May 21, 2014

Rumah Kecil di Jabal Uhud

JUDUL: RUMAH KECIL DI JABAL UHUD
PENULIS: ROZA ROSLAN
KATEGORI: TARBIAH ROHANI
ISBN: 978-983-097-461-3
KOD: GB0296
TEBAL: 568 ms
HARGA: RM34.00/ RM36.00




SINOPSIS:
Allah menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian kepada sebahagian manusia yang lain, bertujuan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Sama ada ujian itu membuatkan mereka semakin tunduk menyembah-Nya atau sebaliknya.

Penulis mempunyai ingatan yang sangat kuat. Kenangan pada zaman kanak-kanak dan remajanya digarap dengan baik. Setiap kenangan yang tercatat di dalam Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) bukan setakat travelog diri penulis tetapi juga berkait dengan tetamu di RKDJ yang pernah bertandang sama ada dengan menjejak kaki sendiri ke RKDJU mahupun menjengah secara alam maya.


Setiap tamu yang hadir ada kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Ia tarbiah yang benar-benar menusuk kalbu.

May 14, 2014

Siri Mahmudah VS Mazmumah

Judul: Komik Mahmudah vs Mazmumah 1
Penulis: Shamsiah Puad
Tebal: 40 ms
ISBN: 978-983-097-427-9
Kod: GB0283
Harga: RM5.50/ RM7.50

Sinopsis:
Komik Mahmudah vs Mazmumah 01 merupakan himpunan cerita daripada siri Komik Mahmudah vs Mazmumah yang mula mendapat tempat di hati pembaca Majalah ASUH.  

Mahmudah bererti sifat yang baik, manakala mazmumah pula sikap yang tercela. Justeru, komik ini menceritakan beberapa situasi baik dan buruk sebagai penunjuk arah kepada kita semua agar dapat menilai sikap apa yang harus diikuti atau yang perlu kita hindari.


Diselitkan juga beberapa info dan permainan untuk adik-adik lebih mengetahui perbezaan antara sifat mahmudah dan mazmumah

Judul: Komik Mahmudah vs Mazmumah 2
Penulis: Shamsiah Puad
Tebal: 40 ms
ISBN: 978-983-097-493-4
Kod: GB0284
Harga: RM5.50/ RM7.50

Sinopsis:

Komik Mahmudah vs Mazmumah 2 merupakan himpunan cerita daripada siri Komik Mahmudah vs Mazmumah yang mula mendapat tempat di hati pembaca majalah ASUH.  

Komik ini menceritakan beberapa situasi baik dan buruk sebagai penunjuk arah kepada kita semua agar dapat menilai akhlak mana harus diikuti atau yang perlu kita hindari. 

Diselitkan juga beberapa info mengenai hati dan peranannya. Dengan mengetahui apa itu baik hati dan busuk hati, bolehlah adik-adik mengetahui perbezaan sifat mahmudah dan mazmumah.


May 8, 2014

Rasulullah SAW Insan Yang Terpelihara

JUDUL: Rasulullah Saw Insan Yang Terpelihara
PENULIS: Al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany.
ISBN: 978-983-097-503-0
KOD: 0295
HARGA: RM 30.00/RM 32.00
TEBAL: 326 ms



SINOPSIS:

Buku istimewa ini adalah terjemahan daripada kitab asal dalam bahasa Arab; Raddul Mutasyabihat ilal Muhakkamati fi Janibi Khatamil Nubuwwaat karya al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany seorang Ulama al-Azhar asy-Syarif, Musnid Iskandariah, Mesir.

Buku ini membahaskan dan menjelaskan kepada pembaca tentang pemeliharaan Allah SWT yang hakiki terhadap para Nabi dan Rasul khususnya Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta memperbetulkan tafsiran beberapa ayat di dalam al-Quran tentang keadaan diri Baginda SAW yang telah disalah tafsir oleh beberapa pendapat. Antara perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini:

BAB PERTAMA: 
PERJELASAN MENDALAM TENTANG 'ISMAH (PEMELIHARAAN) ALLAH TERHADAP PARA NABI DAN RASUL
Fasal Satu: Tahqiq pendapat tentang ‘ismah para malaikat
Fasal Dua: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada kekufuran dan cabang-cabangnya
Fasal Tiga: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada dosa-dosa besar dan kecil
Fasal Empat: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada sikap bohong, khianat, menyembunyikan dan jahil
Fasal Lima: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. pada pergaulan mereka dalam aktiviti kehidupan
Fasal Enam: Sekitar ‘ismah dan kemanusiaan

BAB KEDUA: 
MEMBAHASKAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG DIANGGAP MERAGUKAN MENGENAI DIRI RASULULLAH SAW
Perbahasan pertama: Mengenai ayat kedua surah al-Fath 78
Perbahasan kedua: Mengenai ayat 65 surah az-Zumar 130
Perbahasan ketiga: Mengenai ayat 65 surah al-Anfal 154
Perbahasan keempat: Mengenai ayat 43 surah at-Taubah 166
Perbahasan kelima: Mengenai ayat 13 surah Hud 176
Perbahasan keenam: Mengenai ayat 73 surah al-Isra’ 184
Perbahasan ketujuh: Mengenai ayat 52 surah al-Hajj 192
Perbahasan kelapan: Mengenai ayat 37 surah al-Ahzab 214
Perbahasan kesembilan: Mengenai ayat 52 surah asy-Syura 234
Perbahasan kesepuluh: Mengenai ayat pertama surah at-Tahrim 244
Perbahasan kesebelas: Mengenai ayat pertama surah ‘Abasa 252

Perbahasan kedua belas: Mengenai ayat ketujuh surah adh-Dhuha

May 2, 2014

Kusambut Kelahiranmu, Nota Untuk Ayah & Ibu

JUDUL: Kusambut Kelahiranmu, Nota Untuk Ayah & Ibu
PENULIS: USTAZ ADZHAR IBRAHIM
ISBN: 978-983-097-473-6
KOD: GB0298
HARGA: RM 30.00/RM 32.00
MUKASURAT: 312 ms





SINOPSIS:
Memuatkan 1000 nama anak berdasarkan nama tokoh-tokoh Islam terulung dan panduan menyambut kelahiran mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW berserta doa-doa amalannya.

Buku ini menghimpunkan juga maklumat yang jarang diketahui di sebalik nama-nama yang hebat sekali gus memberikan motivasi dan inspirasi untuk mencontohi kehebatan mereka.


Istimewanya, ia didatangkan dalam bentuk yang eksklusif untuk keselesaan dan kepuasan pembaca. Wajar dimiliki oleh setiap ibu bapa, khususnya mereka yang bakal menimang cahaya mata baharu.

May 1, 2014

Bersamamu Di Firdaus

JUDUL: BERSAMAMU DI FIRDAUS
PENULIS: MUHD KAMIL IBRAHIM
ISBN: 978-983-097-462-0
KOD: GB0276
HARGA: RM24/ RM26
TEBAL: 348 ms





SINOPSIS:
BERSAMAMU DI FIRDAUS (BDF) karya terbaharu Prof Muhd Kamil Ibrahim (MKI). BDF mengajak pembaca untuk menghayati masa hidup yang berbaki. Tua beruban, adalah salah satu tanda seseorang itu sedang menuju ke garis penamat kehidupan.

Sebelum tiba ke garis penamat itu, banyak yang perlu dilakukan sebagai bekal ke alam kekal abadi. Sasaran di alam kekal abadi ialah SYURGA FIRDAUS.


Namun, untuk ke Firdaus tidak sepatutnya bersendirian. Kita perlu mengajak seluruh orang-orang yang kita sayangi semasa hidup untuk sama-sama menunju Firdaus yang serba indah. Itulah bahagia yang hakiki apabila kaki sama-sama berjaya melangkah ke Firdaus sambil berpimpinan tangan.

Syamail Rasulullah SAW: Cahaya di Atas Cahaya

JUDUL: Syamail Rasulullah SAW: Cahaya di Atas Cahaya
SUSUNAN: Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam
ISBN: 978-983-097-531-3
TEBAL: 216 ms
HARGA: RM 15.00/ RM 17.00

SINOPSIS:

Cuplikan bab penting dan istimewa tentang kesempurnaan kehidupan dan keperibadian Baginda Nabi SAW daripada kitab Sairus Salikin karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah Taala yang disempurnakan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. 

Mengandungi 12 Fasal (BAB) yang menyentuh secara terperinci dan mendalam tentang Rasulullah SAW melalui periwayatan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rahimahullah Taala. Sesuai untuk semua peringkat pembaca dalam menambah kecintaan terhadap Baginda.