Dec 30, 2016

Talaqqi

JUDUL: TALAQQI
PENULIS: Anwar Majdi
ISBN: 978-983-097-608-2
KOD: BP 0003
TEBAL: 248 ms
GENRE: Travelog Kisah Benar
HARGA: Sem. RM 20.00 / SS RM 22.00

SINOPSIS:

Ikuti perjalanan kisah benar seorang anak muda di bumi Syria dalam misi mendalami Ilmu, sebelum meletusnya krisis peperangan demi peperangan seperti hari ini.

Diceritakan juga 1001 keindahan dan kunikan Syria semasa beliau di sana, namun kini, semuanya semakin terhakis. 



--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------

Dec 29, 2016

Cahaya Yang Menerangi

JUDUL: CAHAYA YANG MENERANGI
PENULIS: Ustaz Muhadir Hj Joll
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-617-4
KOD: GB 0412
SAIZ: 6” x 9”
TEBAL: 232 m/s
ISI DALAM: 2C
HARGA: RM 22.00/24.00

SINOPSIS:

CAHAYA YANG MENERANGI menghimpunkan soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan.

Ustaz Muhadir telah mengambil inisiatif untuk membukukan soal jawab ini supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat.

Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin:

         Membawa atau memegang al-Quran digital
         Solat menghormati waktu
         Bangkai cicak dalam makanan
         Air mata orang hidup menitis ke muka mayat
         Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh
dan banyak lagi.



---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------

Dec 23, 2016

Misbahud Duja Syarah Safinah An Naja

MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA
PENULIS: Us Muhadir Hj Joll
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-606-8
KOD: GB 0409
TEBAL: 704 m/s
ISI DALAM: 1C
HARGA: RM 45.00/47.00* (Sabah/Sarawak)

SINOPSIS:   

Syarah kitab Safinah an-Naja yang paling komprehensif dalam bahasa Melayu. MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA ini merupakan edisi kemaskini daripada kitab SYARAH SAFINATUN NAJA.

Buku ini diklaskan sebagai syarah kitab Safinatun Naja terbesar/terlengkap dalam bahasa Melayu. 

Dinamakan sebagai Edisi Komprehensif kerana kupasannya lebih luas dan terperinci berbanding dengan syarah Safinatun Naja sebelum ni. 

Lebih tebal - 704 halaman (berbanding 464 halaman sebelum ni).

Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna).

Disertakan juga hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca.

Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan. 

Disertakan kata pengantar oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna. 

Antaranya:

         Bersuci
         Solat
         Pengurusan jenazah
         Puasa
         Zakat
         Haji dan umrah.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 


-------------------------------------

Dec 15, 2016

Perca

JUDUL: PERCA
PENULIS: Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-619-8
KOD: GB 0411
TEBAL:    496 ms
HARGA: RM 40.00/42.00*

SINOPSIS:

Perjalanan itu geraknya sehala. Ia perlu diteruskan. Ia jadi mudah apabila kita mengetahui yang setiap detik Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara agar kita berfikir dan bersyukur dengan rahmat-Nya. 

Sayangnya … apabila Allah SWT memberi rasa bahagia, ada terlupa mereka pernah diuji dengan rasa derita.

Akhirnya … penulis mula mengerti bahawa seluruh kehidupan merupakan ujian Allah SWT kepada hamba-Nya kerana DIA mahu melihat kita semakin beriman atau sebaliknya. Ramai tewas dengan ujian suka yang melalaikan. Ujian kedukaan membuat mereka kembali merayu dan merintih mengharapkan pertolongan Tuhan. Ketika itu Yang Maha Berkuasa dihampiri.

Perca-perca ini kisah yang melekat di hati sanubari. Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Cebisan kecil itu kelihatan tidak berguna. Namun jika dikumpulkan, dijahit lalu dicantumkan cebisan demi cebisan ... ia menjadi selembar hamparan bermanfaat.

Sehelai gebar memanaskan tubuh kedinginan pada malam hari. Adakalanya ia menjadi bidai atau tabir pembahagi ruang. Hasilnya menakjubkan. 

Sebesar mana ukuran bergantung kepada jumlah cantuman perca-perca. Ada bersaiz besar, sederhana malah ada yang hanya sebesar alas kaki sahaja.

Marilah kita terus berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia tetap milik Allah SWT. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadap-Nya lalu kekal selamanya di negeri abadi.

Bagaimanapun, terdapat satu sebab yang menguatkan hati penulis untuk meneruskan PERCA kerana yakin – insya-Allah – ia boleh menjadi ilmu bermanfaat. Sebagaimana buku-buku yang terdahulu, PERCA: Wahai Tuhan-Ku … kepada-Mu Daku Kembali meneruskan perjalanan hidup mencari pengakhiran husnul khatimah.

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
----------------------------------------- 

Dec 14, 2016

Hwaiting

JUDUL: HWAITING
PENULIS: Muhammad Syafiq Nasri
ISBN: 978-983-097-607-5
KOD: BP 0002
SEGMEN: Buku Puris
TEBAL: 144 ms
HARGA: RM 20.00/22.00

SINOPSIS:

HWAITING! Nak berjaya kena fight. Baru jadi.

Kawan-kawan. Hidup usah fikir orang lain terlebih dahulu. Fikirkan diri kita sendiri yang jahil ini. Next, baru fikirkan tentang mereka. 

Ciptalah kejayaan dengan ilmu yang dimiliki. Adakah anda cari ilmu untuk mereka? Sudah semestinya tidak. Kerana kita mencari ilmu kerana Redha-Nya. Dan ingin cipta kejayaan.


Kejayaan tidak akan hadir dengan ilmu yang banyak di dada. Tetapi akan terhasil melalui ilmu yang diamal. Hwaiting!



--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------

Bahagia Berganda

JUDUL: BAHAGIA BERGANDA
PENULIS: Mohd Zaini Mohd Ariff  &  Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-620-4
KOD: GB 0407
HARGA: RM 25
TEBAL:   240  ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”


SINOPSIS

Buku BAHAGIA BERGANDA ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff dan ini bermakna sudah empat judul yang dihasilkan bersama, bermula dengan Ilmu Kehidupan, Usahawan Akhirat, Merenung Diri dan kini buku yang sedang anda tatap.

Sering sahaja apa yang  rasa di hati datangnya berulang-ulang dan ia sememangnya begitu. Sekadar contoh, rasa bahagia terasa hasil gabungan pelbagai sebab. Ia datang dan pergi. Jika menulis buku itu satu kebahagiaan, maka ia hanya akan jadi kenangan jika tiada buku baharu diterbitkan.

Namun, sebagai penulis mereka sedar bahawa kegembiraan itu sangat kecil dan bersifat sementara. Ini kerana manusia itu akan tetap menghadapi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang kehidupan.  Sampai masanya kegembiraan terdahulu  menyusut atau hilang dan berlalu pantas.

Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Dato’ Mohd Zaini Ariff  mahukan sesuatu yang lebih baik dan bersifat kekal, inginkan kebahagiaan yang menjadikan dada berasa lapang selapang-lapangnya dan mahu jiwa tenang tenteram sebagai persediaan menemui DIA dengan hati yang damai. 

Maka, ‘Ingat Allah Sentiasa’, frasa yang disemat kukuh dalam sanubari mereka berdua kerana bagi kedua-duanya dengan mengingati Allah, ia merupakan kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat.  Sebagaimana yang sering dinyata, dunia ini hanya seketika tetapi syurga itulah kebahagiaan sejati.

Buku BAHAGIA BERGANDA ini mereka hulurkan dengan harapan ia menjadi ilmu bermanfaat selain berdoa dan selalu merayu kepada-Nya agar ia menjadi penyebab besar untuk mereka terus bahagia pada hari penghakiman nanti.

Sesungguhnya anugerah ‘profesor’ membahagiakan. Namun kebahagian yang sebenar hanya terasa apabila mampu menitiskan air mata ketika hati menjadi sebak mengingati betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------

Dec 13, 2016

Amalan Selepas Solat


JUDUL: AMALAN SELEPAS SOLAT
PENULIS: Us  Muhadir Hj Joll
KATEGORI: Fardhu Ain
ISBN: 955-574-970-028-1
KOD: GB 0408
SAIZ: 5” x 7.5”
TEBAL: 152 m/s
ISI DALAM: 1C
HARGA: RM 10.00/12.00

SINOPSIS:

AMALAN SELEPAS SOLAT menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

KANDUNGAN

WIRID SETIAP KALI SELEPAS SOLAT
Wirid Al-Qusyasyiah

AMALAN SEBELUM SOLAT SUBUH

AMALAN SELEPAS SOLAT SUBUH
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Al-Wirdul Lathif
3. Surah Yasin
4. Hizbun Nawawi
5. Wirid as-Sakran (Wirid Imam Abu Bakar bin Abdur Rahman as-Saqqaf)
6. Manzil
7. Selawat Thulul ‘Umur (panjang umur)

AMALAN SELEPAS SOLAT ZUHUR
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Hizbun Nashr (Penolong)
3. Doa Fakhrul Wujud (Wirid Syeikh Abu Bakar bin Salim)

AMALAN SELEPAS SOLAT ASAR
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Surah al-Waqiah
3. Hizbul Bahr
4. Ratib al-Attas

AMALAN SELEPAS SOLAT MAGHRIB
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Ratib al-Haddad
3. Selawat Thulul ‘Umur (panjang umur)

AMALAN SELEPAS SOLAT ISYAK
1. Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
2. Surah al-Mulk
3. Ratib al-Aidrus

AMALAN UMUM

LAMPIRAN
1. Surah yasin
2. Tahlil arwah
3. Surah al-waqiah
4. Surah al-mulk






Bonus: IJAZAH AMALAN

*************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 






Dec 2, 2016

Hari Tanpa Tarikh

JUDUL: HARI TANPA TARIKH
PENULIS: USTAZ ROSLAN MOHAMED
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-616-7
KOD: GB 0406
TEBAL: 272 ms
HARGA: RM 22.00 / 24.00



SINOPSIS

Kiamat sudah dekat. Tanda-tandanya juga sudah banyak yang dapat kita lihat. Apa yang berlaku pada bumi ini menunjukkan ia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Percaya kepada hari kiamat adalah rukun Iman kelima.

Namun apakah kita sedia untuk menghadapinya? Cukupkah bekal amalan kita untuk dibawa ke sana? Atau masih leka dengan mainan dan perhiasan dunia? Penulis menyampaikan apa yang perlu setiap Muslim tahu tentang kiamat sebagai suatu peringatan kepada kita bahawa kengerian dan kedahsyatan hari kiamat itu melebihi jangkauan dan bayangan manusia.




KANDUNGAN
·        Muqaddimah
·        Mengimani Hari Akhirat: Satu Muhasabah
·        Dekatnya Kiamat
·        Ngerinya Hari Kiamat
·        Kiamat Dan Kematian
·        Destinasi Ke Alam Barzakh
·        Mati: Permulaan Alam Akhirat
·        Cukuplah Kematian Suatu Peringatan
·        Pra Persiapan Untuk Mati
·        Mati Dalam Husnul Khatimah
·        Gambaran Seksa Kubur
·        Bermulanya Akhirat
·        Ketuk Hati Dengan Kiamat
·        Tiupan Sangkakala
·        Tiupan Kebangkitan
·        Hari Akhirat: Terbongkar Segala Dosa
·        Perjalanan Ke Mahsyar
·        Perhimpunan Di Padang Mahsyar
·        Hari Kiamat Bersama Rasulullah Saw
·        Syafaat Di Padang Mahsyar
·        Pembalasan Amal
·        Neraca Penimbang Amal Manusia
·        Timbangan Amal (Al-Mizan)
·        Syurga Atau Neraka
·        Berhakkah Kita Melalui Titian Sirat Allah?
·        Syurga: Kemuncak Nikmat
·        Alam Syurga: Tanda Kasih Allah Swt
·        Empat Karakter Ahli Syurga
·        Gambaran Nikmat Syurga
·        Kemuncak Nikmat Umat Rasulullah Saw
·        Telaga Al-Kautsar
·        Neraka: Alam Yang Menggerunkan
·        Nama-Nama Neraka Dan Azabnya
·        Lima Seksaan Ahli Neraka
·        Lagi Seksaan Api Neraka

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-------------------------------------