-0
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0640
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 392 ms
Saiz: 165mm x 235mm
Berat: 1 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM 98.00/RM100.00*

SINOPSIS

Planner Sekeluarga Ke Syurga ini merupakan sebuah buku panduan yang dapat membantu dan membimbing sekeluarga jadikan ia sebagai panduan untuk merancangan kehidupan yang lebih teratur. Maksudnya dalam planner ini diberi panduan-panduan ibadah seperti mengerjakan solat di awal waktu, solat-solat sunat, surah-surah yang boleh diamalkan setiap hari, tip kewangan keluarga, dan lain-lain.

Malah, diselitkan juga dengan persoalan fekah mengenai rumah tangga, doa-doa dan lain-lain yang sesuai dengan kehidupan berkeluarga.

Pendek kata, keseluruhan kandungan lebih sesuai untuk panduan sekeluarga merancang kehidupan termasuk perancangan sebulan puasa di bulan Ramadan dan ibadah korban. Diselitkan juga muka surat kosong sebagai catatan sekeluarga untuk ibu bapa dan anak-anak.



(2) TAZKIRAH TIME

ISBN: 955-574-970-039-7
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0641
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 208 ms
Saiz: 148mm x 210mm
Berat: 0.5 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM30.00/RM32.00*

SINOPSIS

Buku Tazkirah Time ini merupakan sebuah modul yang boleh digunakan sebagai panduan oleh seisi keluarga dalam sesi perkongsian ilmu yang diadakan di rumah.

Kandungannya yang merangkumi slot tadabbur Al-Quran, hadis, akhlak Nabi SAW, tajwid, Asma al-Husna dan pengenalan kepada tokoh-tokoh sarjana Islam, diharap dapat memberi manfaat buat seisi keluarga dalam membentuk peribadi ahli keluarga yang mencintai ilmu dan ingin bersama-sama menuju ke syurga.



(3) AL-MA'THURAT DAN SURAH-SURAH PILIHAN

ISBN: 955-574-970-044-1
Penyusun: Ustazah Asma’ Harun
Kod: GB0644
Kandungan: Warna-warni (4 warna)
Tebal: 136 ms
Saiz: 148mm x 210mm
Berat: 0.4 kg (anggaran)
Tarikh terbit: Disember 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS

Selain memuatkan Al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri untuk dijadikan amalan harian.

Lima surah itu – al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqiah dan al-Mulk – disertakan dengan terjemahannya untuk memudahkan para pembaca menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap ayat.

Malah istimewanya buku ini, Ustazah Asma’ Harun telah menyertakan kelebihan-kelebihan mengamalkan setiap surah. Insya-Allah jika diamalkan setiap hari, ia akan menambah iman, memberi motivasi dan inspirasi serta menjadi benteng diri kepada pembaca.

Manakala Al-Ma’thurat adalah untaian ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir-zikir terpilih susunan Imam Hasan al-Banna bersandarkan hadis-hadis Nabi SAW.

Kelebihan mengamalkannya, antara lain:

• Dilindungi daripada syaitan
• Dihidupkan hati |
• Terhindar daripada kemudaratan
• Terhindar daripada racun atau sengatan serangga berbisa
• Mendapat keselamatan
• Hilang rasa dukacita
• Dibukakan jalan untuk melunaskan hutang
• Mendapat syafaat Nabi pada hari Kiamat

***************
Dapatkan secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 


Nov 20, 2020

CASH FLOW UNTUK KELUARGA

CASH FLOW UNTUK KELUARGA
ISBN: 978-983-097-914-4
Penulis: Shamsuddin Kadir
Kod: GB638
Tebal: 208 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit:  Disember 2020
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS

Apabila kita hanya membaca buku ini, kita mudah taksub dengan isi dan formula di dalam buku ini sahaja, tanpa meneruskan langkah menambahkan lagi ilmu-ilmu yang terkini dalam menguruskan cash flow untuk keluarga.

Proses pembelajaran harus diteruskan tanpa ada penghujungnya. Saat kita kata kita sudah pandai, itu tandanya kita sudah diperbodohkan oleh sandiwara dunia.

Buku ini adalah untuk kita meningkatkan kecekapan mengelolakan setiap duit dalam bentuk mata wang ringgit, untuk ditukar kepada jongkong emas, hartanah, saham di Bursa Malaysia dan lain-lain.

Tentang Penulis

Shamsuddin Kadir, Perunding Kewangan Rakyat, penulis lebih daripada 20 buah buku di Malaysia dan tiga daripadanya diterjemahkan dan diterbitkan di Indonesia sejak tahun 2007. Trainer korporat untuk meningkatkan integriti dan kualiti pekerja melalui pelbagai kursus;  Kursus Kewangan Peribadi, Kursus Optimal Impact, Kursus Seni Mengurus Ego Pelanggan. Pengasas Kursus Kimoterapi Wang. Kursus Intensif Pra Persaraan untuk klien korporat, kursus di SK Training Academy (www.SK.my). Penerima Anugerah Finance Expert Speaker 2019 daripada Asean HR Awards. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Rakyat Malaysia yang melopori Korban Duit sejak Tahun 2013.


ANTARA KANDUNGAN

BAB 1: KELUARGA DAN KEWANGAN

Pecahan Untuk Pembahagian Kos Kehidupan, Cash Flow Untuk Sebuah Keluarga, Kos Perceraian, Nafkah Anak, Isteri Perlu Ada Pelaburan Sendiri, Bom Jangka Suami Isteri dan lain-lain

BAB 2: SIMPANAN DAN PELABURAN

Apabila Dapat Gaji/Rezeki, Tabung Kecemasan, Cash Flow Simpanan Bulanan, Simpanan Di Bank, Peraturan Pelaburan, Simpanan Mata wang Emas dan lain-lain.

BAB 3: PERSARAAN DAN FARAID

Dana Persaraan KWSP, Dana Persaraan PRS, Dana Persaraan Melalui Hartanah, Buka Akaun CDS Di Bursa Saham, Buka Akaun SSPN Untuk Setiap Anak, Sedekah Untuk Menghidupkan Jiwa, Dahulukan Adik-Beradik Dalam Bersedekah, Urus Harta Agih Pusaka, Perlu Deklarasi Harta Sepencarian dan lain-lain.

BAB 4: Bonus

Jenis Jutawan, Nilai Diri Yang Mahal, Jangan Berakhir Di Sini dan lain-lain.


***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 








Penyuluh Buat Penuntut

Penyuluh Buat Penuntut Syarah Peringatan Penuntut Bagi Adab-Adab Menuntut
ISBN: 978-983-097-926-7
Kod: GB636
Penulis: Dr. Ayman al-Akiti
Tebal: 176 ms
Saiz: 
L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.98 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Nov 2020
Harga: RM17.00/ RM19.00*

SINOPSIS

Adab dan akhlak yang mulia mesti menjadi keutamaan dalam pembentukan diri setiap Muslim. Lebih lagi yang bergelar pelajar dan penuntut ilmu agama.

Kitab asal; Tanbih al-Muta‘allim mengandungi 77 bait syair berkenaan adab dan etika menuntut ilmu, ditulis dalam bahasa Arab oleh ulama besar di Jawa Timur, Indonesia iaitu Kyai Haji Ahmad Maysur Sindi al-Tursidi al-Indunisi.

Dr. Ayman al-Akiti bukan sahaja menterjemah kitab asal, malah mensyarahkan setiap bait dengan huraian berpandukan kitab-kitab besar karangan ulama muktabar.

Semoga pembaca dapat memahami setiap bait yang dibincangkan dan mengamalkannya dalam kehidupan khususnya sewaktu menuntut ilmu.

TENTANG PENULIS

Lahir dan membesar di Kuala Lumpur, beliau memulakan pendidikan sekolah rendahnya di SK Bukit Damansara. Ketika berumur 13 tahun, beliau mengembara ke Jawa Timur, Indonesia untuk menuntut ilmu agama di beberapa pesantren tradisional selama 7 tahun. Setelah lulus sijil Aliyyah Pesantren dari Madrasah Nidhomiyyah Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kediri, Jawa Timur, beliau dilantik menjadi ustaz di pondok tersebut dan berkhidmat selama 6 tahun. Pada masa itu, beliau juga aktif bergiat dalam majlis Bahtsu al-Masail, sebuah forum muzakarah fatwa yang menjawab pelbagai persoalan umat Islam di bawah kelolaan Nahdlatul Ulama.

Beliau menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda di Fakulti Syariah Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri/STAIN (kini Institut Agama Islam Negeri atau IAIN) Kediri, peringkat Sarjana di Universiti Hassan II, Casablanca, Maghribi dalam bidang Akidah dan Agama di Islam Barat dan seterusnya pada peringkat Doktor Falsafah di Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam di Fakulti Usuluddin. Ketiga-tiganya lulus dengan Kepujian Kelas Pertama.

Di Maghribi, Dr. Ayman al-Akiti aktif mengajar mahasiswa mahasiswi dari Malaysia, Indonesia dan Thailand secara talaqqi dengan mengasaskan sebuah majlis ta‘lim dengan nama Pondok Jawi Maghribi yang bertempat di Sale, Maghribi. Dr. Ayman juga aktif membentang kertas kerja dalam seminar-seminar antarabangsa di serata Maghribi, Nusantara dan Eropah. Beliau kini Felo Kehormat IKIM dan Pensyarah Tetap Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.


KANDUNGAN

·        Biografi Kyai Haji Ahmad Maysur Sindi al-Tursidi

·        Penyuluh Buat Penuntut Syarah Peringatan Penuntut Bagi Adab-adab Menuntut

·        Hukum Jahil: Jahil yang Diuzurkan dan Jahil yang Tidak Diuzurkan

·        Kewajiban Menuntut Ilmu

·        Syarat-syarat Menghasilkan Ilmu Bagi Penuntut Ilmu

·        Adab-adab Sebelum Hadir Pengajian

·        Adab-adab dalam Majlis Ilmu

·        Adab-adab Setelah Bersurai

·        Adab-adab pada Diri Sendiri

·        Adab-adab Bersama Ibu Bapa

·        Adab-adab Bersama Guru

·        Adab-adab dengan Ilmu

·        Sempurnanya Nikmat dengan Memberi Balasan dari Guru kepada Murid dan Sebaliknya

·        Ilmu yang Dicari Bagi Seorang Penuntut


********************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 









TERIMA KASIH ALLAH

TERIMA KASIH ALLAH
ISBN: 978-983-097-917-5
Penulis: The Bingkisan Hati
Pelukis Komik: Miiraimii
Kod: GB635
Tebal: 168 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.94 cm
Berat: 0.23 kg
Terbit: Nov 2020
Harga: RM20.00/22.00*

SINOPSIS

Buku TERIMA KASIH ALLAH mempersembahkan nukilan dan ilustrasi istimewa, kolaborasi antara TheBingkisan Hati bersama Miiraimii dalam menghasilkan sebuah karya motivasi yang dihimpun bersama komik di mana intipatinya yang sangat dekat dengan kehidupan kita.

Ini kerana dalam kehidupan, semua orang pernah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup. Acap kali kita tersasar dalam menyeberang lautan dunia. Adakala kerana terlalu lena merasai kelazatan dunia, langkah yang kita atur semakin jauh daripada-Nya.

Namun kita tahu sesulit apa jalan yang kita tempuh, kita masih ada DIA. Sejauh mana khilaf yang kita lakukan, masih ada keampunannya yang tidak terputus.

Moga nukilan dan lakaran ini bisa melakarkan sebuah rasa untuk kita semua sama-sama muhasabah diri dan mendidik jiwa menjadi lebih baik. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.



Tentang Penulis

NURUL EZZATI BT ABD WAHAB

Dikenali dengan nama pena thebingkisanhati. Dilahirkan pada 11 April 1993. Meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.

Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. antaranya Allah Kan Ada, Cukuplah Allah Bagiku, Allah Itu Dekat, Ada DIA Di Hatiku, Bangkitlah Jiwa dan karya terbaharu ini merupakan buku keenam beliau. 

MIIRAIMII

Pemilik kepada nama sebenar, Nurul Amirah ini merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Beliau turut terlibat dalam komik kompilasi Tarbiah No Namida terbitan Daie Kreatif Venture. Bersama Buku Puris, beliau telah berkarya dalam Antologi Komik Puris: SIFU.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466