May 14, 2019

U-Turn ke Syurga

U-TURN KE SYURGA
ISBN: 978-983-097-828-4
Kod: GB 0575
Penulis:  Bonda Nor
Tebal: 208 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1.1 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Mei 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Asalnya manusia memang dari sana, bukan? Ya, di situlah kemuliaan yang telah Allah berikan buat manusia. Tapi itulah, bisikan nafsu jahat kita, hasutan syaitan durjana sering menyesatkan manusia.

Ia menjadi asbab tercampaknya kita ke bumi yang sarat ujian untuk memerangi nafsu dan syaitan ini.
Sungguh, bukan mudah untuk terus bertarung dengan kedua-duanya. Jatuh bangun kita ditolaknya! Cedera parah iman dibuatnya! Tapi kita tak boleh putus asa. Tak boleh mengalah.

Dalam Islam, kita diperkenalkan dengan konsep mujahadah. Lawan tetap lawan! Namun, tentu sahaja mujahadah takkan berjaya jika tak dimulakan dengan muhasabah. Inilah kekuatan naskhah U-TURN KE SYURGA ini. Pada kekuatan penulis merenung kembali diri sendiri dan mencari kesilapan yang perlu diperbetulkan.




Ya, walaupun dah jauh tersesat, kita cari semula jalan untuk kembali ke tempat yang paling selamat. Dengan taubat. Dengan perbaiki semula apa yang telah tersalah. Kerana Allah. Lillah. Allahuakbar. Sungguh ini adalah satu naskhah yang cukup indah dan sarat dengan ibrah!

Sakitnya Tu di Sini

SAKITNYA TU DI SINI!
ISBN: 978-983-097-829-1
Kod: GB 0574
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 208 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit: 21/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Sesekali bila takdir melampiaskan bahana kesilapan kita, memang terasa benar sakitnya. Tapi mengapa mesti mengeluh pada sesuatu takdir yang kita tak suka sedangkan itulah yang sedang mendidik kita?

Ya. Takdir yang menyakitkan itu juga ada gunanya!
SAKITNYA TU DI SINI! Adalah rangkuman pelbagai kisah kafarah dan teguran Allah yang sangat mahal ditemui ada semasa proses muhasabah.



Dan inilah yang mahal tentang antologi ini. Betapa takdir yang tidak disukai juga adalah petanda bahawa Allah Maha Baik dalam segala hal!

Meludah ke Langit

MELUDAH KE LANGIT
ISBN:  978-983-097-830-7
Kod: GB 0573
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 208 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit: 21/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Subhanallah. Ini memang betul-betul pendedahan eksklusif! Bukan semua orang boleh berlapang dada untuk berkongsi kisah-kisah seperti ini!

Ini salah satu naskhah muhasabah diri yang membuka aib penulisnya sendiri. Tentang bagaimana mereka tersilap bicara, bahkan tersilap tafsir. Kemudian aturan takdir sesudah itu membuat mereka tersentak, sedar kesilapan dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik!



Ini bukan sekadar perkongsian mereka, bahkan ini juga mungkin kisah kita!

Meludah Ke Langit – satu pembetulan yang terbit daripada satu penyesalan yang amat perit!

May 13, 2019

Perjuangkan Syurgamu

PERJUANGKAN SYURGAMU
ISBN: 978-983-097-831-4
Kod: GB 0572
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 216 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit:  21/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Sebagai hamba yang sudah pun dijanjikan ujian untuk ke syurga, memang sudah tugas kita untuk berjuang melepasinya.

Miskin harta, bagaimana mahu mengelakkan diri daripada hidup meminta-minta? Teruji dengan kelemahan pasangan, bagaimana mahu terus berjuang untuk mempertahankan satu ikatan perkahwinan?

Perjuangan itu yang mahal! Perjuangan itu yang Allah pandang dan nilai. Mampukah kita mempergunakan apa-apa saja ujian yang tiba untuk membawa kita ke syurga? Itulah persoalannya!


Membaca kisah-kisah dalam buku PERJUANGKAN SYURGAMU ini menginsafkan. Betapa selama ini kita sering berasakan ujian hidup kita sangat besar, tetapi rupa-rupanya, ujian hidup orang lain ternyata jauh lebih mencabar.


Ini adalah antologi kisah-kisah benar yang telah dinukilkan oleh penulis untuk dihayati dan diambil iktibarnya. Dan paling penting, untuk kita manfaatkan sebagai satu motivasi yang cukup baik untuk kita melepasi ujian hidup sendiri!

Seadanya Ku Terima

SEADANYA KUTERIMA
ISBN:  978-983-097-832-1
Kod: GB 0571
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 208 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit: 17/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Ini naskhah tentang redha. Tentang bersetuju dengan apa-apa pun takdir hidup kita yang telah dipilihkan oleh Allah.

Memang, bila sebut tentang kehendak, sebut tentang harapan dan cita-cita, kesemua kita ada senarai yang panjang. Itu yang kita fikir. Itu yang terdetik di hati.

Tapi Allah yang cipta kita. Dia Maha Tahu segala buruk baik sesuatu perkara ke atas diri kita. Kadang dihalangnya daripada kita dapat apa yang kita nak, sebab Dia tahu itu akan buat kita jadi manusia bongkak.



Halangan yang tetap membuahkan kebaikan dan kebahagiaan. Lebih penting lagi ia mendorong kepada proses muhasabh diri. Allahuakbar. Itulah yang akan pembaca perolehi daripada maskhah hebat ini. Letusan lahar inspirasi untuk memujuk hati!

Bumerang Kasih

BUMERANG KASIH
ISBN: 978-983-097-833-8
Kod: GB0570
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 216 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit: 23/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Bumerang, sejenis permainan yang apabila dilemparkan akan berbalik semula. Itulah analoginya. Itulah panduan kita dalam menetapkan hala tuju kasih sayang dan cinta. 

Konsepnya mudah. Jika sayang yang kita beri, sayang jugalah yang akan kita terima kembali!

Allahuakbar, seronoknya saya membaca kisah-kisah benar di dalam naskhah hebat ini. Terinspirasi!
Sungguh, kadang kita penat baca kisah-kisah sedih dan duka. Penat tumpang berduka. Penat menangis. Bahkan kadang kisah-kisah duka buat kita terlupa bahawa Tuhan yang memberi duka itu juga yang membekalkan cinta!



BUMERANG KASIH ini menyedarkan kita semula. Untuk menerima, kita harus memberi. Ini adalah naskhah tentang cinta dan kasih sayang. Tentang kasih sayang anak kepada ibunya, sayang seorang ibu kepada anaknya, cinta seorang guru kepada muridnya dan banyak lagi!

Memang BUMERANG KASIH juga adalah satu naskhah tentang pembalasan. Tapi ia sangat membahagiakan!

Tamparan Takdir

TAMPARAN TAKDIR
ISBN: 978-983-097-826-0
Kod: GB0568
Penulis:  Bonda Nor
Tebal: 216 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit: 23/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Tuhan itu terlalu dekat. Dia berbicara dengan kita menerusi pelbagai cara. Dalam pada kita leka, ditariknya kita agar kembali kepada fitrah sebagai seorang khalifah. 

Dalam pada kita lupa, Dia hantar peringatan demi peringatan agar kita segera kembali ke pangkal jalan.

Adakalanya bicara amaran yang dikirimkannya itu datang perlahan, menusuk ke dasar hati. Pedih, dan luka itu kita tanggung sendiri-sendiri. Adakalanya bicara amaran itu datang dengan begitu kuat hingga terkapai-kapai kita mencari semangat di tengah-tengah gelombang kecaman masyarakat. Allahuakbar, malunya.



Namun, masihkah kita dapat mengecap nikmat kasih sayang-Nya dalam setiap musibah yang datang? Naskhah TAMPARAN TAKDIR mengajak pembaca menyelami hakikat ini agar mudah memujuk hati. Betapa setiap musibah sebenarnya adalah bicara takdir yang sedang memaksa kita berfikir. Justeru, jika kita mampu memahaminya, tidak wujud istilah derita, melainkan bahagia. Hati pedih terhukum, tapi kita masih mampu mengukir senyum!

Jalan Pulangku

JALAN PULANGKU
ISBN: 978-983-097-827-7
Penulis: Bonda Nor
Kod: GB 0569
Tebal: 216 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 
Berat: 0.3 kg
Tarikh terbit: 17/5/2019
Harga: RM20.00/RM22.00*
  
SINOPSIS
Hati yang penuh prasangka, mulut yang mencebik dan tersenyum sinis, mata yang menjeling tajam penuh makna, juga kata-kata cerca. Subhanallah. 

Manusia bertuah mana yang mampu terselamat daripada semua ini? Ya, hanya Rasulullah saja yang diterima sebagai maksum. Kita tidak! Kita cuma manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan akan sentiasa berbuat kesalahan.

Isunya, adakah kita sedar kesilapan kita? Jika pun sedar, adakah kita siap sedia mahu memperbetulkannya? Sungguh tidak ramai manusia yang sanggup mengakui salah sendiri apabila ego merajai diri. Kita jangan! Mari kita belajar menundukkan hati dengan menelusuri kisah-kisah insan berjiwa hebat yang terdapat di dalam naskhah ini.




JALAN PULANGKU adalah rantaian kisah-kisah benar individu yang rendah hati. Sungguh, hati saya tersentuh membaca naskhah ini. Mereka tersilap sangka, tapi mereka tidak malu memperbetulkannya. Mereka tersilap langkah, tapi mereka tidak takut untuk kembali merayu keampunan Allah!

Berani Berhijrah

BERANI BERHIJRAH
ISBN: 978-983-097-825-3
Kod: GB0567
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 208 ms
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 1 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Mei 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*

SINOPSIS
Selalu kita tersekat berlama-lama di satu takah kerana takut mahu terus melangkah. Pelbagai perkara membenak di fikiran. Kadang, kekurangan diri sendiri membuahkan rasa tidak yakin. Kadang terpaksa pula berdepan dengan kekurangan orang lain.

Namun, Rasulullah berpesan dengan begitu jelas sekali tentang misi setiap Mukmin. Setiap hari mesti menjadi semakin baik dan semakin baik. Apa-apa pun kekurangan diri kita, seharusnya menjadi asbab untuk kita belajar mengatasinya. Apa-apa pun kekurangan orang lain, seharusnya menjadi asbab untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Add caption

Belajar dan mengambil iktibar. Itu yang seharusnya menjadi focus kita agar dapat memenuhi misi ini.


BERANI BERHIJRAH adalah salah satu judul yang terdapat di dalam Siri Muhasabah Diri – BERCAKAP DENGAN CERMIN. 

Qalbun Salim, Syarah Penawar Bagi Hati

QALBUN SALIM: SYARAH PENAWAR BAGI HATI
ISBN: 978-983-097-824-6
Kod: GB 0564
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll
Tebal: 592 ms
Saiz: L: 16.5 cm; H: 23.5 cm; W:  3 cm
Berat: 0.78 kg
Terbit: Mei 2019
Harga: RM40.00/RM42.00*

SINOPSIS
Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf.

Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.



KANDUNGAN

KITAB 1: MENJAGA 7 ANGGOTA ZAHIR
Fasal 1: Mata
Fasal 2: Telinga
Fasal 3: Lidah
Fasal 4: Perut
Fasal 5: Kemaluan
Fasal 6: Tangan dan Fasal 7: Kaki

MENJAGA 7 ANGGOTA BATIN
KITAB 2: HATI DAN SIFAT-SIFAT MAZMUMAH (SIFAT-SIFAT YANG TERCELA)
Bab 1: Sangat Suka Makan
Bab 2: Banyak Bercakap
Bab 3: Marah
Bab 4: Hasad (Dengki atau Iri Hati)
Bab 5: Kedekut dan Sayang Kepada Harta
Bab 6: Suka kepada Pangkat (Jawatan atau
            Kedudukan)
Bab 7: Cinta kepada Dunia
Bab 8: Sombong (Takabbur)
Bab 9: Ujub
Bab 10: Riyak (Menunjuk-nunjuk dalam Beramal)

KITAB 3: SIFAT-SIFAT MAHMUDAH (SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI)
Bab 1: Taubat
Bab 2: Takut kepada Allah SWT (Khauf/ خَوْفٌ)
Bab 3: Zuhud
Bab 4: Sabar
Bab 5: Syukur
Bab 6: Ikhlas
Bab 7: Tawakal
Bab 8: Cinta kepada Allah SWT
Bab 9: Redha
Bab 10: Mengingati Mati

Tentang Penulis:

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kini merupakan Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Sering dijemput sebagai pentazkirah tetap segmen Maulid@IKIM.fm, Tarbiyah dan Topik Jumaat di Radio IKIM dan Az-Zikra di Radio KLfm. Juga sering muncul dalam rancangan keagamaan di TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Aktif menyampaikan ceramah serta mengendalikan daurah di seluruh Malaysia. Qalbun Salim: Syarah Penawar Bagi Hati adalah karya ke-19 beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466