Oct 31, 2019

Hadis: Bukan Sekadar Sahih Atau Tidak

Hadis: Bukan Sekadar Sahih Atau Tidak
Penulis: Dr. Mohd Khafidz Soroni 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-852-9
Kod: GB 0599
Tebal: 264 m/s
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W:  1.4 cm
Berat: 0.2kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM 20.00/ 22.00*

SINOPSIS:

Ulama hadis sejak dahulu sangat teliti menapis dan menilai setiap hadis dengan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis.

Jika ada hadis yang tidak dinilai sahih, ia diperhalusi lagi dengan status hasan misalnya. Jika hadis itu termasuk dalam kategori dha‘if pula, ia akan dikelaskan sama ada ringan atau berat.

Ustaz Mohd Khafidz Soroni membawakan pendapat-pendapat ulama hadis dalam 42 hadis yang dikupas supaya pembaca dapat memahami dengan jelas hadis tersebut dan mengamalkan saranan hadis tanpa ragu-ragu.


Antara hadis yang dibincangkan:
·        Status hadis mengenai tangkal
·        Kenapa perlu bermazhab?
·        Menyapu muka sesudah salam
·        Status tujuh zikir pembuka rezeki
·        Penyemakan status hadis dan pengawalan hadis palsu
·        Hukum riwayat Isra’iliyyat
·        Riwayat golongan jin

dan banyak lagi.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 





Syurga, Ganjaran Terindah

Syurga, Ganjaran Terindah
Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-853-6
KOD: GB 0596
Tebal: 224 m/s
Saiz: L: 15.2 cm; H: 22.9 cm; W:  1.2 cm
Berat: 0.35 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM 22.00/ 24.00*

SINOPSIS:

Pintu syurga yang seluas 40 tahun perjalanan itu dibuka. Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan.
Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan.
Syurga, Ganjaran Terindah menceritakan nikmat-nikmat dan keindahan syurga yang disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran dan juga hadis seperti bidadari, sungai-sungai, istana dan binaan, makanan dan lain-lain lagi. Semua itu diceritakan kepada kita sebagai suatu motivasi untuk kita lebih kuat berusaha menjadi ahli syurga.


KANDUNGAN

Mengenali Penghuni Syurga di Dunia
-          Ciri-ciri ahli syurga
Potret Indah Menuju Syurga
-          Pemimpin ke syurga
-          Penyambut tamu di syurga
-          Bergaul dengan penghuni syurga
Sifat-sifat Syurga
-          Tidak pernah dilihat, didengar, atau terlintas di fikiran
-          Keindahan amalan soleh
-          Keindahan kejadian syurga
-          Binaan dan bangunan di syurga
Tasbih dan Takbir Kenikmatan Syurga
-          Zikir menyucikan jiwa
-          Empat keadaan hati
Nikmatnya di Syurga
-          Tubuh penghuni syurga
-          Tidur penghuni syurga
-          Makanan dan minuman penghuni syurga
Tersenyum Indah Melihat Kerenah Syurga
-          Teman di syurga
-          Mereka yang dijamin syurga
-          Amalan yang tidak boleh ditinggalkan
-          Manusia terakhir masuk syurga
-          Berakhlak dengan akhlak mulia
Kenikmatan Syurga bagi Penghidup 10 Terakhir Ramadan
-          Aktiviti-aktiviti di syurga
-          Rahsia Lailatul Qadar
Bilik dan Sungai-sungai yang Indah di Syurga
-          Akhlak yang baik
-          Untuk siapa bilik-bilik di syurga?
-          Sungai-sungai di dalam syurga
Naungan dan Pepohonan di Syurga
-          Pokok al-Khuld
-          Pokok Thuba
-          Pokok daripada emas
-          Cara mendapat pohon di syurga
-          Pokok kurma
Muslimah Dambaan Syurga
-          Wanita hiasan dunia
-          Lebih cantik daripada bidadari
Bidadari Keindahan Syurga
-          Kecantikan yang tiada cela
-          Meneladani keindahan akhlak Rasulullah SAW
-          Kelayakan menjadi ahli syurga
Kemuncak Ketenangan dan Kegembiraan di Syurga
-          Kehidupan di Syurga
Pemilik Darjat Tertinggi di Syurga
-          Anak kunci syurga
-          Pembela anak yatim dan ibu tunggal
-          Penghafaz al-Quran
-          Orang yang ikhlas
Nikmat Kemuncak di Syurga
-          Nikmat persaudaraan dan persahabatan
-          Ujian orang Mukmin
-          Nikmat melihat wajah Allah SWT
Nikmat yang abadi

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Oct 23, 2019

Relakslah!

RELAKSLAH!
ISBN: 978-983-097-867-3
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB0597
Tebal:  304 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.62 cm
Berat: 0.39 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM27.00/RM29.00*


SINOPSIS

Ujian datang dan pergi. Setiap hari kita perlu hadap ujian-ujian kecil. Kadang selesema, kadang anak membentak, kadang pemandu kereta lain memotong cara berbahaya, kadang selipar hilang di masjid. Ya, semua itu ujian berbentuk musibah yang buat jiwa kita gundah dan resah gelisah. Ujian kecil-kecilan sahaja, tetapi setiap hari ada-ada saja halnya!

Kemudian, sesekali Allah hantarkan pula ujian besar. Ada yang rumahnya terbakar, ada yang kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa ahli keluarga, ada yang rugi besar dalam perniagaan hingga diisytiharkan muflis, bahkan ada sedang bergelut musibah besar, terpaksa bertarung pula dengan musibah yang lebih besar. Ini kes jatuh ditimpa tangga!

Mahu buat apa? Marah? Menggelabah? Melayankan resah dan gelisah? Jangan. Sedapat mungkin, kita kena cuba kawal perasaan. Jiwa kena kuat dan tak boleh dimanja-manjakan sangat. Banyakkan bertenang. Biar tampak matang dengan sebenar-benar matang! 


Inilah antara pesanan yang boleh kita dapat dalam buku RELAKSLAH!. Buku yang bukan setakat bagi nasihat acah-acah suci tapi memang dibawakan bukti daripada pengalaman kisah benar 51 orang penulisnya sendiri.

Pokok utama isu ialah tentang relaks. Tentang tenang-tenang berdepan sesuatu situasi atau ujian. Stay calm. Memang dalam hidup ini kita sendiri kena jadi pendekar untuk perjuangkan syurga kita! Tapi jangan risau. Allah ada. Allah akan bantu kita.

RELAKSLAH!

Benda boleh settle, buat apa nak menyerah?

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Chaiyok!

CHAIYOK!
ISBN: 978-983-097-866-6
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB0598
Tebal:  248 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.34 cm
Berat: 0.33 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM25.00/RM27.00*

SINOPSIS
Dakwah bukan sekadar berlaku apabila kita berada di pentas popular yang ramai audiensnya. Komunikasi dakwah juga ada daripada khalayak kumpulan kecil sahaja. 

Dalam lingkungan keluarga, di sekolah, bersama kawan rapat, bahkan juga saat berdiri tegak tanpa komunikasi di tengah-tengah masyarakat. Menerusi kisah-kisah kejayaan, kita ambil inspirasi dan teladan. Menerusi kisah-kisah kegagalan, kita bina sempadan!

Lain waktu, lain cabarannya. Lain orang, lain sukatan besar kecil ujian yang akan menimpanya! Namun yang pasti, naskhah CHAIYOK! ini membawakan kisah-kisah hebat dan sangat istimewa! Tidak semua orang berpeluang melaluinya, namun kini sebagai pembaca naskhah ini, semua orang boleh rasa pahit getirnya

CHAIYOK! adalah bahasa pasar masyarakat kita yang diinspirasikan daripada sebutan perkataan bahasa Cina dan Korea. Ia diertikan sebagai satu suntikan motivasi yang bermaksud BERUSAHALAH! atau BERSEMANGATLAH!

Demikian, tanpa erti putus asa, tanpa mengalah pada apa-apa pun ujian yang tiba, kita sebagai pendakwah, kecil atau besar, terkenal atau tidak, harus tegar menyuntik semangat ini secara terus menerus. Terus manfaatkan usia berbaki untuk berbakti. CHAIYOK!.



APA KATA MEREKA

Membeli Chaiyok! seumpama membeli segunung pengalaman insan yang mendahulukan dakwah daripada kepentingan diri.
Setiap ayat yang tercoret seolah-olah membawa kita kepada situasi sebenar di depan mata. Ia bukan kisah rekaan sebaliknya, rakaman pelbagai tragedi sang pendakwah dalam memperbaiki diri sendiri dan juga yang lain.
Sentuhan Bonda Nor memang tidak boleh disangkal lagi, menjadikan Chaiyok! bukan sahaja perlu dimiliki untuk simpanan peribadi, malah perlu dihadiahkan kepada orang lain untuk menyalurkan semangat buat mereka.
Tahniah Bonda Nor. You did it again!

~ Mohd Faizul Ikhwan Erusan
Pengasas Rahsia Ceramah Memukau

Buku ini sarat dengan pengalaman berharga para penulis sepanjang bergelar penyampai ilmu. Betapa hebatnya apabila dugaan yang dihadapi segera ditukar dengan meletakkan pengharapan kepada Maha Pencipta.
Hasilnya, setiap pahit getir berakhir dengan indah dan penuh hikmah! Setiap ibrahnya pasti memberikan semangat baharu kepada para pembaca.
Buku ini mesti dimiliki oleh para guru, ibu bapa, pemimpin, usahawan bahkan sesiapa sahaja yang mencari kekuatan dalam berjuang menawan impian. Chaiyok!

~ Hayati Daud
Penceramah Syoknya BM!

Inovator Permainan 3 Bahasa

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur

50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur
Penulis: Dr. Udah Mohsin 
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-746-1
Kod: GB 0595
TEBAL: 248 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:  1.3 cm
Berat: 0.32 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM 20.00/ 22.00*

​​SINOPSIS:

Buku ini menerangkan amalan-amalan yang dilakukan selepas seseorang itu meninggal dan dikebumikan seperti adab dengan jenazah.

Turut disertakan perbincangan hukum-hakam seperti membaca al-Quran dan mentalkinkan mayat di kubur, juga hukum berkenaan wanita di tanah perkuburan. 

Setiap perbincangan dibawakan dengan dalil dan pendapat ulama.





**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466