GB0210 : LANGIT ILAHI (EDISI ISTIMEWA)
|
Pengarang : Hilal Asraf
ISBN : 978-983-097-389-8 Harga : W/M:RM65.00 E/M:RM67.00
Kulit Keras
Sinopsis
Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai
untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah dan perkongsian saat santai
bersama rakan.
Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis menjadi hamba
kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat
dengan dunia.
|
Jan 28, 2013
Edisi Istimewa Langit Ilahi
Jan 4, 2013
'Suis' Yang Menghidupkan Jiwa Penulis
Nor Hayati Sapii telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai jurutera sebelum menjadi surirumah sepenuh masa. Sewaktu kali pertama Galeri Ilmu mengadakan taklimat penulisan novel pada pertengahan 2008, beliau adalah salah seorang peserta. Di hujung taklimat, beliau mengajukan sinopsis sebuah novel remaja Islami yang beliau mahu tulis. Selang beberapa bulan, sinopsis itu dapat dijelmakan menjadi manuskrip dan diterbitkan dengan judul Andai Aku Affrina.
Selepas itu, Nor Hayati menulis novel remaja keduanya Lomy dan Tompok dan seterusnya Beri Aku Peluang.
Namun, ada satu kualiti pada diri beliau yang kemudiannya mendorong beliau mencuba sesuatu yang baharu.

Beliau acapkali menjadi kaunselor tak rasmi kepada kenalan-kenalan. Tempat mencurah masalah dan meminta nasihat. Dan beliau sendiri memang sentiasa bersedia berkongsi pandangan, tip dan nasihat. Menyedari hakikat ini, timbul rangsangan di dalam diri beliau untuk menulis buku motivasi. Namun, beliau belum mempunyai cukup keyakinan dan keberanian untuk menulisnya sehinggalah beliau menghadiri Bengkel Penulisan Buku Motivasi Islami di Galeri Ilmu pada Ogos 2011. Melalui bengkel ini, beliau mendapat rangsangan yang lebih kuat untuk menitipkan perkongsian yang dapat memotivasi pembaca melalui buku.
Alhamdulillah, buku motivasi pertama beliau lahir dengan judul Memilih Untuk Bahagia. Semalam, 3 Januari 2013, beliau memperkatakan bukunya itu sewaktu ke udara secara live di Radio IKIMfm bersama DJ Mona Jasman dan Editor Kanan Galeri Ilmu, Ustaz Shahrul Zaman Lukman.
Kadang-kadang bengkel penulisan hanya membantu memberikan rangsangan dan keyakinan kepada penulis untuk menulis. Tanpa hadir di dalam mana-mana bengkel pun, seseorang yang mempunyai jiwa sebagai penulis mampu untuk menulis. Namun, bagi sesetengah orang, ada 'suis' yang perlu dipetik untuk menghidupkan jiwa penulis di dalam dirinya.

KLIK DI SINI |