.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Jan 4, 2018

Amalan Seumur Hidup

Judul: Amalan Seumur Hidup
Penulis: Dr. Udah Mohsin
ISBN: 978-983-097-667-9
Tebal: 376 ms
Kod: GB 0458
Harga: RM20/RM22*

SINOPSIS
Buku ini menghimpunkan doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca pada setiap masa dan ketika, dari terbit matahari hingga terbenam matahari dan terbit semula. 

Setiap doa dan zikir yang dibawakan dikuatkan dengan ayat al-Quran dan hadis yang menganjurkannya serta kelebihan mengamalkannya.


Antara doa dan zikir yang dimuatkan dalam buku ini:
•           Doa untuk melindungi kanak-kanak
•           Bacaan ketika hendak bersalin
•           Etika mendapat berita gembira
•           Berzikir dalam perjalanan
•           Zikir menghilangkan kemarahan
dan lain-lain lagi.


KANDUNGAN:-

BAB 1: Zikir-Zikir Yang Umum
• Bacaan, Wirid Dan Zikir Tertentu Bermula Daripada Bangun Tidur Sehingga Kita Masuk Tidur Kembali.
BAB 2: Zikir-Zikir Bagi Orang Yang Musafir
BAB 3: Bacaan Zikir Dan Doa Untuk Makan Dan Minum
BAB 4: Memberi Salam Dan Meminta Izin
BAB 5: Zikir-Zikir Mengenai Nikah Dan Bersalin
BAB 6: Mengenai Zikrullah Dalam Beberapa Keadaan
• Antaranya Ketika Melihat Kebakaran, Mendapat Berita Gembira, Ketika Berada Di Dalam Sesuatu Majlis, Zikir Dalam Perjalanandan Sebagainya
BAB 7: Doa-Doa Yang Dituntut Setiap Ketika
•  Membanyakkan Doa Pada Waktu Senang Agar Dikabulkan Doa Pada Waktu Susah
•  Meminta Ampun Kepada Allah Dalam Semua Perkara
•  Berlindung Kepada Allah Daripada Keluh-Kesah, Dukacita, Malas, Dikalahkan Hutang Dan Manusia
•  Berlindung Kepada Allah Daripada Azab Kubur, Azab Neraka, Fi Tnah Hidup Dan Mati Dan Fitnah Al-Dajjal
•   Meminta Pertunjuk, Ketakwaan Dan Lain-Lain
•   Berlindung Kepada Allah Daripada Kejahatan Sesuatu Pekerjaan Dan Sebagainya.

PENULIS:
Nama: Dr. Udah Bin Mohsin
Kelulusan Pendidikan: BA Universiti Al-Azhar 1972, Diploma Pendidikan Universiti ‘Ain Al-Shams 1973, MA Universiti Al-Azhar 1975 Dan Ph.D Universiti Al-Azhar 1984.
Perkhidmatan: Telah Berkhidmat Dengan Universiti Kebangsaan Malaysia Dari Tahun 1975- 2010.

KARYA: Telah Menulis Dan Menerbitkan Beberapa Buah Buku, Makalah Dan Terjemahan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...