Sep 30, 2019

40 Kemuliaan Dan kehebatan Rasulullah

40 KEMULIAAN & KEHEBATAN RASULULLAH
ISBN:  978-983-097-854-3
Penulis: Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany
Kod: GB0586
Tebal: 120 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.7 cm
Berat: 0.23 kg
Terbit: Nov 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

Rasulullah SAW ialah manusia terbaik dan juga yang paling sempurna. Di mana sahaja posisi Baginda; baik sebagai suami, bapa, sahabat, pemimpin mahupun ketua negara, Baginda diakui sebagai yang terbaik dan terhebat.

Sebagai umat Baginda yang mengharapkan syafaatnya, wajiblah kita mengetahui setiap kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW seperti yang terakam dalam al-Quran dan juga hadis.

Buku ini merupakan karya terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang berjudul Bidayatus Sul fi Tafdhil ar-Rasul yang ditulis oleh Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam. Ia menghimpunkan 40 kemuliaan dan kehebatan Baginda berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis, serta atsar para Sahabat.


KANDUNGAN
Muqaddimah Penterjemah
Sanad Kitab Bidayatus Sul Fi Tafdhil Ar-Rasul
Pengenalan Imam Al-‘Izz Ibnu Abdus Salam
Muqaddimah Imam ‘Izzuddin
Pertama: Penghulu Sekalian Manusia
Kedua: Pemegang Panji-panji Kemuliaan
Ketiga: Ketua Para Nabi dan Rasul
Keempat: Diampuni Semua Kesalahannya
Kelima: Orang Pertama Memberi Syafaat
Keenam: Mengutamakan Umat daripada Kepentingan Peribadinya
Ketujuh: Allah Bersumpah Demi Umur Baginda
Kelapan: Panggilan yang Mulia
Kesembilan: Al-Quran Mukjizat Sepanjang Zaman
Kesepuluh: Interaksi Batu dan Kayu
Kesebelas: Air Terpancar dari Tangan
Kedua Belas: Merawat Orang Buta
Ketiga Belas: Ajarannya Menghidupkan Hati yang Mati
Keempat Belas: Umatnya Separuh daripada Penduduk Syurga
Kelima Belas: Diutuskan untuk Sekalian Umat
Keenam Belas: Munajat di Sidrah Al-Muntaha
Ketujuh Belas: Umat Terakhir Tetapi Terawal di Akhirat
Kelapan Belas: Pemimpin yang Mutlak
Kesembilan Belas: Semua Makhluk Berhajat kepadanya pada Hari Kiamat
Kedua Puluh: Maqam yang Tinggi
Kedua Puluh Satu: 70 Ribu daripada Umatnya Masuk ke Syurga Tanpa Hisab
Kedua Puluh Dua: Dianugerahkan Al-Kautsar dan Al-Haudh
Kedua Puluh Tiga: Umat Terakhir Tetapi Mendahului
Kedua Puluh Empat: Dihalalkan untuknya Harta Ghanimah
Kedua Puluh Lima: Akhlak Terpuji
Kedua Puluh Enam: Kepelbagaian Wahyu Allah
Kedua Puluh Tujuh: Kesyumulan Al-Quran
Kedua Puluh Lapan: Ganjaran Pahala yang Besar Buat Umatnya
Kedua Puluh Sembilan: Pilihan Terbaik
Ketiga Puluh: Rahmat Buat Sekalian Alam
Ketiga Puluh Satu: Keunggulan Akhlak dan Peribadi
Ketiga Puluh Dua: Seorang Budiman dan Lemah Lembut
Ketiga Puluh Tiga: Tegas Terhadap Orang Kafir
Ketiga Puluh Empat: Amat Menyayangi Umatnya
Ketiga Puluh Lima: Bersungguh Menasihati Umat
Ketiga Puluh Enam: Umatnya Menjadi Hakim yang Adil
Ketiga Puluh Tujuh: Umatnya Terpelihara daripada Bersepakat dalam Kesesatan
Ketiga Puluh Lapan: Al-Quran Kitab yang Terpelihara
Ketiga Puluh Sembilan: Penerimaan Amalan Umatnya dalam Rahsia Allah
Keempat Puluh: Jawaami‘ Al-Kalim

Kemuliaan Baginda SAW Juga Mengatasi Kemuliaan Para Malaikat

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 



Cikgu Multipurpose

Cikgu Multipurpose
ISBN: 978-983-097-850-5
Kod: GB0585
Penulis: Amla Mat Rawi
Tebal: 208 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.14 cm
Berat: 0.36 kg
Terbit: Okt 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. 

Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!



Sahabat, sebagai guru, emosi kita macam roller coaster semasa bekerja. Ada turun naik. Tapi lebih banyak turun, bukan? 

Jadi, buku ini diharap dapat memberi kata-kata semangat bahawa kerjaya guru ini kita boleh laluinya dengan bersahaja dan teruja setiap hari! Sebab kita adalah segalanya bagi mereka (murid). 

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Anak Gajet

ANAK GAJET
ISBN: 978-983-097-851-2
Kod: GB0584
Penulis: Najmi Nawawi
Tebal: 144 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Sept 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS

Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.


Perubahan yang menyeluruh dan keutamaan perlu diberikan kepada para ayah sebagai ketua keluarga. Jadi, dalam perkongsian santai dalam buku aku ini, kau akan dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada dua bahagian.

1.      Hubungan kepada pasangan
2.      Hubungan kepada anak-anak

Nasihat saya, orang lelaki tidak perlu malu untuk belajar hal parenting. Ia tidak menjatuhkan kejantanan anda sedikit pun. Bahkan dengan ilmu inilah akan mengangkat darjat anda untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan berguna untuk keluarga yang anda bina.

UNTUK SIAPAKAH BUKU INI?

1.      Untuk mereka yang belum lagi berkahwin, namun sudah mula berbunga hati untuk berkahwin. Ilmu perlu disediakan terlebih dahulu.
2.      Untuk orang yang mahu bagi hadiah perkahwinan buat kenalan mereka. Apa salahnya kali ini bagi buku pula. Ilmu itu suatu hadiah yang sangat bernilai.
3.      Untuk yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata atau yang sedang menunggu kelahiran si comel.
4.      Untuk yang sudah memiliki ramai anak namun masih tidak pernah kenal erti penat untuk belajar dan memperbaiki diri untuk beri yang terbaik pada anak-anak.
5.      Untuk pasangan yang sering menghadapi kesukaran dalam mengawal emosi dan sering marah pada anak. Sedangkan mereka tahu kesan marah tidak elok.
6.      Untuk mereka yang masih tercari-cari teknik parenting terbaik untuk anak-anak mereka. Sering keliru dengan kata-kata orang.

7.      Untuk ibu bapa yang mahu memastikan anaknya dibesarkan sesuai dengan keperluan zaman moden yang pastinya tidak sama dengan dulu.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

 

 

 

 

 


Sep 5, 2019

Misteri Video Viral


MISTERI VIDEO VIRAL
ISBN: 978-983-097-848-2
Kod: BP0050
Penulis: Iwan Reaz
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS:
Cerpen Bisa Taring Syaitan menunjukkan betapa syaitan berusaha untuk memujuk seorang manusia yang alim dan baik yang akhirnya terpedaya. Oleh itu, kita janganlah mudah percaya dengan pengakuan sesiapa yang mengatakan bahawa mereka tahu akan detik kematian seseorang. Syaitan boleh menjelma dalam bentuk manusia bagi menyesatkan kita secara halus.
           
Manakala dalam cerpen Hasutan Alam Jin, Hafifi terpengaruh dengan keindahan di dunia jin yang nyata berbeza dengan alam manusia. Permainan makhluk halus ini ada banyak. Mereka mungkin akan memerangkap manusia dengan mempamerkan seribu satu keindahan yang palsu. Jadi, orang beriman tidak seharusnya berdamping dengan makhluk halus hanya kerana merasakan dunia mereka lebih baik daripada dunia kita.

            Tema hasutan merbahaya daripada syaitan turut ditonjolkan dalam cepen Bisikan Dalam Cermin. Individu yang mengalami penyakit mental seperti kemurungan (depression) adalah antara individu yang mudah terpengaruh dengan pujukan syaitan. Maka, ibu bapa dan rakan-rakan perlu lebih prihatin terhadap individu yang mengalami ciri-ciri penyakit ini agar ia tidak berlarutan ke tahap yang lebih serius.


            Keprihatinan ibu bapa adalah antara mesej yang ingin disampaikan dalam cerpen Aku Bukan Derhaka. Kebanyakan ibu bapa tentunya mahu anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya. Namun, jangan pula kita terlalu tegas dalam mendidik mereka sehingga mereka tidak lagi merasakan kasih sayang yang sepatutnya. Jangan pula apabila mereka sudah tiada, baru kita hendak menyesal. Bimbang penyesalan itu akan dipengaruhi dengan suara-suara halus syaitan yang ingin mengambil peluang bagi menyesatkan kita.

            Dalam cerpen Dendam Roh Rezza pula, elemen kasih sayang lebih menonjol antara pasangan suami isteri. Kebajikan seorang isteri yang hamil perlu diambil berat kerana kesihatan anak yang dikandungnya akan dipengaruhi oleh emosi si ibu. Berbeza dengan cerpen Sumpahan Patung Pembuli, ikatan kasih sayang antara adik-beradik diangkat sebagai tema dalam cerpen ini. Isu buli di kalangan adik-beradik perlu dipandang serius. Seseorang yang sering dibuli, tidak mustahil boleh terjebak dengan permainan makhluk halus demi membalas dendam terhadap insan yang pernah membulinya.

            Seorang sahabat yang kita kenali rupa-rupanya adalah jelmaan makhluk halus yang suka berdamping dengan manusia dek kelekaan kita terhadap urusan dunia. Melalui cerpen Misteri Video Viral, watak utama begitu leka dengan kecanggihan teknologi sehingga sering melewatkan solat dan adakalanya tertinggal dalam melaksanakan kewajipan berkenaan. Masa inilah syaitan lebih suka untuk berada di sisi kita supaya kita lebih hanyut dalam arus dunia.

            Cerpen  Angkara Amarah Syaitan pula, penulis mengetengahkan kepentingan bersabar dalam kehidupan seharian. Jika amarah gagal dikawal, bimbang kita akan bertindak di luar jangkaan dan menimbulkan kesulitan di pihak yang lain. Syaitan amat suka dengan manusia yang mudah hilang pertimbangan kerana pada saat inilah mereka dapat menguasai emosi manusia untuk bertindak lebih rakus.

            Ada sesetengah individu yang mempunyai pengalaman yang melibatkan makhluk halus. Namun, jangan pula kita mudah mendabik dada dan merasakan kita lebih berani daripada orang lain. Mungkin ia hanyalah helah agar kita lebih mudah terjerumus dalam perangkap ‘mereka’. Dalam kita bergurau juga, usah berlebihan kerana ia boleh mengundang padah. Inilah pengajaran yang ingin dipamerkan dalam cerpen Keberanian Yang Teruji.

            Terbitnya buku seramistik ini sama sekali bukan semata-mata untuk menimbulkan ketakutan dalam diri kita, akan tetapi bagi menyedarkan kita semua supaya jangan terperangkap dengan hasutan syaitan, apatah lagi syirik terhadap Allah SWT.

            Semoga kita semua dilindungi-Nya daripada syaitan yang direjam.

Tentang Penulis:
Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita.
Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah  Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan.

Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam,  Somniphobia dan yang terbaharu kumpulan cerpen Misteri Video Viral.


Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Dybbuk: Syaitan Pemusnah Israel

DYBBUK: SYAITAN PEMUSNAH ISRAEL 
ISBN: 978-983-097-847-5
Kod: BP0049
Penulis: Nami Adnan
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS:
Novel ini bercerita tentang misi rahsia sekumpulan saintis tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan untuk menyiasat punca sebenar kehilangan seluruh bangsa Yahudi di negara haram Israel tanpa sebarang kesan 63 tahun yang lalu. 

Dua daripada sembilan orang anggota misi rahsia tersebut ialah rakyat Malaysia. Seorang daripada mereka adalah penggodam terbaik dunia yang baru berusia 17 tahun bernama Nia manakala seorang lagi ialah pengawal peribadi kepada Nia iaitu Kyle yang penuh misteri orangnya.

Misi utama mereka ialah menggodam dan mengumpulkan data-data yang direkodkan dalam komputer utama kepunyaan kerajaan Israel di sebuah kubu rahsia di Ramat Rachel, mengambil dan menganalisa sampel-sampel yang mereka boleh dapati di dalam kubu tersebut. Kubu rahsia tersebut adalah salah satu tempat perlindungan terakhir para pemimpin dan pegawai tertinggi tentera Israel sebelum mereka juga lenyap tanpa kesan.


Akan tetapi, misi yang nampak mudah pada awalnya, mula menjadi rumit apabila Kyle yang sebenarnya adalah seorang perisik tentera berpangkat kolonel mendapati bahawa wujudnya konspirasi untuk menutup kisah sebenar di sebalik insiden yang telah berlaku dan wujudnya pensabotaj di kalangan kumpulan saintis terbabit yang ingin menggagalkan misi tersebut.

Lebih buruk lagi apabila seorang demi seorang daripada mereka telah dibunuh oleh suatu entiti misteri yang boleh menjelma dan menyerupai orang-orang Yahudi yang dianggap telah hilang 63 tahun yang lalu. Segala peralatan saintifik yang mereka gunakan gagal untuk mengesan entiti tersebut yang berbentuk lendiran hitam dan ia mampu menyelinap di segenap ruang yang terbuka.

Tentang Penulis:
Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN dalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.

Novel ini merupakan novel ketiga beliau bersama dengan Buku PURIS, Galeri Ilmu selepas novel PAZUZU dan SIHIR JIN LAMASHTU. Penulisan novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

Mantera Papan Puja

MANTERA PAPAN PUJA
ISBN: 978-983-097-844-4
Kod: BP0048
Penulis: Nida Zahar
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS
Begini ceritanya ...
Menemani rakan sekolej pulang ke kampung, Haryani mendapati dirinya menerobos sempadan alam yang tidak dapat dilihat mata kasar. Bahkan dia tidak mengerti yang sebenarnya ada sesuatu di sebalik keanehan itu.
“Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn 72: 6)
***

Merompak demi kemewahan, Kamal tidak menyangka kegiatannya kali ini mengundang angker. Hanya kerana sebentuk cincin pusaka bertatah zamrud, mewah yang disangka, padah yang menimpa.

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.” (Al- A’raf 7: 27)
Begitulah ceritanya ...
Ada lagi cerita-cerita untuk kau hayati dan ambil manfaat daripadanya. Kisah seram di dalam buku ini sekelam misteri dunia yang satu lagi. Sama ada kau mahu percaya atau tidak, ia sesungguhnya ada. Sejak dulu, sejak masih digelar azazil. Memerhati dengan pandangan penuh tajam, mecari saat-saat lompong tatkala engkau terleka. Itu yang aku tahu.

Tentang Penulis
Nida Zahar adalah seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar dan kisah kehidupan. Sudah menghasilkan beberapa buah buku, salah satu daripadanya adalah hasil kolaborasi beliau dengan sebuah  kumpulan paranormal tempatan. Beliau juga suka mendapatkan inspirasi penulisan dengan melawat ke tempat-tempat yang menyeramkan serta berkomunikasi dengan masyarakat setempat. 


Nida Zahar mempunyai kecenderungan menulis berdasarkan kepercayaan budaya Melayu dan mitos tempatan dalam persepsi dunia moden.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466