.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Mar 13, 2013

Sesuai Dimiliki Oleh Setiap Keluarga



Buku ini merupakan sambungan garapan penulis daripada kisah tahun-tahun awal perjuangan Rasul Junjungan yang sarat dengan ujian, ia dimulakan dengan Buku Putera Lembah Bakkah dan Putera Lembah Bakkah 2.

Bakkah dan Putera Lembah Bakkah 2.
Kisah-kisah ini diolah dalam bahasa yang mudah, amat sesuai sebagai bahan untuk menerapkan kecintaan terhadap sirah Rasullullah yang boleh disemai oleh ibu bapa kepada anak-anak.

Putera Lembah Bakkah 3 mempunyai 25 kisah berkaitan sejarah tahun-tahun awal perjuangan Rasullullah.

Andai dijadikan sebagai amalan membacakan kisah sirah kepada anak-anak, kisah-kisah ini dapat dikisahkan selama 25 hari berturut-turut.

Membaca buku ini boleh dilihat sebagai usaha mengukuhkan kejituan kecintaan kita terhadap Nabi Junjungan. Dan melalui pembacaan kisah-kisah ini juga sangat baik dijadikan sebagai asas sandaran kepada generasi muda untuk lebih mencintai Nabi Muhammad.

Ia memang sangat sesuai dimiliki oleh setiap keluarga dan dijadikan bahan bacaan rujukan ke arah menumbuhkan minat kecintaan terhadap sirah Nabi Muhammad S.A.W.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...